Anak Sendiri, Sendiri Jaga

Assalamualaikum semua. Perkenalkan aku Fifi, dari selatan tanah air, berumur 30 an. Aku yakin sangat cerita yang bakal aku cerita ni sangat related dengan everyday life reader.

Mak aku ibu tunggal. Umur 50+. Family kitaorang bukan orang senang. Pernah je beras habis kena tunggu cukup bulan baru beli, takde lauk nak masak, bergelap dalam rumah sebab bil api tertunggak lama. Adik beradik aku ada 6, aku yang sulung. Kami tinggal kat tanah pusaka nenek aku. Tanah ni agak besar, ada 2 buah rumah, rumah kakak mak aku iaitu makcik M dan rumah mak aku. Btw memang dari arwah ayah aku ada lagi memang mak ayah aku tinggal sini jaga wan dan tokwan.

Actually benda ni dah lama, tapi sebab aku jarang ada rumah sebab aku memang belajar jauh dari rumah, so aku tak tahu sangat apa jadi kat rumah, apa yang mak aku hadap selama ni. Bila aku kenang balik, kuatnya hati mak aku. Lama dia bertahan. Mak aku mengasuh anak orang. Sekarang ni ada jaga baby newborn sorang dengan kakak kepada baby tu sorang. Allhamdulillah, mak kepada dua orang budak tu baik sangat dengan family aku. Hantar anak dah bersih, dah mandi and bayar bulanan on time. Ambik dari rumah pun on time. Nampak mak aku pun senang hati.

Yang aku kesian sangat dekat mak aku, bila adik-beradik kaum kerabat mak aku yang lain datang. Kesian mak aku. Banyak kali aku nangis mengadu kat suami aku sebab aku terlalu marah dan kesian kat mak aku. Aku bagi nama adik mak aku ni pakcik S. Isteri dia makcik S. Makcik S ni baik je, bagi aku dia memahami situasi orang lain tapi personally aku kesian tengok makcik S. Aku benci gila tengok lelaki tak hormat perempuan, marah tengking perempuan sesuka hati depan orang, tak bertanggungjawab dengan anak-anak, tak pikir perasaan orang lain, selfish dengan isteri sendiri etc. Aku dah try tapi aku tak boleh pergi dengan pakcik S ni.

Pakcik S selalu sangat datang rumah, waktu cuti pun datang, waktu sekolah pun datang. Tak faham kenapa tak boleh duduk rumah sendiri kalau wife dia kerja. Dia buat rumah mak aku macam taska 24 jam. Btw pakcik S aku ni ramai anak kecik semua sekolah lagi, ada la dalam 6 orang. Penyelesaian dia kalau dia kena kerja waktu weekend or cuti sekolah, dia akan hantar anak-anak dia kat rumah mak aku. Sama jugak bila petang-petang bila waktu sekolah dah habis, dia hantar anak dia duduk rumah mak aku dulu sementara dia habis kerja. Sometimes dia datang dari pagi, and malam dia ada hal, so dari pagi sampai malam la family pakcik S ni bertapa kat rumah aku.

Waktu lepas jumaat , wajib dia angkut anak-anak dia datang. Kadang-kadang petang baru balik, kadang-kadang malam. Cucu-cucu kakak mak aku iaitu makcik H pun sometimes akan dihantar ke rumah mak aku bila nenek or mak diaorang nak pergi beli barang, or nak keluar tapi taknak bawak anak. Kadang-kadang makcik H ni hantar cucu dia kat rumah mak aku sebab dia malas nak masak, so cucu cucu dia makan kat rumah aku la. Reason hantar anak makcik H kat rumah mak aku sebab anak buas sangat, tak boleh bawak keluar. Berangin je aku dengar reason dia. Kalau parents sendiri pun tak tahan anak buas, apatah lagi orang luar macam mak aku.

Imagine betapa penatnya mak aku. Pagi pagi pukul 5 lebih mak aku dah bangun, mak aku kemas rumah, buat breakfast untuk adik-adik aku pergi sekolah. And then nak uruskan anak asuhan, uruskan anak sendiri lagi. Pastu tambah lagi dengan anak saudara, tambah lagi dengan cucu saudara. Kadang kadang cucu saudara mak aku ni datang rumah belum makan, takkan mak aku tergamak tak bagi makan. Korek la apa makanan yang ada dalam rumah walaupun belum gaji, duit cukup cukup untuk adik aku belanja sekolah.

Pakcik S before ni kalau datang rumah berlenggang tak bawak makanan bekal, anak anak dia pun lapar belum makan, siap tanya mak aku masak apa. Lepas dia makan, suruh anak anak dia yang ramai tu berjemaah pergi makan. Mak aku mampu tengok je, mesti fikir apa la nak makan malam ni. Lauk dah habis kosong, adik adik aku ada yang belum makan. Pakcik S tak tanya pun family aku dah makan ke belum, cukup ke lauk ni ke apa. Pernah ke korang jumpa orang macam pakcik S aku ni. Ada jugak eh orang macam ni dalam dunia ni. Sekarang ni dah insaf sikit kut sebab aku pernah sound so ada la dia bawak nasi/ kuih tapau ke apa untuk breakfast/ makan tengah hari tapi kalau duduk rumah aku sampai malam, sampai malam la anak dia tak makan. Depends on what mak aku masak je. Bila anak dia mengadu lapar, dia marah. Dia buat apa? Dia main game. Ayah mithali.

Bila keadaan jadi macam ni, aku jadi benci dekat pakcik makcik aku sebab buat mak aku macam orang gaji. Taska pun berbayar beribu tau tau, mak aku jaga ramai takde satu sen pun bagi, siap makan full course lagi. Nanti of course ada yang cakap ala berkira la makan je pun, tapi cuba fikir, mak aku tak pernah berkira bab makan mak aku bagi je anak2 diaorang makan walaupun mak ayah diaorang tak hulur duit. Tapi kalau pakcik S aku beli food, jarang sangat nak beli kat family aku. Makan sendiri je, pastu duk cakap tiga hari tiga malam yang dia beli makanan sedap.

Mak aku ibu tunggal yang kerja mengasuh, pakcik makcik aku kerja gov ada jawatan kat dept masing masing. Gaji diaorang besar tapi selalu takde duit walaupun masih awal bulan sebab terlalu banyak hutang. Aku tak mengharap langsung pun bantuan dari dia ke apa. Aku just harap jaga anak dia sendiri, jaga perut anak anak dia, jaga family sendiri, jangan lepas tangan kat mak aku. Kenapa tanggungjawab dia kat anak dia mak aku kena tanggung?

Banyak kali dah aku tazkirah mak aku, aku suruh mak aku jangan paksa badan dia, dia bukan makin muda. Mak aku ada sakit lutut, naik tangga pun lama sangat nak sampai second floor. Lagi satu dia pernah jatuh terhentak punggung masa lepas bersalinkan adik aku. Effect dia sakit urat sampai sekarang. Aku cakap kat mak aku, kalau penat, rehat. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Mak aku cakap memang mak aku penat dan stress sangat.

Bila mak aku nak rehat sabtu ahad, tetiba ada tetamu tak diundang hantar anak. If mak aku ada plan apa apa, terpaksa tangguh sampai parents bebudak tu datang kutip anak diaorang balik rumah. Tapi mak aku tak boleh nak bersuara sebab mak aku menumpang tanah nenek and mak aku taknak bermasam muka semasa keluarga. Mak aku cakap mak aku just niat supaya apa dia buat ni dapat pahala. Mak aku alhamdulillah, orang yang positif dan baik sangat hati dia.

Kat rumah aku ni memang ada breakfast, lunch, makan petang dan malam walupun makanan biasa biasa je and masak dalam kuantiti sikit je tapi sentiasa ada makanan. Mak aku beli lauk guna duit yang dapat harian. Kadang kadang mak aku dah bajet lauk dengan nasi yang mak aku masak tu nak save sampai malam sebab duit cukup2 sampai dapat gaji. Tapi bila dah ramai macam tu, kau rasa. Mak aku ni sejenis baik hati murah hati. Dia tak berkira tapi aku nampak kesusahan mak aku cari duit. Pakcik makcik aku takde pun rasa simpati ke kesian ke kat mak aku yang ibu tunggal . Padahal diaorang ada jawatan, bekerja tetap tapi still membebankan mak aku.

Ada satu hari tu aku mengamuk sebab mak aku keluar pergi mengaji. Aku suka tengok mak aku happy balik rumah rumah dah bersih, wangi & teratur so aku dah kemas rumah cantik cantik, dapur pun aku kemas takde satu benda pun dalam sink (note that hari tu aku dah penat kemas dan sapu rumah satu hari dari pagi sebab lantai berpasir dan ruang tamu bersepah, ramai budak tak diundang kat rumah). Tetiba masa aku nak keluar nak balik rumah husband aku, rumah bersepah balik and lantai berpasir balik( Mak mak mesti faham perasaan ni, rasa nak jadi monster). Aku tanya elok elok, siapa yang buat and please be responsible kemas balik. Semua buat bodoh, handphone berjahit kat tangan, mata kat screen. Note that bebudak tu umur 7-16 tahun. Bukan 2-3 tahun. Dah boleh berfikir and old enough to have manners.

Second time aku tanya, semua buat bodo sampai aku tak tahan aku keluar rumah, sbb tangan aku ketar ketar rasa nak lempang orang. Mulut aku pun rasa nak keluar macam macam, tapi aku tahan sekuat hati sebab aku tengah sarat. Aku taknak anak aku dengar ibu dia cakap benda benda tak baik. Aku cuma sempat doa dalam hati untuk zuriat dalam rahim aku ni jangan jadi macam apa yang depan aku ni. Aku istighfar. Aku marah sampai termenangis. Aku dah reach limit. Aku tak tahu before ni bebudak ni layan mak aku macam mana. Sangat kurang ajar.

Balik dari rumah mak aku, aku menangis dalam kereta, husband aku pujuk aku. Malam before tidur tu, aku text mak aku panjang gila. Aku cakap aku terlalu sayangkan mak aku, aku tak suka tengok orang ambil kesempatan atas kebaikan dia. Hati siapa tak luluh tengok orang layan mak kita macam bibik. Aku datang rumah mak aku setiap hari untuk jenguk dia, kemas rumah and masak untuk ringankan kerja mak aku. Tetiba ada manusia yang menambahkan kerja mak aku sebab nak menjimatkan belanja poket sendiri. Aku cakap dalam text dulu, please berehat. Jangan paksa diri buat kerja kalau stress dan penat. Fikir kesihatan diri memandangkan mak aku dah berumur. Aku cakap aku sayang dia. Aku nak dia sihat, nanti boleh tengok dan main dengan cucu cicit dia. Mak paling excited nak tengok anak aku keluar.

Since malam yang aku text dia tu, aku tengok mak aku dah banyak rest. Maybe dia pun dah rasa dah sampai masa dia slow down. Makanan harian aku dah masak, dia just makan dan rest. Rumah pun aku dah kemas. Kain baju aku basuh. Senang hati aku tengok dia macam tu. Now dia banyak time untuk mengaji dan belajar agama kat tv. Dia tengok tanyalah ustaz pastu dia tazkirah aku plak haha. Petang petang aku ajak dia jalan jalan beli sayur or makan petang. Exercise lutut. Bebudak tu still parents diaorg tempek kat rumah aku, tapi dah kurang. Maybe sebab tengok mak aku banyak rest, rumah dah takde makanan full course macam dulu and mak aku banyak buat hal sendiri dari jaga anak diaorang. Rumah aku no longer taska 24 jam. Sila jaga anak sendiri. Jadikan rumah anda taska anda sendiri. Kalau beranak ramai, jaga sendiri.

Kepada yang baca confession aku ni, antara sebab hidup kita tak berkat, adalah sebab kita selalu menyusahkan orang lain terutama family kita. Satu lagi aku nak highlight hidup seorang suami tu tak berkat kalau dia selalu sakitkan hati isteri dia. Isteri kita adalah amanah, anak kita adalah amanah, ibu bapa yang tua adalah amanah, jaga elok elok. Bagi aku sesiapa yang sakitkan hati mak aku, hati aku sakit. Berkali kali lagi sakit. Kalau mak aku penat, aku pun penat. Aku tak sanggup tengok mak aku orang buat macam bibik. Aku tolong mak aku habiskan kerja rumah yang dia tak sempat buat sebab aku fikir dan aku selalu doa dalam hati semoga bakti aku yang tak seberapa ni jadi asbab aku dapat nak yang soleh solehah yang jaga aku bila tua nanti lagi baik dari aku jaga mak aku. Aku dah nak bersalin lagi dua minggu, doakan aku ye. Kaki bengkak bengkak tapi hati aku happy tengok mak aku happy.

Kepada yang suka hantar anak kat mak suruh jaga tu, fikir fikirkan balik. Mak ayah kita jaga kita dari kecil, berhabis duit dan masa, korbankan macam macam. Bila diaorang dah tua, berilah masa untuk diaorang cari ilmu untuk akhirat pulak. Pergi class mengaji, belajar solat, kursus umrah etc. If ada mak yang kerja mengasuh budak macam mak aku, bagi aku tak salah nak minta jaga anak. Tu sumber pendapatan mereka.

Apa yang kita boleh buat untuk membantu is sila bayar dan bayar on time. Kalau mampu, bayar lebih setiap bulan. Beli buah tangan kalau datang rumah. Ambik anak on time. Happykan parents, nescaya rezeki mencurah curah. And duit gaji mak jaga anak tak sama dengan duit belanja yang patut kita bagi mak setiap bulan. Jangan kira sekali pulak. Takde orang yang miskin bila bagi parents yang duit. Yang miskin dan hidup tak berkat tu bila tak bagi parents duit. Gaji banyak tapi tak tahu pergi mana duit tu.

Akhir kata, kalau tak boleh nak meringankan, jangan membebankan. Sekian.

– Fifi

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *