Antara Cinta dan Nafsu II

Antara Cinta dan Nafsu II

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession saya sebelum ni. Satu persatu komen saya baca, alhamdulillah terima kasih atas sokongan, nasihat, doa dan tak lupa juga kecaman dari kalian semua. Saya anggap nasihat yang baik itu sebagai penguat semangat saya dan yang mengecam itu sebagai balasan atas dosa saya. Iya, saya berhak untuk dikecam, kerana saya adalah seorang pendosa..tapi saya juga berhak untuk mendapat doa yang baik dari kalian, kerana seorang pendosa takkan hidup dalam dosa selamanya.

Ramai yang ingin tahu kesinambungan kisah saya dengan H. Ada yang bertanya, adakah saya masih membujang? Ada juga yang juga ingin tahu apakah H mendapat ‘balasan’ yang setimpal atas perbuatannya? Ada yang ingin saya move on, melupakan kisah lalu dan get a better life. Dan ramai yang ingin tahu adakah saya bertemu kembali H?

Selepas perpisahan kami, saya meneruskan hidup di kampus, dengan satu tekad, yakni saya mahu menebus kembali kekecewaan saya dengan belajar bersungguh2. Dari Semester 1, saya menjadi pelajar terbaik course dengan saya satu2nya pelajar yang mendapat Dean List. Waktu itu saya masih bersama H. Sebab itulah dalam confession yang lepas, saya ada mengatakan saya cemerlang dalam study. Kami berpisah di saat penghujung Semester 2. Hidup saya kacau bilau dengan perpisahan tersebut, sementelah final exam semakin dekat. Tapi saya kuatkan semangat, saya tolak kisah sedih saya jauh2. Saya tumpu pada study. Meskipun sekali sekala kenangan bersama H muncul dalam ingatan, namun saya cepat2 berkata pada diri saya, “Aku benci kau. Aku benci kau. Pergi kau jauh2 dari hidup aku.” Betul. Tanpa saya sedar sebenarnya saya meletakkan kebencian dan dendam yang mendalam terhadap H. Saya jadi benci pada lelaki. Bagi saya lelaki tak boleh dipercayai. Lelaki itu yang merosakkan setelah membahagiakan. Memang tidak adil untuk saya melabel semua lelaki begitu. Tapi kisah hitam diri saya yang menyebabkan saya bertindak sebegitu.

Sememangnya dari awal di IPTA yang baru ini, saya kurang bergaul dengan lelaki lain, kerana kononnya waktu itu saya setia bersama H. Setelah perpisahan kami, saya masih begitu. Bercakap ngan classmate lelaki atas dasar pelajaran sahaja. Saya serik untuk rapat dengan mana2 lelaki. Pelajaran saya semakin bagus. Coursemate memandang saya sebagai seorang pelajar yang bijak dan masing2 berebut untuk satu group dengan saya bila buat assignment. Apa2 masalah dalam study, saya dijadikan tempat rujukan. Dalam hati saya, saya bersyukur kerana mungkin ini permulaan untuk saya mengubah hidup dan diri saya ke arah yang lebih baik. Oh ye, kisah hitam saya tidak diketahui oleh rakan2 di kampus. Rakan2 yang rapat hanya mengetahui saya putus cinta, tanpa tahu dosa silam saya. Saya umpama ‘orang baru’ setelah ketiadaan H dalam hidup saya.

Beberapa bulan selepas perpisahan kami, secara tak sengaja saya berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan jiran kepada rakan saya. Rupanya saya pernah bertemu dia sewaktu saya kerja part time di KL (masa tu saya menumpang rumah kawan) tapi kami tak pernah bertegur sapa kerana waktu itu saya masih bercinta dengan H. Kami berkawan, keluar makan beramai2. Dia agak good looking, tak smoking, dan lebih matang dari usia. Saya sendiri tak menyangka dia muda setahun dari saya, kerana wajah dan sikapnya tak seperti anak2 muda yang sebaya dengannya. Hidupnya hanya pergi kerja balik kerja. Keluar makan. Malah dia tak pernah ada GF.

Kawan2 cuba mengenen2kan saya dengan dia. Tapi saya menjauhkan diri, kerana saya sedar status saya yang dah tak punya apa2 untuk diserahkan pada lelaki yang bergelar suami. Dalam membina semula harga diri yang dah tiada, jauh di dalam diri saya, masih ada low self esteem kerana bagi saya, saya adalah insan yang paling hina. Tak layak untuk berdamping dengan mana2 lelaki yang baik.

Dipendekkan cerita, akhirnya kami bercouple juga. Tapi demi Allah, saya tak dapat menyayangi dia sepenuhnya. Masih wujud keraguan dalam hati saya. Saya masih dibayangi kisah silam. Saya sering mengatakan saya terlalu jahat untuk lelaki sebaik dia. Saya mula mencari jalan, untuk memutuskan hubungan sebelum perasaan dia berkembang mekar untuk saya. Sebulan lepas kami bercouple, saya ke KL bertemu dengannya. Saya mengumpul kekuatan untuk confess status diri saya pada dia. Saya tak tahu perlukah saya membuka aib saya atau menyimpannya sahaja. Tapi saya tak boleh membohongi diri, kerana saya lihat dia menunjukkan keseriusan dalam hubungan kami dan pernah mengatakan hasratnya untuk menikahi saya. Ya Allah, bukannya mudah untuk saya confess pada dia. Saya nekad, sebelum dia sayang saya banyak2, biarlah dia tahu saya ni siapa. Saya bersedia apa saja yang terjadi sekiranya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan saya.

Ya. Akhirnya saya confess. Saya tak mengatakan secara direct, saya cuma berkias2 sahaja. Saya katakan pada si dia, “Saya bukanlah seperti yang awak fikirkan. Saya ni jahat. Saya dah tak punya apa2 yang istimewa untuk saya hadiahkan pada lelaki bergelar suami. Saya terima apa saja keputusan awak.” Betul, saya ready untuk terima sebarang kemungkinan. Berubah muka si dia mendengar pengakuan saya. Terdiam dia seketika. Saya tahu dia terkejut kerana selama ini dia mengenali saya sebelum kami bercouple, saya agak dingin dan kurang menunjukkan minat berkawan dengan lelaki. Malah selepas kami bercouple pun, saya agak kurang menunjukkan perasaan sayang saya pada dia. Dia tak tahu saya bersikap sedemikian kerana kisah silam saya.

Tapi itulah..Allah mempertemukan saya dengan seorang lelaki yang baik. Yang terlalu baik. Dia tanya, simple saja soalannya. “Rela atau terpaksa?” Giliran saya yang terdiam. Kerana saya tak expect itu soalan dia. Saya tak jawab, hanya menundukkan wajah yang tebal menahan malu. Ya, saya malu mengakui diri saya kotor di hadapan seorang lelaki yang baik. Diam saya itulah jawapannya. Malam itu dia mesej saya dengan agak panjang. Dia mengatakan dia sanggup terima saya walau apa pun status saya. Dia akan cuba melindungi saya kerana dia sudah terlanjur sayang pada saya. Dia cakap, saya insan pertama yang dia cinta, baik buruk saya dia terima. Dia minta saya lupakan kisah silam saya. Cuba bina hidup baru dengan dia.

Ya Allah…menangis saya membaca mesej dia. Saya tahu saya tak layak untuk lelaki sebaik dia. Setelah apa yang telah saya dan H lakukan, masih ada insan yang menerima saya yang dah tak punya apa2. Saya tanamkan tekad, untuk terus melupakan H dan belajar menyayangi orang lain yang sudi menerima saya.

Namun saya silap. Saya tak mampu menipu diri saya sendiri. Saya masih lagi dibayangi kisah silam. Dalam saya cuba memperbaiki diri menjadi lebih baik, saya menjadi seorang yang ‘kejam’. Ya, saya kejam terhadap si dia. Mungkin kerana dendam dan kebencian saya pada H yang masih wujud dalam hati saya. Saya sering merasakan saya tak layak untuk dia. Saya selalu berharap dia memutuskan hubungan. Ada saja hal yang saya jadikan isu untuk bergaduh dengan si dia, dengan harapan si dia membenci saya dan meninggalkan saya. Namun dia tetap bersabar dengan karenah saya.

Dalam hubungan yang ada pasang surutnya, akhirnya kami bertunang. Kisah H perlahan2 saya lupakan. Saya tumpukan pada study dan si dia yang bakal menjadi suami saya. Saya menghabiskan diploma dengan result yang agak baik, dimana saya adalah diantara Top 3 best student dalam course saya berdasarkan CGPA. Selain doa ibu dan bapa, sokongan dari si dia juga adalah pemangkin untuk saya berjaya. Rezeki saya bertambah, bila saya mendapat kerja di KL sehabis saya belajar. Dan kepada yang bertanya adakah saya masih single, jawapannya adalah tidak. Saya bernikah agak awal, 2-3 bulan selepas habis belajar di usia 24tahun. Malah saya ke majlis konvokesyen dengan inai masih di jari.

Oh ye, ada komen sinis yang bertanyakan berapa hantaran saya? Ya, saya sedar saya tak layak untuk mendapat hantaran yang tinggi dengan status saya yang dah tak suci lagi. Ibu bapa saya juga tak meletakkan berapa hantaran, terpulang pada pihak lelaki. Ibu bapa saya hanya mahu memudahkan kedua2 pihak. Tapi si dia tetap menjaga maruah saya, dengan menghadiahkan sejumlah hantaran, dengan niat agar saya tak merasa rendah diri dengan kekurangan diri saya. Bukan wang yang saya mahukan, tapi kesungguhan si dia melindungi saya amat saya hargai.

Maka bermulalah kehidupan kami suami isteri, duduk menyewa di pinggir ibukota. Susah dan senang bersama. H terus terkubur dalam lipatan sejarah. Selepas lebih setahun berkahwin, hinggalah suatu malam, adik2 dan kakak saya datang ke rumah. Mereka mengajak saya ke uptown yang berdekatan dengan rumah saya. Pada waktu itu, uptown tu masih baru dan kurang ramai pengunjung, malah gerai2 juga tak sebanyak sekarang. Kami berlima keluar ke uptown, mencuci mata di gerai2 jualan. Suami dan adik2 lelaki saya berjalan agak ke depan, saya dengan kakak biasalah, orang perempuan. Kejap2 berhenti nak tengok baju2 dan beg2. Kebetulan, kakak berhenti di sebuah gerai untuk melihat barangan. Saya bagitau dia saya nak cari suami saya. Sewaktu itulah, tiba2..saya rasa lutut saya lembik, tak mampu berdiri, jantung saya rasa mahu terkeluar, bila melihat H tak sampai 10kaki di depan saya. Kami bertentang mata, langkah saya terhenti, dan saya rasa dunia juga berhenti berputar. H juga terkejut seperti saya, tapi dia cepat2 tersenyum berjalan ke arah saya. Saya rasa mahu menyorok, tak mampu untuk berhadapan dengan H. Saya dapat rasakan muka saya panas, kalau ditoreh tak berdarah agaknya. Satu persatu kisah saya dengan H bagaikan terlayar didepan mata. Serta merta hati saya berasa pedih, umpama luka berdarah kembali. Saya kuatkan kaki melangkah, H memberi salam, memanggil nama saya. Tapi saya teruskan melangkah, seumpama tak mengenali H langsung! Ya, saya buat bodoh je, seolah2 tak nampak dia depan mata. 2kali H panggil saya, saya tetap ke depan. Saya tercari2 suami saya, dan tiba2 saya dengar kakak saya panggil. Masa saya menoleh itulah saya lihat H masih di situ, memandang tepat ke arah saya. Ya Allah, kenapalah dalam seramai2 manusia kat uptown malam tu, saya boleh terserempak dengan H? Terus saya menarik tangan kakak dan berjalan selaju yang boleh. Kakak saya kehairanan tapi saya mengatakan saya sakit perut nak balik. Bila terjumpa dengan suami dan adik2 yang agak jauh di gerai hadapan, saya terus mengajak mereka balik. Saya taknak suami perasan dengan perubahan saya, dan saya tak mahu lagi bertembung dengan H.

Malam itu saya tak dapat melelapkan mata. Dalam pada saya sudah melupakan H, kenapa kami harus bertemu lagi selepas kami berpisah hampir 4 tahun? Mood saya agak berubah. Seringkali saya termenung namun cepat2 saya cakap pada diri saya, saya dah ada suami yang menyintai saya, biarkanlah H dengan hidupnya. Namun saya tak kuat, saya umpama ingin tahu apa yang terjadi pada H selepas perpisahan kami. Adakah dia gembira? Adakah hidup dia bahagia? Adakah dia dah kahwin? Tapi malam tu saya lihat H hanya berdua dengan kawan lelaki.

Keesokkannya di office, saya menghubungi rumah H (amazingly saya masih ingat nombor rumah H sampai walaupun dah lama berpisah). Saya tahu dia tiada di rumah. Saya cuma hendak nombor handfon nya. Bila saya memperkenalkan diri sebagai rakan sekelas H dan nak contact number sebab nak jemput ke majlis kahwin saya (kononnya), adik H dengan senang hati memberikan nombor handfon H. Setelah nombor H saya catat, sekali lagi saya dalam dilema. Perlukah saya call H kembali? Untuk apa? Untuk ambil tahu tentang hidup dia lagi? Tidak. Parut yang dia tinggalkan amat dalam, dia tak layak untuk bahagia. Dia hanya layak untuk melihat kebahagiaan saya sahaja. Geram pula saya, kenapalah kami tak bertemu sewaktu saya tengah berjalan berpegangan tangan dengan suami saya ketika itu? Dalam hati saya cuma ada benci dan dendam. Saya kuatkan hati dail nombor dia. Tapi saya gunakan telefon office (maafkan saya bos!) kerana saya taknak dia tahu no. handfon saya. Ada getar dalam suara saya sewaktu memberi salam. Saya langsung tak memperkenalkan diri, tapi H dapat meneka saya seusai dia menjawab salam saya. Dia excited, bertanyakan bagaimana saya dapat nombor dia. Dia juga mengatakan dia happy sangat terserempak dengan saya malam tu dan bertanya kenapa saya melarikan diri. Dia cakap dia cari saya bagai nak gila (entah ye entah tak) sebab lepas saya balik dari rumah dia dulu, dia kena brainwash dengan ibu dia dan dia nak kembali pada saya, tapi sebab saya dah tukar nombor dia tak dapat nak call. Dia juga tunggu saya contact rakan sekelas dia untuk bercakap dengan saya. Bertalu2 soalan dari dia, saya hanya dengar dan diam. Kau cakaplah apa saja, H…aku sudah tak percaya kata2 kau lagi… Hinggalah soalan dia, “Awak belum kahwin lagi kan? Awak tunggu saya ke?” Waktu itulah saya rasa telinga saya panas. Berombak dada saya menahan marah. Apa dia ingat saya ni tak laku agaknya? Terus saya jawab, “Dah. Saya dah kahwin. Dah setahun lebih saya kahwin.” Tapi H tak percaya. Dia cakap takkan saya dah kahwin kalau malam itu dia nampak saya seorang saja. Siap dia sindir saya, “Saya kenal lah awak, luar dan dalam. Awak tak payah nak tipu saya..Awak memang tunggu nak kahwin dengan saya kan?” Fuhh..berdesing telinga saya mendengar kata2 dia. Kalau H depan mata saya, memang saya tampar saja mulut cabul dia tu. Saya cakap pada dia,”Lantak awaklah nak percaya atau tak. Bukan masalah saya. Tapi kalau next time awak terserempak dengan saya, tak kira saya seorang ke saya dengan orang lain ke, awak tak payah nak tegur2 nak bagi2 salam kat saya. Saya tak suka. Sekali saya benci saya akan benci sampai bila2” Tanpa tunggu jawapan dari H dengan kasarnya saya letakkan telefon. Puas hati saya dapat melampiaskan kebencian saya pada H. Biarlah apa saja tanggapan H pada saya, saya takkan biarkan H memanipulasi saya dengan mengatakan dia kenal saya ‘luar dan dalam’. Iya, memang kami pernah bersama, biar dia pernah memiliki tubuh saya tapi bukan lagi hati perasaan saya. Kalau saya single sekalipun waktu itu, takkan sekali2 lagi kembali pada dia, meskipun dia memujuk rayu. Biarlah dia dengan dunia dia, saya dengan kehidupan saya dan suami yang menyintai saya.

Untuk satu waktu yang lama, saya sudah melupakan H. Saya kembali sibuk dengan pekerjaan dan family. Beberapa tahun selepas itu, takdir Allah kami terserempak kembali di LRT station sewaktu hendak membeli tiket. Saya masih berseorangan, kerana saya on the way hendak berjumpa suami di tempat kerjanya. Manakala H bersama seorang gadis, new girlfriend maybe. Kali ini agak terkejut, tapi kami dapat mengawal keadaan dan perasaan. Waktu itu saya tak merasakan berdebar sepertimana pertemuan yang lepas. Cuma saya hairan, kenapa H naik LRT berdekatan rumah saya? Rupanya H mengatakan ibu saudaranya yang pernah saya tumpang sewaktu dulu sudah berpindah ke area yang sama dengan rumah saya. Cuma block saja berlainan. Dan H selalu datang ke situ. Hmmmm…maknanya selepas ini mungkin akan ada lagi pertemuan antara kami? Hanya Allah yang tahu. H memperkenalkan GF nya pada saya. Saya perasan kecemburuan di wajah GF. Gadis itu nampak seperti seorang yang baik, dan saya sempat berdoa agar dia tidak menjadi mangsa H sepertimana saya. Kami bertiga berbual2 sepanjang perjalanan walaupun situasi itu agak janggal, hinggalah H dan GF dia turun di pertengahan jalan. Waktu itu, sudah tiada apa2 dalam hati saya. Dendam tiada, benci pun tiada. Sayang tu of course sudah lama mati. Saya hanya rasa satu perasaan yang kosong terhadap H. Mungkin saya sudah totally move on.

Dan kali terakhir, sekali lagi saya bertemu H, di bank sekitar bangunan office saya. Kebetulan H ada urusan di situ, saya tak perasan kehadiran dia. Dia yang menegur saya. Agak terkejut, tapi kami cuba bersikap professional. Mungkin sebab kedua2nya sudah dewasa dan bertambah matang. Kami berbual2 sekejap, dan H mengatakan dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Saya tanya, adakah gadis hari tu isteri dia, H cakap bukan, dengan orang lain. Dia juga mengatakan dia banyak outstation ke oversea. Saya kira dia sudah dapat dapat life yang lebih baik. Mungkin juga dia sudah insaf. Sebab nampak juga perubahan dari segi percakapan dia yang dulunya agak annoying. Saya tinggalkan H dengan business card saya. Bukannya ingin H menghubungi saya kembali. Cukuplah sekadar sekiranya ada apa2 urusan emergency.

Tanpa saya sangka, malam itu H call saya. Tiada tujuan lain, hanya memohon maaf atas segala perbuatannya terhadap saya selama ini. Dia mengatakan hatinya tak senang selagi tiada kemaafan dari saya. Dia tahu saya masih berdendam dan benci padanya. Dia juga mengatakan hidupnya agak up and down kerana dibayangi dosa silamnya bersama saya. Dia ditinggal kekasih beberapa minggu sebelum perkahwinan mereka, dimana saat itu dia tahu itulah kafarah yang Allah bagi pada dia atas perbuatan dia terhadap saya. Dia berkahwin atas aturan keluarga, dan gadis itu gadis yang baik. Gadis itulah juga yang membuatkan dia berubah. Dia mula mendekati agama, meninggalkan segala perangai jahatnya dulu. Tapinya hidupnya tak tenang kerana selalu teringatkan dosanya terhadap saya. Dia juga mengatakan, dia takut anak perempuannya terima nasib yang sama macam saya atas kesilapan dia dulu. Demi Allah, saya maafkan dia. Saya lepaskan segala kesalahan dia jauh2. Kalau dulu saya tak ingin dia hidup bahagia, tapi siapalah saya untuk terus kejam terhadap H, kalau dia betul2 sudah berubah. Hati saya juga tenang selepas memaafkan H. Hilang sudah rasa sakit di hati.

Itulah kali terakhir kami berhubung dan bertemu. Tahun 2011. Ada juga saya terjumpa FB dia, tapi saya tak add friend. Dia memang tak jumpa FB saya kerana saya guna nama samaran. Dari FB dia, sekarang H dah ada 3orang anak. Semua perempuan. Teringat saya akan kata2 H, yang tak mahu dosanya terpalit pada anak2 perempuannya.

Saya? Alhamdulillah sudah ada sepasang anak yang comel dan cerdik. Ya, saya agak lewat mendapat anak. Saya juga berdoa agar anak2 saya dijauhi dari dosa2 silam saya. Dalam masa yang sama, saya masih cuba memperbaiki diri. Saya labuhkan pakaian, labuhkan tudung, memakai stokin, menjaga aurat saya sebaiknya. Saya mendalami ilmu agama, mencari keredhaan Ilahi. Suami juga tak pernah mengungkit kisah silam saya. Biarlah ia berkubur dalam lipatan sejarah. Memori tak dapat dipadam, namun jadikan ia sebagai satu titik permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Benar dulu saya seorang pendosa, tapi saya juga berhak mencari syurga. Semoga pengakhiran kami baik2 sahaja..InsyaAllah..

Terima kasih. Wassalam.

– Bukan lagi Ex Mr. H

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments