Anakku Syurgaku

Hari ini, 13/11/2019, genap 4 tahun aku kehilangan anak dalam kandungan, 5 bulan kehulu kehilir aku membawa, berakhir dengan dia pergi, tanpa sempat melihat dunia.

Malam kehilangan baby, aku menangis sepanjang malam. Babyku dah cukup sifatnya, baby perempuan yang aku nantikan. Dari pembacaan, aku mengetahui jika baby keguguran di trimester pertama.

Kemungkinan baby tu mungkin ada masalah samada pertumbuhan terbantut atau lain-lain, manakala keguguran jarang berlaku di trimester kedua @ ketiga.. dan jika ianya berlaku, kemungkinan besar masalahnya berpunca dari si ibu.

Aku ada bersembang dengan pakar OnG yang merawat, ada ditanya jika aku ada masalah atau sebarang kerunsingan. Katanya ibu mengandung yang terlalu stress boleh mengakibatkn keguguran.. berkait dengan pergolakan hormon @ tekanan darah jadi tak stabil & macam2 yang diberitahu doktor tu.

Apa pun, beliau mmg sangat positif dan menenangkn aku, dengan memberitahu semua itu hanya asbab, sebab yang sebenarnya hanya Tuhan yang tahu.

Aku imbas kembali 2 minggu sebelum keguguran.. dikala melihat message masuk di telefon suami.

“Assalamualaikum abang sayang, selamat bekerja. Sayang abang, rindu abang”.

Di saat itu rasa nafas terhenti, sekali denyut jantung. Airmata tak perlu cakaplah. Cepat2 aku reply message perempuan tu, tanya dia kenapa message suami saya macam tu. Elok je soalan aku, bukan pesen cepat melatah, konon.

Si perempuan terkejut, katanya tak tahu lelaki yang sedang dia memadu asmara adalah seorang suami. Mana mungkin aku nak marah seorang wanita yang masih begitu naif dalam kehidupan, aku maafkn dia setelah dia berjanji untuk tidak message suami lagi.

Suamiku pula, tanpa rasa bersalah mengaku, hanya nak test market. Tidak berniat untuk mengambil perempuan tu sebagai isteri walau jelas dalam message bersama perempuan itu, dengan lamarannya, dengan panggilan sayang, cinta rindu.

Dia tidak menganggap perbuatan tu curang kerana tak pernah berjumpa bertemu mata, hanya message sahaja.

Dua minggu, dua minggu itu aku berendam air mata. Hati aku sakit, susah nak betul-betul jaga baby dalam perut dengan keadaan macam ni. Isteri yang pernah dicurangi sahaja yang tahu macamana sakitnya.

Sejujurnya aku tak berniat menganiaya baby, cuma fizikal, mental, emosi betul-betul terganggu. Maafkan ibu baby.

Untuk para suami, emosi isteri terutama yang sedang memgandung jangan dibuat main, dia membawa berpuluh kilo zuriat kamu, berdepan perubahan hormon, emosi kacau bilau, menanggung seribu kepayahan untuk untuk kamu, setiap kalinya dia tak minta balasan.

Apa yang perlu kamu buat cuma berikan sedikit penghargaan & perhatian. Tetapi jika sudah terlanjur kamu buat salah, mohon maaf, ambil balik hati isteri.

Sekarang puteriku sudah di syurga. Walaupun gembira sebab itula sebaik2 destinasi, tapi terkilan rasa diri sebab tak sempat lihat kamu lahir & aku sering menyalahkn diri sebab lemah mengawal emosi & situasi.

Jumpa baby di sana nanti ibu nk cium baby, minta maaf dengan baby. Tunggu ibu ya baby.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *