Anak Yang Ganjil dan Aneh

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum dan salam kejayaan untuk semua. Aku ucapkan sebesar-besar penghargaan kepada admin kerana sudi menyiarkan confession ini untuk inspirasi semua, In Shaa Allah.

Tujuan aku menulis coretan ini adalah untuk sentiasa mengingatkan diriku yang selalu sangat tersasar fokusnya, seringkali terbabas dari landasan PURPOSE HIDUP yang sebenar serta untukku menyatakan sebesar-besar penghargaan dan kasih sayang tulus ikhlas khusus demi emak dan abahku yang tercinta di kampung…

Namaku Encik M, berumur dalam lingkungan 30an.

Benar, sepertimana tajuk artikel ini iaitu, “Aku Anak Yang Ganjil Dan Aneh”, begitulah nyatanya diriku ini. Ganjil dan aneh dalam erti katanya, hala tuju kehidupan yang aku decide untuk lalui. Seperti kebanyakan ibu bapa yang lain, sudah pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka seperti dalam aspek kerjaya, laluan pembangunan diri dan keluarga, budaya dan perkara-perkara seumpamanya.

TETAPI aku memang berjiwa lain dari yang lain. SANGAT BERBEZA.

Aku sendiri yang memilih untuk melalui liku-liku dan onak duri dalam laluan mencapai cita-cita bisnes. Impianku setinggi bintang-bintang gemerlapan di langit dan keazamanku sedalam dasar lautan. Aku bercita-cita BESAR, TERLALU BESAR untuk membina empayar perniagaan yang akan memberi manfaat dan peluang pekerjaan kepada RIBUAN individu menyara kehidupan keluarga masing-masing, dengan values bisnes yang menginspirasikan seluruh pelusuk dunia, In Shaa Allah..

Persoalannya, adakah aku akan berjaya menggapai matlamat-matlamat bisnesku ini…?

Aku sudah berjanji pada hatiku sendiri untuk terus berjuangggg dan berusaha.
Tanpa putus asa..
Tak mengira penat lelah..

Sudah tak terhitung banyaknya air mata dan keringat yang berlinangan dalam kepayahanku membangunkan cita-cita ini.

Saat aku jatuh tersungkur dan kecundang, aku bangkit dan cekalkan hati ini.
Pada waktu aku sedih dan kecewa, aku tenang dan redha hadapi semuanya..
Aku inginkan impian-impian ini hiduppp subur, bersama-sama jutaan pengorbanan, keringat dan air mata yang entah berapa banyak lagi aku akan hadapi..

Sesungguhnya, selagi Allah masih memberikan aku peluang untuk meneruskan nafasku ini, selagi itulah PERJUANGAN ini akan bersemarak sampai bila-bila.
EMOSI dan perasaanku membuak-buak untuk berjaya serta menjayakan orang lain melalui bisnes.

Ada ketikanya, jiwaku terasa kosong…..
Ada ketikanya, aku hanya keseorangan……
Ada masanya, aku seperti longlai tak bermaya…….

Kepada insan-insan yang paling aku sayangi iaitu EMAK DAN ABAHKU…….
Aku mohon ampun dan maaf atas segala salah silapku..
Maafkan anakmu yang ganjil dan aneh ini, yang mana rutin hidupnya tidak sama dengan orang yang bekerja normal.

Ku mohon restu dan redha EMAK DAN ABAH supaya cita-cita bisnesku ini akan tercapai jua nanti, In Shaa Allah.
Makbulkanlah Ya Allah..
Makbulkanlah Ya Rahman..
Makbulkanlah Ya Rahim…

Sedikit perkongsian;
Untuk makluman semua, satu ilmu minda manusia yang jarang dikongsikan di kalangan masyarakat adalah ANCHORING MINDA (bertujuan untuk memusatkan sepenuh tumpuan dan FOKUS pada cita-cita) kita. Aku bersyukur sangat pada Allah SWT kerana menemukanku dengan ilmu khusus ini semasa aku sedang dibelenggu pelbagai kekusutan fikiran yang meresahkan, tidur tak terurus, makan minum pun ala kadar je..

Waktu tu aku rasa dihimpit tekanan hidup dan sangat tertekan emosi hingga kadang-kadang rasa nak putus asa capai cita-cita…… Allahuakbar, itulah detiknya aku berjumpa dengan teknik anchoring minda ini supaya aku TETAP ISTIQAMAH dalam perjuangan serta tidak mudah tersasar dengan pelbagai hal-hal lain yang dikenali sebagai distractions. I must stay FOCUSED on the ULTIMATE PURPOSES IN LIFE.

Ku mohon doa-doa kalian semua yang membaca nukilan ini..
Ku pasrah dan serah segala ketentuan pada Allah yang Maha Kuasa..
Ku mohon doa dan restu emak dan abah buat diriku yang merantau..

Tulus ikhlas dari Encik M,

Anakmu yang Ganjil dan Aneh
Jumaat, 15 Jun 2018.

– Encik M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *