Antara Janji Kosong dan Harapan Baru

Nama aku Fira. Umur 28. Aku ada boyfriend nama dia Amzar. Kami sama umur dan dah 4 tahun couple.

Hubungan ni pernah sekali putus sebab dia curang, tapi dia datang balik merayu, cakap tu khilaf dia. Dia tak nak kehilangan aku.

Aku pun bagi peluang sebab aku fikir semua orang boleh berubah.

Dari zaman kami naik motor sama-sama sampai la aku sekarang dah ada kerja tetap, ada gaji stabil, hidup aku makin okay.

Tapi dia masih tak ke mana. Buat Grab pun ikut mood. Kadang ada, kadang tak. Makan pun pernah tak ada. Aku yang tolong.

Aku hulur duit, aku bantu sebab aku tak kisah pun pasal duit. Aku fikir aku ni pasangan dia, mestilah kena support.

Tapi lama-lama aku perasan aku je yang usaha, aku je yang fikir masa depan.

Aku tanya pasal kahwin, dia suruh aku doa je. Tapi usaha tak ada. Sampai bila aku nak doa je tapi dia tak buat apa-apa?

Beberapa hari lepas, aku kenal sorang lelaki kat FB. Mula-mula borak biasa je, tapi makin lama aku rasa selesa. Cara dia cakap, cara dia approach lain.

Dia tanya pasal kerja aku, dia cerita pasal hidup dia. Aku nampak dia ada plan. Dia tahu apa dia nak buat dengan hidup dia.

Aku mula suka dia sebab aku nampak effort dia. Aku nampak lelaki yang tahu arah hidup dia, yang kerja elok, tahu beza main-main dan serius.

Aku banding dengan Amzar, lelaki FB ni jauh beza. Dia bagi aku rasa tenang. Bukan sebab janji manis, tapi sebab dia usaha.

Aku bukan nak curang, tapi aku jadi serabut. Aku fikir, patut ke aku stay dengan orang yang tak berubah-ubah, atau aku lepaskan untuk aku cari hidup yang lebih baik?

Aku dah penat sayang sorang. Aku dah penat tunggu janji kosong. Aku tahu orang akan cakap aku jahat, tapi aku rasa aku cuma fikir masa depan aku.

Aku pegang satu benda: perempuan akan pilih lelaki yang bertanggungjawab, bukan yang tahu cakap sayang je.

Korang rasa aku patut stay atau aku lepaskan je dia?

Aku takut rugi, tapi aku takut lagi kalau aku stuck dengan orang yang tak ke mana.

Kalau korang kat tempat aku, korang buat apa?

– Fira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Lelaki ni tau awal dah dengan siapa dia nak nikah. Bila dia dh tau, effort dia kita mesti boleh nampak. Dia takkan simpan tepi buat stock bertahun-tahun. Adik Fira, tinggalkan perbuatan couple tu. Haram.

  2. Please stop fikir pasal cakap orang tapi fikirlah utk diri sendiri. Dalam perhubungan couple atau ta’aruf tiada istilah curang kerana ikatan yg tidak sah jadi anda berhak memilih siapa yg terbaik untuk anda. Tiada guna couple bertahun tetapi tiada usaha utk membina masjid dan menghalalkan perhubungan anda berdua so just move on girl. Masa pantas berlalu, umur semakin meningkat, jika anda telah berjumpa pasangan yg sesuai selepas istikarah, go get married. Semoga dipermudahkan urusan dan dipertemukan jodoh yg sama² mencari redha Allah.

  3. Lelaki ni ada yang kenal sekejap di reject pun buat confession cakap perempuan attention seeker dan gedik.

    Walhal bila baca perempuan terang-terang cakap dia tak nak WhatsApp sebab nak jaga batas dan hanya nak berbual bila ada orang nampak macam tulah.

    Sometimes tak apa ambil masa sedikit. Sebab kalau tergesa-gesa kadang kala tak boleh nak fikir habis.

    Ada juga perempuan jenis peramah tapi kalau nak chatting chatting takde nak ke arah kahwin tu mereka memang tak nak je.

    Selain daripada tahu hal agama, bertanggung jawab dan serious, make sure mereka tak get personality awak mixed up.

    Jangan sesekali pergi berkahwin dengan orang yang cakap awak attention seeker ke segala merepek bila awak hanya buat hal awak dan hanya berbual untuk jalankan kerja misalnya di ofis.

    Perempuan mesti boleh dibimbing tapi ada beza dengan does not get your personality. Lecturer misalnya memang semua student akan bagi attention kepada mereka bahkan terlebih-lebih lagi.

    Baik macam mana pun orang yang tak get your personality akan buat awak rasa lonely sangat. Sebab selain daripada family, spouse ni sepatutnya orang yang paling faham diri awak macam mana. Dan dia mesti get the best perspective of your personality sebab dia supposed to be orang awak boleh jadi vulnerable.

    Lepas tu nak tengok kalau ter bergaduh, lepas resolve, mengungkit tak. Kalau perkara dah fix, cakap lagi tak. Sikap bergaduh tak habis ni takde sapa boleh tahan.

    Sebab nanti jenuh awak nak terangkan diri awak macam mana dan bila saya jumpa perempuan yang mereka memang pergi kerja sebab semata nak menyara kehidupan sendiri sebolehnya mereka tak suka langsung diganggu selepas ofis. Mereka memang annoyed kalau kena contact di luar waktu bekerja. Means hanya kerana perempuan tu peramah tak kata kawan ofis boleh try mereka ada memang tak suka langsung diganggu.

    Kalau orang ni tak faham personality awak mahu awak dihubungi bertalu-talu di tempat kerja.

    Daripada saya baca banyak confession ni lelaki tak semua reti baca perempuan. Ada yang bila kita baca jelas pada pandangan kita mereka nak suruh lelaki tu tinggalkan mereka sendirian (contoh confession bos mengandung suruh pergi tolong beli lunch) tapi yang lelaki tu mungkin tak faham dan ingat perempuan sengaja nak minta tolong.

    Silap baca personality ni akan jadi isu bila awak perlu space tapi lelaki keep on smothering. Ini juga akan jadi isu bila awak nak berhenti kerja tetapi lelaki expect awak sama-sama bekerja.

    Lagi lama awak tunggu lagi susah awak nak break up ingat tak semua lelaki direject ni mereka boleh terima.

    Ada kena reject boleh biar orang lain kutuk awak beramai-ramai.

    Sebenarnya dia tak boleh terima rejection kalau boleh awak biar single sampai berusia tak kahwin langsung.

    Ada pula jenis pasal awak dia pergi tanya orang ramai. Nanti ada hal dengan awak dia bagi semua orang pula jadi tukang cakap bagi pihak awak. Padahal tanyalah awak sendiri.

    Awak kena terima orang yang boleh be kind to you even when they are angry or has any disagreement.

    Sebab terkedepan kita tak tahu apa nak jadi. Esok ada anak-anak mesti nak dibesarkan cara harmoni tak kisahlah bagaiman hubungan ibu/ibu-ibu dengan bapa/bapa-bapa.

    Trash talker (kerana nak mengamuk atau nak aniaya), panggil kutuk beramai-ramai apa semua ni reject awal-awal.

    Kalau hati baik, even berpisah atau perkahwinan unik daripada orang lain pun, mereka masih belas ihsan pada awak.

    Lelaki ni mereka akan kahwin bila mereka dah ready, tapi kalau awak dah kenal rapat sedikit dalam tempoh yang agak lama, awak boleh tanya je lagi sekali maybe once and for all. Tanya terus-terang tujuan hubungan ni ke mana.

    Actually 28 bukan terlalu sangat. Tapi tak tahulah kerana awak dah letih menunggu agaknya.

    Awak tanya je ok tak kalau ada orang lain nak kahwin dengan awak, kalau dia kata tak kisah means dia takde nak sangat dekat awak lah.

    Sebab lelaki kalau dia cintakan awak dia tak sanggup tengok awak dijaga oleh orang lain. Kalau dia cintakan awak, dia dengar ada orang lain nak kahwin dengan awak, dia akan frust.

    To be fair, awak juga kena ada hati dekat lelaki tu, kalau dengan yang ni awak dah tawar hati berilah tahu dia awak hanya kawan biasa je takde nak berkawan tujuan nak berkahwin tu dah mulai sekarang.

    Solat minta petunjuk Allah SWT.

  4. Saya dengar ada yang buat Grab hasil masyuk. Kalau dia jenis masyuk OKlah juga. Tapi kalau sampai makan pun takde, tak masyuk lah kot kebiasaan harinya tu. Sis pula yang kena hulur duit. Kalau dah kahwin nanti macam mana lah. Lebih baik kahwin dengan lelaki yang kerja operator kilang, sekurang2 nya ada gaji tetap. Pastu kerja kilang ni kena berdisiplin. Nak bina rumahtangga nanti kena ada disiplin. Ni kejap ikut mood dia nak kerja kejap taknak, macam mana lah.. Kalau dia lelaki yang tak suka makan gaji pun dan dia nak kerja sendiri (bisnes?), sekurang2 nya kita kena nampak effort dia usaha tu. Pastu dia tunjuk hasil kewangan/simpanan dia dah kembang banyak mana. Barulah kita yakin.

    Kalau saya, saya akan gerak. First reason sebab tak nampak usaha dia. Pastu second eh kita pula yang kena hulur duit selalu. Ketiga sebab dia pernah curang. Nak bagi dia second chance boleh, tapi dialah yang kena usaha lebih tunjuk effort nak halalkan kita. Tapi macam takde je kan? Dulu bukan main merayu nak get back. Agaknya perempuan tu pun sedar awal dan taknak kat dia dah.

    So gerak saja lah.

  5. Saya sambung lagi, zaman sekarang bukan macam dahulu, awak suka duduk seorang pun, awak tak suka bercakap dengan lelaki pun kalau kerja awak kena bercakap, orang akan ingat awak bergaul.

    Kalau awak memang bercakap, ok takpe, cuba awak duduk diam je tak buat apa, tapi orang cakap awak buat, mahu awak boleh jadi tension.

    Kerja bercakap ni macam lecturer, cikgu, customer service, retail, admin, lawyer, doktor, nurse. hospital, etc. Kalau awak tak nak bekerja lepas kahwin oklah.

    Kalau nak bekerja atau suami encourage bekerja, susahlah awak. Nanti kerjaya pilihan awak terhad sangat. Atau awak mesti bekerja dari rumah sahaja.

    Walaupun awak tak delah suka dapat attention. Ssya biasa je jumpa orang yang mereka bercakap je dengan semua orang tapi janganlah nak panggil mereka kerja lebih masa ke apa memang mereka tak suka.

    Nak kahwin tengok juga perancangan masa depan macam mana. Tak ramai isteri kisah berhenti kerja tapi kalau disuruh kerja dicurigai sepanjang masa tak rasa boleh ada hubungan yang sihat.

  6. Banyak terjadi perempuan tinggalkan boyfriend dari zaman belajar yang sama umur sebab jumpa lelaki yang lebih tua, dah stabil kewangan dan dah bersedia untuk kahwin. Dorang tak sanggup tunggu boyfriend dorang jumpa pekerjaan yang bagus dan dapat stabilkan hidup sebab taktau ntah bila dan risau jadi andartu dulu. Tapi dalam kes awak ni nampak boyfriend sendiri takde usaha cari kerja lain mungkin sebab takde kelulusan atau sebab dah terlampau selesa duduk dalam zon selesa. Jadi benda pertama awak kena buat keluarkan dia ari zon selesa tu dengan mintak putus sebab awak dah nak settle down, berkahwin dan ada anak. Tengok apa response dia, ada perubahan pada usaha dia menstabilkan diri ke tak. Kalau takde teruskan dengan putus dan jangan pandang belakang lagi. Kalau awak nak terus hidup dengan masa lampau, nanti masa depan awak merana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *