Apa Anda Akan Buat Jika Ada RM100,000

Hi, nama saya Nora (bukan nama sebenar). Saya menulis nak meminta nasihat dari anda semua. First a brief introduction about myself.

Saya umur 29 tahun. Masih bujang. Masih belum berjodoh. Saya bekerja sendiri as a freelancer. Saya jenis introvert. Lebih banyak masa bersendiri melainkan apabila bekerja.

Saya ada plan (tengah buat) untuk sambung study sebab nak tukar bidang kerja tapi masih tersangkut dan bila dah makin meningkat umur ni excitement untuk belajar tu sangat low.

So saya masih belum ada pekerjaan tetap (selalu terfikir nak apply kerja tetap) sebab untuk kekal dengan kerja sekarang sangat susah sebab kerja macam ni ada turun naik dia.

Lagi-lagi bila saya fikir what happen bila dah berkeluarga dan ada anak saya dah tak boleh kerja ikut masa saya je (kerja saya kena balik lewat malam dan weekend pun kerja, huhu).

Okay berbalik kepada pendapat yang saya nak minta dari para pembaca yang budiman. Setelah beberapa tahun membanting tulang bekerja Alhamdulillah saya berjaya menyimpan sebanyak lebih kurang RM100,000.

By the way saya takde apa-apa komitmen sekarang seperti loan kereta atau rumah. Saya belum ada rezeki beli rumah pertama kerana kerja sendiri no pay slip.

Saya juga tak daftar perniagaan sebab tak tahu macam mana nak mula if kerja freelance yang offer service macam saya ni.

Disini saya nak minta pendapat kalian, apa yang boleh saya cuba buat untuk gandakan saving saya tu?

Saya banyak kali fikir kalau saya boleh setup bisnes so saya dah tak perlu pening pasal nak cari kerja (please jangan kecam saya). Saya alu – alukan nasihat dari korang.

Mungkin saya patut kekal bekerja sebab saving baru 100k, aset pun langsung takde dah berangan nak berniaga?

Saya betul-betul tak tahu nak tanya siapa tentang level kewangan saya sekarang, sebab tulah saya menulis di sini. Saya pasti sangat ramai di luar sana yang mempunyai pengalaman dan lebih arif tentang perkara ini.

Kalau nak berbisnes, bisnes apa yang ok untuk saya cuba kalau saya guna 50% dari saving saya sebagai modal? Bagus ke idea tu?

Saya ada terfikir untuk join saham. Tapi saya tak tahu macam mana nak mula dan adakah ia berbaloi? Kalau ada yang sudi tunjuk ajar dan guide saya boleh dm nanti. Ada yuran pun saya sanggup bayar asalkan mendatangkan hasil.

Saya juga takut nak cuba-cuba sendiri apa-apa benda yang melibatkan modal sebab takut rugi then duit hangus macam tu je. Bukan senang nak simpan duit tu, banyak yang saya korbankan selama ni sebelum dapat 100k tu. Sebab tu saya nak mohon pandangan.

Saya sangat suka tengok friendlist fb saya rancak berniaga. Rata-rata jadi agent produk. Duduk rumah sambil jaga anak pun masih boleh berniaga.

Saya suka tengok orang yang berani iklankan diri dia. Nak je cuba jual Shak*** ke. Tapi disebabkan sifat introvert saya saya tak suka tonjolkan diri saya.

Bercakap dengan orang pun saya tak yakin. Sebab tu saya suka buat kerja belakang tabir dan berangan jadi bos, hihi.

Saya nak prepare kewangan yang stabil untuk hari persaraan dan sekarang aim terpenting untuk senangkan mak dan adik beradik saya.

Jadi saya ada 2 pilihan sama ada bekerja dengan orang atau bekerja sendiri. Saya rasa benda ni dah kena fikir dari sekarang sebab kita tak tahu apa akan jadi di depan hari. Better sediakan payung sebelum hujan kan?

Ni saya cuma mencuba nasib kalau ada rezeki dalam bidang perniagaan. Kalau tak nampak jalan mungkin bukan rezeki saya. Sekian.

Terima kasih kerana sudi baca story saya ni dan saya berterima kasih in advance kepada yang sudi berkongsi ilmu dan nasihat.

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *