Antara Dua

Assalamualaikum wbt…

Mungkin penulisan ini tidak bergitu menarik perhatian pembaca. Namun aku cuba untuk mengarang. Bukan untuk meminta pandangan tapi cukuplah sekadar meluah apa yang terbuku di hati aku kini. Ya aku buntu. Terus terang aku katakan, aku hanya pendengar yang baik dan bukan orang yang bijak dalam membuat keputusan.

Kenapa aku katakan aku buntu? Aku punya seorang kawan baik, Nora (31 tahun). Aku mengenalinya dari zaman sekolah lagi. Jodoh kami panjang dan kami bekerja di satu tempat yang sama. Nora duduk bersama keluarganya manakala aku pula duduk menyewa bersama seorang kakak yang juga bekerja di bumbung yang sama. Kak Lina, senior yang dihormati dan dikenali, berumur 35 tahun dan masih belum berkahwin.

Di tempat kerja aku ada seorang ketua. Lelaki. Kami panggil En. M. Apa yang aku ingin ceritakan di sini, kisah di antara Nora, Kak Lina dan En.M. Aku tahu Kak Lina menaruh perasaan terhadap En.M, dan apa yang mengejutkan aku mereka pernah mencuba untuk bersama tetapi gagal. Dari semua yang Kak Lina ceritakan pada aku, mereka pernah keluar bersama, solat berjemaah dekat masjid, setiap masa ber whatsapp, setiap malam bertelefon, dan banyak lagi kerja bersama. Tapi perhubungan itu hanya rahsia dan tiada siapa pun tahu kecuali aku. Aku lihat Kak Lina bahagia. Namun, aku hairan. Kak Lina dan En.M orang yang dihormati di tempat kerja kami tapi kenapa perlu rahsiakan hubungan.

Bila di tempat kerja mereka sangat professional. Berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Gosip hangat itu ada tapi kenapa perlu dinafikan. Bila aku tanya Kak Lina, jawabnya belum tiba masa untuk mengumumkan hubungan itu. Sehinggalah satu malam, Kak Lina menangis menyatakan En.M tersilap hantar whatsapp. Tercetuslah pergaduhan di antara mereka dan kejadian ini seolah-olah dapat dihidu oleh rakan-rakan sepejabat yang lain. Kami bekerja di jabatan yang sama dan hal ini sangat mempengaruhi kerja kami. Maaf, aku rasakan Kak Lina dan En.M sudah cukup matang untuk handle masalah peribadi dan rasanya tak perlu dibawa hingga ke pejabat. Jadi professional macam mereka merahsiakan hubungan dulu.

Itu cerita tahun lalu. Kak Lina masih belum dapat move on sedangkan aku banyak juga terdengar gossip En.M dengan perempuan lain. Itu pun dari mulut Kak Lina sendiri. Mengakui dia cemburu, dan cuba untuk merapatkan diri dengan En.M semula. Di sini aku mainkan peranan aku, bukan dengar sahaja dan jadi batu. Aku katakan pada Kak Lina, kenapa perlu ditunggu lelaki seperti itu. Jawab Kak Lina, “Ima takkan tak faham.” Kalau aku tak faham, tolong fahamkan aku Kak Lina. Aku yang jadi saksi Kak Lina bahagia, aku juga jadi saksi Kak Lina nangis setiap malam. Apa lagi yang aku tak faham. Aku terkadang rasa geram. Apa yang aku tahu, Kak Lina pernah meluahkan perasaan pada En.M tapi En.M Cuma kata dia akan cuba. Lepas semua benda yang aku ceritakan dari awal tadi, itu semua percubaan ke atau hanya memberi harapan palsu?

Itu cerita Kak Lina, Ini pula cerita kawan baik aku. Nora. Tiada rahsia antara aku dan Nora. Tapi aku tak pernah cerita Kak Lina dengan En.M. itu bukan cerita yang patut aku kongsi walaupun dengan Nora. Sampai satu hari Nora mengaku En.M cuba untuk mendekatkan diri dengan Nora. Apa yang En.M buat dekat Nora sama macam apa yang dia buat dekat Kak Lina. Bezanya, dengan Nora, En.M serius dan melamar Nora untuk jadi isterinya. Aku rasa bersalah. Aku cuba ceritakan sedikit tentang Kak Lina, dan Nora sedia ada tahu yang En.M mengaku mereka tiada apa-apa hubungan dan itu sekadar gossip sahaja. Nora ni tak pernah bercinta. Dia ada juga cakap takut tersenarai dalam janda En.M. Tapi mulut aku ni gatal cakap, “Entah-entah En.M nak jadikan kau cinta terakhir. Bukan mudah lelaki nak ajak kahwin. Istikarah, jika itu yang terbaik, terima. Aku doakan yang terbaik untuk kau.”

Salah ke aku cakap macam tu?

Bila balik rumah, dengar pulak cerita Kak Lina. Dia dan En.M dah baik macam dulu. Allah. Dugaan apa ni. Aku yang bagi semangat untuk move on, Kak Lina kata dia dah move on dan cuba berkawan. Aku yang duduk hampir 24 jam dengan kak Lina, dia tak pernah sesaat pun berhenti cerita pasal En.M. Celah mana kata dah move on tu? Aku jadi pening. Dengan Nora dan Kak Lina. Aku jadi sakit duduk antara dua. Atau aku ke yang sibuk sangat pasal orang lain. Aku jadi terfikir, kalau Nora terima lamaran En M, mesti Kak Lina benci aku. Mesti Kak Lina malu dengan aku. Aku jadi tersepit. Dan kalau Nora tolak lamaran En.M sebab kesian dekat Kak Lina, aku juga ke yang bersalah menghalang Nora yang dah pun terjatuh cinta dengan En.M. En.M ni pun satu. Nak bemain cinta pun jangan la satu pejabat.

Aku ke yang salah?

Maaf, sekadar meluah apa yang terbuku. Even dengan encik tunang pun aku tak cerita. Sebab Nora dan Kak Lina minta aku rahsiakan cerita mereka.

Terima kasih iiumc.
*Nama aku ubah sebab aku tahu Nora dan Kak Lina suka baca iiumc.
I’m not good in writing. Sorry.

22 Julai 2018

– Ima

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *