Anak Tak Guna

Anak Tak Guna

Hi. Thanks admin kalau tersiar. Dan aku harap ianya akan tersiar. Okay introduction, aku lelaki, 24 tahun dan baru habis study. Sekarang menganggur.

Banyak tempat aku apply kat jobstreet tu tapi semua takde reply lagi. Takdelah lama sangat aku menganggur. Baru je 2 bulan, tapi bila jiran-jiran mula tanya mak aku bila nak kerja dan mak aku sendiri dah start bebel, aku jadi stress.

Aku kalau stress, mulalah fikir bukan bukan. Kalau nak compare adik beradik lain, aku je yang macam tak guna. Abang akak aku semua dah kahwin dah kerja. Alhamdulillah. Tinggallah aku anak last yang tak guna, perabih beras je kat rumah.

Bukan takde effort, tp maybe tuhan belum jawab doa aku. Tapi tulah, kadang aku rasa kehadiran aku kat dunia ni menyusahkan mak bapak aku je. Kalau aku takde lagi bagus rasanya. Aku pernah accident teruk masa 2012 tapi tulah, panjang pulak umur aku.

Haritu mak aku bising bising sebab aku tak kerja kerja. Aku tension, capai kunci kereta aku start jalan keluar. Aku drive ke mana aku pun tak tahu. Sampai tepi jalan aku kol kawan aku, saja nak release tension. Tapi dia pon sibuk jugak nak cerita masalah dia. Dengarlah dulu cerita aku !

End up aku balik jugak rumah. Aku nak lari ke mana pun aku tak tahu weyh. Nampak tak useless nya aku ? Sepanjang perjalanan aku harap adalah lori langgar aku, bagi mati terus. Senang hidup semua orang kat dunia ni takde aku.

Tapi tulah. Mungkin aku banyak dosa, tuhan kasi peluang untuk aku taubat. Mungkin masalah aku nampak kecik, tp aku sebagai penanggungnya, tuhan saja yang tahu perasaannya.

Mak dah bising asyik dok rumah je. Bazir masa katanya, tak macam anak orang lain semua da kerja baik. Allahu, tuhan je tahu betapa stressnya aku. Pointer aku bawah 3, interview sepatah pun takde nak panggil aku.

Doakan aku cepat dapat kerja gais.

– Paez

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit