Andai adat itu menjadi pemisah

Salam.. Teringin aku nak confess kat sini.. Hari ini baru aku diberi kekuatan.. Selepas aku seperti mayat yang hidup selama sebulan..

Sebenarnya semalam 15.5.2016 akan jadi hari yang paling bahagia dalam hidup aku.. Hari saat aku bertukar title dari seorang bujang kepada isteri orang.. Tapi semua kenyataan tu hanya jadi mimpi ngeri dalam hidup aku..

Sebulan yang lepas bekas tunang mesej aku.. Dia cakap nak jumpa sebab nak bincang something dengan aku.. Aku okay je la sebab aku pikir mungkin dia nak discuss pasal majlis kitorang yang dah dekat.. Masa jumpa dia.. Terus dia hulurkan cincin tunang kat aku.. Aku terpinga2 dengan tindakan dia.. Aku tanya dia kenapa.. Dia hanya jawab 'saya nak putuskan pertunangan ni sebab saya takde langsung rasa sayang kat awak'

Aku? Entah la.. Rasa tak terpijak atas dunia ni dengar pengakuan dia.. Dia tak sayang aku? Abis selama ni 4 tahun kami belajar di aussie.. Dia yang beria nakkan aku.. Balik ke malaysia tak sempat lagi kerja dia yang beria ajak aku bertunang.. Kenapa malam tu dia boleh cakap dia langsung tak sayangkan aku? Masa tu aku dah tak peduli menangis depan orang.. Aku minta dia jelaskan apa sebenarnya yang terjadi.. Lepas aku desak dia..

Akhirnya dia hamburkan semua apa yang terpendam selama ni.. Dia cakap aku dan family aku pentingkan diri.. Tak fikir langsung perasaan dia dan family dia.. Ini semua kerana adat.. Aku akui family aku background islamik.. Umi walid aku betol2 pantang dalam hal adat ni.. Aku sendiri pun tak kisah dan tak pentingkan hal adat dalam majlis perkahwinan.. Sedangkan family dia sangat pentingkan adat..

Masa ari tunang aritu dah bincang dan masing2 dah setuju.. Majlis nanti nak buat biasa2 je.. Tak nak ada persandingan.. Tak nak ada outdoor photo shoot.. Tak nak ada makan beradat.. Kalau boleh nak buat sesimple yang boleh.. Aku tak sangka rupanya dalam persetujuan tu ada hati2 yang xpuas.. Rupanya mak ayah bakal tunang aku xsetuju permintaan family aku tu.. Tapi diorang xsetuju dalam diam.. Bekas tunang aku pun nak majlis yang grand2.. Dia cakap sekali seumur hidup je pun.. Apa salahnya ikot adat? Malam tu jugak aku putus dengan dia sebab dia memang tak boleh terima cara aku.. Alasan xlogik bukan?

Balik je rumah aku nangis puas2.. Memang sakit bila orang yang menjadi orang pertama kita terima dalam hidup.. Orang yang dalam sebulan je lagi nak jadi partner kita.. Tiba2 jadi orang yang asing.. Sebulan aku asingkan diri aku dari orang.. Sebulan ni jugak aku mintak cuti tanpa bergaji.. Berat aku pun tersangat susut sampai aku hilang 13kg.. Umi walid aku cuba untuk pulihkan semangat aku.. Aku rasa aku dah macam mayat hidup tika tu..

Tapi minggu lepas.. Allah nak buka mata aku.. Aku dapat tahu tunang aku dah nak kahwin dengan orang lain.. Majlis sambut menantu belah dia untuk kami sepatotnya dah jadi majlis sambut menantu untuk dia dengan orang lain. Nak tahu siapa perempuan tu? Kawan sekuliah kami masa di aussie..

Lepas je aku dapat tahu semua tu.. Aku pergi ke tasik aku nangis puas2 kat situ dalam 2 3 jam.. Balik je rumah aku seolah ada semangat baru.. Aku tak tahu datang dari mana kekuatan tu semua.. Tapi memang aku betol2 bangkit dari nightmare aku ni.. Aku dekatkan diri kepada Allah..

Dulu masa putus aku salahkan takdir.. Kenapa tuhan buat nasib aku macam ni? Kenapa tuhan amik orang yang aku sayang.. Tapi masa aku dapat semangat baru tu.. Baru aku sedar.. Dia memang tak layak untuk aku.. Sebab aku layak dapat lelaki yang lebih baik dari dia.. Sebab tu tuhan pisahkan kami..

Sekarang aku dah jadi orang yang baru dengan semangat yang baru.. Seolah aku bukan yang dulu.. Andai adat tu yang jadi pemisah antara aku ngan dia.. Aku yakin ada lagi lelaki yang impikan sebuah majlis perkahwinan yang simple.. Next week ak dah masuk kerja balik.. Doakan aku terus kuat korang..

– Brokenhearted

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

186 Comments

  1. Dah nak bersanding sangat, bersanding ditempat tidak terbuka dan hanya dilihat oleh adikberadik dan tidak dengan kepercayaan bersanding boleh memanjang jodoh. Jika bersanding dengan tujuan nak menunjuk dan dengan kepercayaan tu yg salah. Makan beradat tu tak salah tapi jgn berlebihan.Pah nak bergambar diluar pun tak salah jika aurat terjaga dan kelakuan ketika bergambar tu berpatutan la tidak berlebih2 contohnya bercium.. Jika dua pihak bersetuju tiada masalah tapi dah tak bersetuju eluklah tak teruskan kerana kedepan2 mungkin lebih byk perbincangan dan tolakansur yg mesti ada dlm rumahtangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *