Anxiety Depression dan Unit Beruniform

Anxiety Depression dan Unit Beruniform

Assalamualaikum, para pembaca confessions. Aku just nak share sebab nak lupakan kisah ni, dark story aku. Terima kasih admin kalau admin share confessions ni. Nama aku Aisyah, umur aku 20 tahun. That’s means aku dah suffer from this things about five years (mula tahun 2014).

Aku tak tahu kenapa aku susah sangat nak lupakan… Aku lifeless sangat ke, sebab tu aku susah nak lupakan atau ada urusan yang belum selesai atau aku terlalu attached sangat atau aku adalah mangsa buli? Semua diatas?

Aku sebenarnya susah nak lupa apa-apa yang ada kaitan dengan Kadet Bomba. Ya, unit beruniform tu adalah Kadet Bomba. Kalau siapa yang pernah masuk Kadet Bomba ni, mesti tahu macam mana bonding dia orang antara satu sama lain. It’s like family lah, nak nak lagi bila kau pergi kem dan selalu datang koko. Bonding antara kadet dengan kadet dan antara kadet dengan jurulatih (PB yang kita orang panggil cikgu).

Aku sebenarnya seorang yang reserved, tak banyak cakap, tak bergaul, dalam dunia sendiri tapi aku minat sangat dengan unit beruniform ni jadi aku macam lantak kan je. Oh ya, sebab kan sikap aku ni lah, aku kena buli dalam unit beruniform tu sendiri, aku kena pulau, kena fitnah… boleh dikatakan aku sengsara secara fizikal dan mental.

Aku ada terniat nak lepaskan unit beruniform ni masa aku tingkatan 5 sebab aku suffer masa tu hanya Allah je yang tahu betapa sakitnya aku masa tu, nak nak lagi aku jenis yang pendam tak cerita kat sesiapa even dekat orang yang rapat dengan aku dalam unit beruniform tu.

Aku mula ada depression actually start 2013, masatu start aku kena buli oleh orang yang dulunya aku rapat tapi sebab dia salah faham atau kata aku suka orang yang dia suka (jurulatih pb itu sendiri), but sekarang budak tu dah kahwin dan ada anak dengan orang lain pun. Apa motif tah, cari gaduh dengan aku. Sampai aku tekad tukar sekolah. Allahu, pedih betul masa ni.

2014, everything was fined,maybe… Alhamdullillah. Jurulatih tu pun sampai tidak jadi jurulatih disebabkan hal ni. Kelakar kan?

Tapi, orang kata apa,”disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahhari”, tahun 2015, orang yang buli aku masa 2013 tu datang balik dan aku tidak tahu kenapa jurulatih tu jadi jurulatih semula dan di sekolah baru aku (apalah nasib, malang sangat) dan ‘pembulian’ pun bermula sekali lagi.

Tapi, tak teruk sangat lah sebab aku ada kawan-kawan kat sekolah baru dan jurulatih tu sudah bertunang dan berkahwin pada tahun tu. Jadi, bila kena ganggu, aku send je gambar kahwin/tunang kat budak tu.

Ada lagi cerita sebenarnya, tapi nanti panjang lagi. Aku difitnah lagi tentang hal yang sama dengan orang yang berlainan berlarutan sampai sekarang. Aku tahu ini sangat lah tidak matang dan kenapa aku masih tak boleh moving on. Apa yang aku buat sekarang, hanyalah merapat dengan Tuhan walaupun, kerap kali suicidal thoughts dan cubaan bunuh diri tu datang dan menganggu kehidupan harian aku.

Bila nampak je perkara yang ada kaitan macam bila nampak je jentera bomba, van bomba, pb, post kat instagram buat aku hilang kawalan dan cuba bunuh diri, kadang-kadang jg aku nangis dalam kereta padahal kat sebelah ada ibu aku kut.. sangat sangat menganggu aku dan aku hampir hilang nyawa. Biarlah hanya Allah, aku dan para pembaca je yang tahu dark story aku ni yang belum pernah aku cerita pada sesiapa.

Aku rasa aku perlukan ‘closure’ tapi entahlah. Doakan aku semoga, suicidal thoughts aku tak teruk sangat, dan aku tak pernah putus harap dengan rahmat Allah. Bila nampak perkara yang ada kaitan, aku tak melatah dan suicidal thoughts tu tak datang.

Doakan aku make amend dgn past life aku yg aku rasa dah boleh move on dah pun tapi masih tak boleh. Kenapalah susahkan aku, wahai hati. Maaf sebab panjang atau agak bosan. Terima kasih membaca.

– Aisyah (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit