Antara Kebebasan dan Kasih Sayang

Hai, nama aku Mukhriz. Aku just cerita kisah hidup aku dan mungkin ada siapa boleh relate dan mengalaminya.

Dalam hidup ni, banyak perkara yang perlu kita pilih antara kebebasan atau kasih sayang/cinta. Kadang aku keliru nak pilih yang mana sebab kehilangan salah satu menyakitkan.

Aku benci hidup dikongkong dalam masa sama aku benci hidup tanpa orang mengambil berat dan mengasihi aku.

Sejak aku tamat universiti, tiga kali aku lari dari rumah and family. Sebab apa aku lari? Mental abuse. Aku ada sakit mental dan family masih tak terima sepenuhnya.

Sakit mental tu pun sebab ketegasan sampai aku didera secara fizikal waktu kecil sampai ke besar. Dan aku tak boleh cope cara hidup family aku yang rigid dan konvensional.

Bila aku cerita dekat kaunselor, cerita dekat support group and confession masalah aku, Hampir lebih dari separuh mintak aku lari dari rumah. Semua cakap aku dah besar. Boleh Bina hidup baru. Itu yang aku tekad lari lebih dari tiga kali.

Tapi, Setiap kali aku lari, bila sampai je tempat jauh dari rumah, aku rasa kosong, cari kawan baru pun still rasa kosong. Rasa macam ada kekosongan yang tak dapat diisi. Melainkan dengan family.

Walaupun kadang kala mereka menyakitkan, tapi tak ada orang pun dalam dunia yang akan menangisi kehilangan aku kecuali mereka.

Bila aku pergi tempat baru, aku akan tengok apa impact kehadiran aku dekat orang. Aku tengok tak ada siapa pun kisah pasal aku. Aku sakit? Aku depress, aku relapse?

Tak ada siapa pun ambil tahu. Aku dibuli? Aku dipermain? Tiada siapa kisah. Aku tak datang kerja? Aku suicidal? Aku berhenti? Akan ada pengganti.

Tapi mak aku hampir hari-hari wasap aku. Aku pernah block sebab tak tahan, jiwa kebebasan aku tak tahan dengan ketegasan dia.

Mak aku sampai janji tak akan biarkan ayah aku pukul aku lagi dan dia kata nak mulakan hidup baru. Tak boleh wasap, mak aku email aku. Hari-hari email kata rindu, dia nak tau aku dekat mana.

Aku bukan tak nak balik. Tapi sapa yang ada trauma dia akan tahu. Trauma bukan saja beri kesan kepada minda. Tapi beri kesan kepada cara kita hidup.

Trauma mengubah cara pandang hidup kita hingga kita melihat sesuatu yang berlaku dengan cara pandang berbeza. Semua diselubungi ketakutan.

Boleh dikawal, tapi sekadar sekejap kalau masih ada di tempat yang sama, orang yang sama, sakit tu masih ada.

Kadang tu dalam family ada yang masih sayang kita, tapi ada orang yang masih tak berubah. Macam aku, mak aku tunjuk kasih sayang dia dekat aku, dan dia selalu nak aku rasa yang ayah aku sayang aku. Supaya aku tak lari lagi.

Tapi apa yang aku dengar dari ayah aku tiap kali jumpa dia hanyalah ucapan-ucapan agama, perlian kepada aku, dan setiap kali dia cakap aku akan ingat apa yang dia buat dekat aku. Dan aku takut berulang lagi.

Takkan aku tak ingat, di saat aku baru didiagnose sakit mental, ubat aku dibuang, aku dihalang dari jumpa psikiatri kerana risau agenda Barat dan tak selari dengan cara Islam.

Lepastu aku ditampar hanya kerana mempertahankan diri aku walaupun aku dah dewasa umur 20an. Ini time aku dewasa.

Masa kecik lagi lah sampai dihentaknya kepala aku kedinding. Ini lah trauma aku yang mendesak aku supaya lari dari rumah setiap kali aku balik.

Sekarang, tak berlaku lagi perkara tersebut tapi masih trauma. Tapi satu perkara berlaku lagi. Aku dipaksa untuk menerima pertunangan dengan pilihan mak ayah aku.

Ini yang buat aku lari kali ketiga. Sebab suara aku tak didengari, seolah-olah aku main-main bila aku cakap aku taknak.

Aku sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin. Bahkan pendirian aku biarlah aku hidup bujang hingga aku dapat kerjaya yang aku nak dan kestabilan hidup.

Tambah lagi aku kena cari nafkah untuk keluarga. Dan waktu aku lari kali ketiga, diorang langsungkan pertunangan tanpa kehadiran aku.

Sebab katanya tunang tak perlu pihak lelaki datang.

Sepanjang merisik, bertunang sampai sekarang hanya dua kali aku berhubung dengan tunang aku. Tu pun sebab aku bagitau dia aku tak setuju sebab belum sedia.

Kali kedua dia pulak mesej aku tanya macam mana sebab dia pun tak boleh buat apa kedua-dua keluarga dah merancang.

Keluarga aku yang insist nak langsungkan jugak sampai tentukan tarikh tunang. Lepastu kali ketiga dia mesej suruh aku datang tunang sebab mak aku suruh dia mesej aku, aku tak balas.

Sejujurnya, aku belum bersedia untuk relationship. Aku belum bersedia untuk ada komitmen. Sebab masalah relationship aku dengan family pun tak stabil. Dengan trauma berkeluarga.

Aku pulak kalau ada komitmen ja mesti stres. Tambah kalau bakal pasangan aku tak faham keadaan aku. Lagi rumit.

Sampai sekarang aku tertanya-tanya dan dilema, antara kasih sayang dan kebebasan macam mana manusia pilih antara kedua nya. Kenapa ada orang sanggup korbankan masa mudanya dengan komitmen berkeluarga, aku kagum sebenarnya.

Kalau ada yang lari dari rumah sorang-sorang tanpa support, aku kagum dan tertanya-tanya macam mana awak boleh survive rasa kekosongan/ kehilangan seseorang yang ada dari kecil walaupun orang tu sakitkan kita, attachment tu masih ada.

Rasa kekosongan tu aku tak tahan sangat sampai aku balik kembali.

– Mukhriz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *