Anak Dara Tua Beremosi

Anak Dara Tua Beremosi

Salam. Hello. Aku Makcik. Walaupun belum 30 lagi. Bakal berkahwin. Tak berapa lama lagi.

Aku terbaca twitter entah pakcik mana, yang diviralkan di FB. Kata pakcik tu, dia suruh perempuan kahwin sebab bila tak kahwin-kahwin, jadi beremosi.

Ok let me tell you, kenapa perempuan belum berkahwin ni emosinya orang nampak lebih sikit. Dan lepas aku luahkan ni, doakan aku supaya aku tidak menyebabkan orang yang belum berkahwin ni bertambah beremosi.

Pengalaman aku. Sebagai pendidik di sebuah sekolah menengah berasrama yg nak kata penuh, bukan sbp pulak, so sekolah asrama je la (baru je dapat pengesahan jawatan). Bakal berkahwin bermakna aku masih bujang. Dalam kawan2 sebaya yg sama2 posting hampir 20 org 2 tahun lepas, aku dan roommate aku je masih bergelar cik. Hah, pengetua aku pun masih cik. Ada dua lagi guru senior sama2 title cik, seorg hampir pencen pun.

Apa yg kami dapat bila kami bergelar cik? Hmmm. Ok. Mula2 kami ‘dapat’ stay di sekolah sampai senja. Sebab kami takde anak nak diambil. Kdg2 kalau ada event apa2 di sekolah, kami yg cik ni pun ‘dapat’ pergi ke sekolah malam2, duduk di dewan sampai 2-3 pagi bersama beberapa org pelajar, sb kami takde suami yg perlu kami taat utk tak ke sekolah hingga dini hari.

Weekend, kami tak perlu risau utk tinggal anak, jd tiap minggu muka kami yg belum berkahwin ni juga yg bersilat di sekolah hari Sabtu Ahad, kalau ada kerja. Begitu juga masa cuti sekolah, sebab kami takde mak mentua yg paksa suami balik kampung, jd kami boleh la stay di sekolah lama2, tak payah balik kampung awal2.

Hah. Perkara biasa bila cikgu baru masuk, kena jadi warden, walaupun hanya warden pembantu. Terutama kami la yg belum kahwin. Tengah malam, kami yg belum kahwin ni la kena pergi hospital hantar budak sakit, sebab yg dah kahwin kena stay rumah suami tak bagi keluar. Weekend kami juga yg kena standby di office asrama. Sebab yg dah kahwin kena luangkan masa untuk anak. Masa kem, kami yg belum berkahwin ni jugak yg kena iring budak, sebab kami free sentiasa.

Kalau kami buat kerja tak sempurna, kena perli semula “ko bukan ada anak pun, takkan ni tak boleh buat?”. Bila kami mintak excuse dari kerja time weekend sebab nk balik kampung jumpa mak ayah, muka sinis jugak kami dapat “Takkan la mak ayah tak faham anaknya dah bekerja, kena terima la”. Bila kami tolak dari hantar budak sakit waktu malam, ayat “Kau takde suami nak larang kau. Aku ada laki, laki aku tak bagi keluar.” yg kami dapat.

Hah. Kau rasa? Ni bukan punca kami emosi? Benda mcm ni lagi buat kami emosi berbanding ayat makcik bawang yg tak habis-habis suruh kahwin.

Sekian membebel. Doakan bakal suami makcik tak macam suami-suami org lain, tak bagi makcik menjalankan amanah makcik.

– Makcik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit