Anak Sulung

Aku anak sulung dan ada 3 orang adik. 2 orang adik perempuan kembar dan sorang lagi adik lelaki.

Umur aku 14 tahun ibu meninggal dunia. Tinggal aku, adik dan ayah tinggal lah kami 5 orang keluarga.

Waktu ni tugas segala rumah, jaga adik ayah aku serahkan 100% dia cuma kasi duit. Adik aku yang bongsu waktu ni baru darjah 2 dan yang kembar pula darjah 4.

Selepas arwah ibu meninggal, aku memang tak ada life untuk keluar bermain ke apa sebab kena jaga dan tengok adik, kena masak, kena kemas barang sekolah diorang terus terang aku waktu ni agak bitter, cepat marah, melenting, membebel dekat adik adik aku.

Bila aku cakap dengan ayah dia marah aku dia cakap, “apa guna kau jadi abang tapi tak boleh jaga adik kau”.

Ayah aku kerja keluar pagi balik petang tapi petang tu dia balik sekejap mandi semua lepastu dia keluar. Makan kat luar, balik dah nak tengah malam.

Aku yang kena pergi kedai beli dan fikir nak masak apa. Setiap hari pula dia kasi 15 ringgit. Itu termasuk duit belanja sekolah dan belanja rumah.

Setiap hari aku tak fokus nak pergi sekolah jumpa kawan atau belajar apa. Setiap hari aku nak kena fikir bangun nak masak apa. Nak kemas barang sekolah adik sebelum aku pergi sekolah.

Memang aku tak keluar rumah main ke apa sebab memang ayah aku buat rumah ni macam hotel singgah sekejap dan balik malam tak ada tanya aku okay ke tidak, adik-adik macam mana sekolah. Waktu report card pun dia tak datang ambik alasan malas.

Habis spm aku plan nak sambung belajar jauh tapi itulah aku bukan apa walaupun macam geram aku kena ambil alih tugas ayah aku tapi, aku risau adik adik aku. Entah apa jadi kalau aku belajar jauh dengan ayah aku acuh tak acuh dekat rumah.

Aku end up apply dekat ipta paling dekat dan Alhamdulilah terima. Naik motor dalam 45 minit sampai. Adik aku memang ye lah dah besar dah perlahan lahan boleh tolong tapi aku risau tinggalkan diorang ni.

Aku pun teruskan routine macam biasa, pagi aku masakkan untuk diorang ni. Pergi balik diorang naik bas.

Sampai satu hari ni, hari jadi aku. Lepas dah berkumpul buat assignment semua nak balik. Jam tengok pukul 9 aku pun singgah mcd (sebelum covid). Terus terang cakap sebelum ni macam mcd kfc boleh kira berapa kali makan itu pun berkongsi dengan adik adik jadi tak puas.

Aku beli mcd, beli kfc lepastu duduk lah dekat foodcourt yang kosong ni nak makan. Beli ayam yang set 3 ketul tu dgn big mac. Duit cuma ada dalam 100 ringgit.

Waktu tu fikir nak kenyangkan perut makan sorang tapi bila nak makan ni dia punya sedih tu lain macam sebab teringat adik aku yang dekat rumah. Aku pun pergi balik kfc dengan mcd beli lagi dan balik nak makan dengan adik-adik aku.

Balik rumah tu adik adik aku buat suprised punya harijadi. Siap ada buat yang macam rampaian selamat hari jadi along dan letak dekat dinding, diorang cakap “terima kasih along jaga kami”. Aku tahan je air mata sambil cakap terima kasih.

Diorang siap kumpul duit beli kek kecik yang harga 20 ringgit tu. Rasa bersalah pula sebelum tu aku punya nak makan sorang² kenyangkan perut adik aku pula kat rumah tunggu nak celebrate harijadi.

Sekarang ni ye lah adik aku dah besar panjang. Dah sambung belajar aku pun tahun depan nak jejak umur 30 tahun.

Ayah aku lagi lah, umur aku 22 dia cakap nak kerja jauh. Balik setahun sekali, bagi duit RM seribu tu sekali je lepastu dah tak kasi setakat update dalam wasap. Dengan nak bayar rumah sewa lagi, end up aku bawa adik aku semua pindah.

Last aku dapat tahu dia dah kahwin, hantar jemputan kahwin pakai wasap, “assalamualaikum anak anak ayah, InshaAllah bulan depan ayah akan berkahwin dengan jemput datang”

Bila baca wasap tu rasa kelakar dan dalam masa yang sama agak sedih juga. Untung anak sulung yang di luar sana kekal kuat, bak kata kendrick,

“Life is hard, I know, the challenges always gon’ beat us home. Sometimes our parents make mistakes that affect us until we grown”

Aku tahu rasa burn out, rasa emosi asyik nak marah dan tak stabil senang sangat nak menangis.

Jujurnya, sampai sekarang aku rasa bersalah sebab marah, maki tengking adik adik aku. Aku harap anak sulung yang luar sana jangan jadi macam aku. Kalau rasa nak marah duduk dan tarik nafas dalam-dalam.

Aku setiap malam menyesal kenapa dulu aku pukul adik aku, kenapa aku marah tengking diorang. Tarik nafas dalam dalam dan hembus.

– Aziz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Syurga untukmu abang yang baik. Bab marah tu memang takleh buat apa. Kita manusia dan tindakan kita banyak dipengaruhi emosi. Adik ko bila dia besar pon dia akan paham. Cuma untuk kurangkan rasa bersalah mintak maaf la ngan adik2. Kata maaf ni simple tapi bisa meruntuhkan segala tembok. Untuk ayah awak, doakan dia macam biasa. Tuhan lebih tahu kenapa dia jadi macam tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *