Assalamualaikum hai semua, nama saya Cinta (bukan nama sebenar). Umur masih muda… tak masuk 30 lagi.. Hehe. Saya mempunyai ramai orang adik beradik dan saya merupakan anak last.
Ini kisah cinta saya dan si dia, saya nama kan dia Rindu (mestila bukan nama sebenar). Rupa macam ala2 PU Riz, ada la sikit.
Saya dan Rindu berkenalan pada awal tahun 2012. Pada ketika itu, saya masih di alam persekolahan, Rindu pun sama juga. Tapi kami bukan satu sekolah yang sama. Saya berkenalan dengan Rindu melalui alam maya.
Bagaimana cara saya berkenalan dengan Rindu adalah saya sendiri yang “approach” Rindu dulu. Masa tu seingat saya “tersalah” mesej Rindu. Pada ketika itu femes dengan mesej berantai. Maka bermula lah episod perkenalan kami.
Pada masa ni, saya masih tiada apa-apa perasaan pada Rindu. Yela, masih sekolah, tak fikir nak bercinta atau ada hubungan yang lebih serius. Lagi pula saya dan Rindu tak pernah bertentangan mata.
Tahun berganti tahun, selepas saya menamatkan alam persekolahan, saya menyambung pengajian diploma dan ijazah. Dan Rindu juga begitu. Kami masih lagi berkawan, ada ketika saya kirimkan hadiah pada hari jadinya.
Dan dia juga begitu. Masa diploma, saya jarang berhubungan dengannya, yela masatu tengah excited jumpa kawan2 baru. Baru nak kenal erti kehidupan di kampus hehe. Tapi Rindu sentiasa kirimkan hadiah buat saya.
Selalu mesej (kadang2 saya abaikan). Masa diploma, saya ada minat seseorang (tapi tak bercinta). Sekadar crush2 gitu aje. Hubungan yang tidak kemana.
Pada tahun 2014, entah bagaimana, Rindu confess untuk hubungan yang lebih serius. Tapi saya tolak, sebab saya ni jenis yang susah nak suka orang.
Lagi2 orang yang kita tak kenal (tak pernah jumpa depan2). Tolak secara lembut. Dulu femes dengan ayat (kalau ada jodoh, adalah, awak doa je). Hihi.
Walaupun beberapa tahun sudah berlalu, Rindu tidak pernah berputus asa “mengejar” saya. Beberapa kali juga Rindu confess untuk hubungan yang lebih serius. Tapi, saya tetap dengan hati yang kosong. Masih tiada apa2 perasaan.
Ramai juga yang cuba mengetuk pintu hati, ada yang cuba merisik melalui orang ketiga. Tapi begitulah. Entah kenapa susah sangat nk buka hati dekat orang.
Semasa di alam kampus, saya ada berkenalan dengan seseorang, saya nama kan dia “Z”. Saya dan Z bukan dalam satu fakulti yang sama.
Kami berkenalan dalam satu program yang dianjurkan oleh pihak Universiti. Dalam diam saya “menyukai” Z. Pada ketika itu saya tidak tahu Z sudah berpunya. Kami berkawan macam biasa, Z banyak tolong saya masa di kampus.
Sampailah satu ketika, saya confess dekat Z. Tak tahu mana dapat keberanian untuk confess. Tapi Z menolak dengan baik. Alasan dia macam biasa lah “nak focus belajar”. Tak sedih pun, tapi tula, dah la kita ni jenis susah nk suka orang.
Bila suka, orang tak suka kita balik huhu.. Sadis. Tapi tu bukan alasan kami putus kawan. Kawan sahaja macam biasa, cuma saya tidak lagi menaruh harapan pada Z. Sampai lah satu ketika, saya dapat tahu, Z getback dengan awek lama dia.
Cehh, rupanya dia memang dh ada orang. Patut la dia rejek kita. TAPI KENAPA DIA LAYAN KITA BAIK KALAU DIA DAH ADA ORANG. Eh tercaps look pulak.
Awal tahun 2020, masa tu saya dh last sem, kena intern dulu, buat thesis, report semua. Masa ni, macam biasa la, Rindu memang sentiasa mesej, tanpa jemu di hati. Tapi hati ni tetap macam biasa (hati kau keras roy) haha.
Then hujung2 tahun 2020, tak tahu kenapa tergerak hati untuk bukak topik pernikahan dengan ayah. Padahal paling takut nak buka topik ni dengan parents. Ayah cool je, mak yang macam kalut sikit, yela anak kesayangan nk kahwin dah..
Susah sikit nak lepas hehe. Masa tu ayah tanya, dah ada “kawan” ke, entah kenapa mulut ringan je jawab, adaaaaa. Yang ku maksudkan ada tu merujuk kepada si dia hehe. Tup tap tup tap. Tarikh 12 12 2020. Alhamdulillah kami selamat bertunang.
Tunang selama beberapa bulan. Lepas tu nikah. Pada awalnya berat jugak nak terima, yela walaupun kawan bertahun2, tapi tak kenal betul2 hati budi si dia.
Alhamdulillah segala2nya dipermudahkan, mak ayah pertama kali jumpa pun masa dia datang bertunang.
Mak terus setuju bila nampak si dia depan mata, sape tak nak menantu sopan santun. Hihi. Masa ni hati tak 100% lagi suka, sebab takut.
Takut kecewa. Alhamdulillah beberapa bulan bertunang, tiada apa2 masalah, dugaan pertunangan semua takde. Merajuk sikit2 tu adalah, yang tu selalu pada pihak saya haha..
Bulan 9 baru2 ni, alhamdulillah kami diijabkabulkan. Betullah orang kata, bila kita dah kawen dengan orang tu, kita akan tahu perangai dia yang sebenar.
Suami sangat2 membantu, kerja2 rumah semua dia tolong. Sangat2 rajin, rasa syukur sangat dapat suami macamni.
Alhamdulillah sekarang ni, hari2 rasa macam jatuh cinta. Sangat2 indah. Kalau tahu macamni dah lama setuju nikah dengan dia. Hahaha.
Lepas kahwin, saya ada tanya tanya suami, apa yang membuatkan dia tetap setia menanti saya selama 10 tahun. Dan dia menjawap, hati.
Katanya, lepas kali pertama saya reject dia, dia doa tanpa putus… Sebut nama saya dalam setiap doanya… Sungguh setianya dikau wahai suami.
Walaupun ramai yang mencuba nasib mengetuk pintu hati dirimu.. Tapi dikau tetap setia menanti diri ini. Ku terharu sangat2. Betul la orang2 tua kata, cari lah orang yang suka kita lebih. Ramai yang berpesan begini.
Kepada suami, kalau awak ada baca confession ni, saya nak bagitahu. Saya bersyukur sangat kahwin dengan awak. Terima kasih kerana tunggu saya selama 10 tahun.
Saya terharu, tak sangka dapat suami idaman. Ciri2 yang saya nak semuanya ada pada awak. Malah lebih lagi.
Saya akan jaga awak elok2 (walaupun hari2 awak yang selalu jaga saya macam baby) hehe. 1001 kebaikan yang awak buat, hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga cinta kita membawa ke syurga.
Saya mencintaimu bukan kerana rupa, tapi kerana agama yang ada pada dirimu. Alhamdulillah untuk anugerah yang terindah ini. Terima kasih ya Allah.
Doakan rumahtangga kami sentiasa diberkati. Baru beberapa bulan mendirikan rumahtangga. Banyak lagi onak dan duri perlu ku tempuhi.
Masa tengah siapkan confessions ni pon, si dia tengah sibuk2 di dapur. Kemaskan apa yang patut hihi.. Terima kasih cinta hati.
– Cinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit