Apa Hak Keluarga Arwah

Assalammualaikum semua. Lama aku pendam mengenai isu faraid ni. Aku ada 7 adik beradik. 4 perempuan, 3 lelaki. Ayah aku dah meninggal. Salah seorang abang aku meninggal kemalangan ketika ke tempat kerja.

Selepas abang aku meninggal berlaku konflik pengurusan harta. Ya harta si arwah. Arwah abang aku tinggal di sebelah rumah mak aku. Manakala rumah flat beliau di sewakan kepada orang luar.

Untuk pengetahuan semua rumah yang diduduki adalah harta peninggalan arwah ayah kepada mak aku. Jadi mak aku ada 3 buah rumah sewa. Dalam tempoh Iddah 4 bulan 10 hari. Kakak ipar aku mula bersuara malam selepas arwah dikebumikan.

“Harta arwah adalah kepunyaan beliau anak beranak”. Kami tergamam. Apakah ini?. Masing-masing berkerut dahi. Beliau ada anak lelaki dan seorang anak perempuan. Perancangan kami berkumpul adalah untuk berbincang tentang plan akan datang. Tanpa mak aku bersuara terlebih dahulu beliau telah bersuara.

Selalunya dalam perbincangan keluarga kami akan membiarkan ibu kami intro terlebih dahulu bagi menghormati beliau sebagai ketua keluarga sebelum abang aku bersuara. Disebabkan ketidak selesaan tersebut dan ada antara ahli keluarga yang air mukanya mula kepanasan.

Maka abang aku selaku anak sulung terus membuat intro tanpa pedulikan statment tersebut dengan dimulai dengan Bismillah serta selawat dan bacaan al-Fatihah untuk arwah ayahku, abangku serta kami yang masih hidup.

Kami terus memberitahu tempoh iddah adalah 4 bulan 10 hari seperti yang diberitahu oleh imam di kawasan kami. Maka kami bertanyakan soalan. Di manakah beliau ingin tinggal ketika iddah. Di rumah keluarga beliau atau di rumah mereka. Tujuanya untuk memastikan beliau selesa serta menjaga perasaan beliau yang baru kehilangan suami.

Kemudian kami memaklumkan hasil perbincangan adik beradik serta persetujuan ibu kami. Kami akan membayar segala keperluan beliau anak beranak termasuklah, utiliti, keperluan asas serta, wang tunai yang di perlukan tanpa menggunakan sebarang harta atau duit arwah.

Bermaksud 100% keluarga pihak lelaki akan tanggung. Segala wang derma, dompet, kereta, motor atau apa sahaja kepunyaan arwah kami tidak akan sentuh. Bagi proses pengebumian dan lain-lain ditanggung sepenuhnya oleh keluarga pihak lelaki.

Kemudian disusuli aku untuk memaklumkan bahawa, segala dokumen insuran, KWSP,office serta no telefon untuk urusan rasmi beliau berada di tangan aku disebabkan aku diamanahkan untuk menjaga sebarang dokumen rasmi ahli keluarga.

Asalnya aku hanya menjaga untuk dokumen arwah ayah, ibu serta adik aku. Namun ketika beliau belum berkahwin, aku diamanahkan untuk menjaga dokumen tersebut.

Aku pernah tanya jika beliau inginkan isteri beliau untuk menguruskan dokumen tersebut namun beliau kata lebih selesa untuk aku uruskan. Mungkin kerana aku adalah pembantu pengurusan kewangan keluarga aku. Aku akan serahkan apabila beliau memerlukan.

Selepas tempoh idah berakhir, balu abang aku ada whatsup dalam group keluarga untuk membawa mak aku ke Tabung haji. Kami ada tanya mengapa dan beliau menjawab sebab tabung haji atas nama mak aku. Ok, kami ada tanya perlukan pertolongan kami untuk membawa beliau ke sana. Beliau kata tidak perlu. Sehinggalah satu tempoh masa, kebetulan kami berkumpul di rumah mak kami.

Tetiba sahaja beliau memberi tahu yang beliau berkata “Harta arwah adalah kepunyaan beliau anak beranak. Haram makan harta anak yatim”. Disebabkan kakak saya heran, beliau bertanya sama ada kami ada makan harta anak yatim ke? Atau terambil. Beliau diam. Sedangkan ketika iddah pun kami telah memberitahu proses tuntutan insuran, kwsp, perkeso, majikan dan lain-lain urusan.

Kami juga telah memberikan form yang perlu untuk beliau uruskan. Kami juga telah menawarkan khidmat jika memerlukan pertolongan untuk hantar dan sebagainya. Kami juga membantu untuk urusan khairat kematian dan report polis. Kami juga berhubung dengan polis untuk kes langgar lari arwah abang kami.

Sebarang aktiviti memasak bahan di rumah ibu kami juga kami pastikan tiada bahan makanan yang orang beri kepada mereka. Jadi kami risau adakah kami makan harta anak yatim. Kami sangat berjaga-jaga kerana ada adik beradik yang bekerja dalam bidang undang-undang. Ada di antara ipar kami yang telah melalui proses faraid. Beliau hanya diam sahaja.

Sehinggalah satu hari ibu saya bercerita yang beliau ke tabung haji untuk keluarkan duit RM40K dan transfer ke akaun balu. Saya hairan dan terus maklumkan kepada kakak saya dan beliau selidik terlebih dahulu sebelum bertanya. Mengikut peguam sebarang aktiviti pengeluaran telah dibekukan dan melalui hasil siasatan peguam. RM40K memang telah dipindahkan ke akaun balu.

Mengikut undang-undang ia adalah salah sehingga urusan pembahagian dilaksanakan. Ibu saya hanya dimaklumkan ketika di bank untuk pertukaran nama. Bermaksud ibu saya di tipu (Kata kasar). Ibu saya juga berkata yang beliau kecil hati kerana beliau sering kali diingatkan tentang harta anak yatim. Sedangkan harta ibu saya lebih banyak berbanding arwah.

Ibu saya juga tidak berniat langsung dan berminat dengan harta anaknya. Bahkan harta saya sendiri lebih banyak berbanding nilai harta arwah. Disebabkan hal ini kami telah mengambil peguam untuk menguruskan harta anak yatim ini.

Walaupun proses ini memakan masa yang lama dan masih dalam proses. Hasilnya keluarga kami dinafikan hak untuk menjaga anak saudara kami. Beliau menyatakan bahawa kami tidak layak untuk menjaga anak-anaknya.

Hanya adik beliau sahaja yang layak kerana kami kekurangan ilmu agama. Ini bermaksud jika ada majlis di rumah ibu kami, atau majlis di rumah adik beradik lain. Kami tidak boleh membawa anaknya walaupun kami meminta izin kepadanya.

Pernah beberapa kali majlis seperti akikah, raya dll diadakan di rumah ibu kami. Beliau akan balik ke Kelantan. Ramai saudara mara kami tanya. Kami hanya senyum sahaja. Beliau juga tidak membenarkan kami membawa anaknya bercuti (family day) bersama kami termasuk beliau walaupun percutian itu ditaja oleh pihak keluarga kami. Beliau akan menolak.

Tujuan kami supaya semua ahli keluarga kami saling sayang antara satu sama lain sebagai keluarga. Melihat sepupunya bergembira adakalanya mereka bertanya mana “Iz, kenapa dia tak ada. Mana kak tea..?”.

Orang luar pula lihat. “Bagus menantu mak jijah. Duduk sebelah rumah boleh lagi tengok mak mertua.” Hakikatnya tidak. Kami yang duduk serumah dengan ibu kami, kami yang jaga ibu kami. Kami yang lihat kakak ipar kami dan anak saudara kami. Kami tahu apa yang berlaku dalam keluarga kami.

Sehingga ke hari ini, kami kongsi adik beradik untuk membayar nafkah anak saudara kami. Kami kongsi duit untuk sediakan kelengkapan raya, sekolah dan lain-lain untuk mereka.

Kakak ipar kami tidak bekerja bergantung sepenuhnya pada pencen arwah abang kami, duit zakat, insuran, rumah di sebelah rumah pun percuma, (rumah sewa ibu kami), utiliti kami yang bayar, kerosakkan pun kami yang bayar dll bantuan.

Arwah abang aku dah ada sebuah rumah tetapi disewakan disebabkan beliau tinggal di rumah sewa mak aku. Kakak ipar awal-awal telah inform mak aku secara halus. Yang beliau tidak selesa untuk tinggal di rumah flat tersebut dan tiada parking untuknya. Jadi ibu aku benarkan beliau tinggal sahaja di rumah sewa ibuku seperti sedia kala ketika beliau hidup bersama arwah.

Kami adik beradik hormat sahaja keputusan ibu kami. Lagipun senang untuk kami lihat dan jaga anak arwah. Ikutkan jika sewa ibu aku akan dapat sewa bulanan sebanyak RM800 setiap bulan. Lagipun kami tidak kisah sebab setiap bulan memang kami kongsi adik beradik untuk belanja bulanan ibu kami. Jadi terpulang kepada ibu kami. Kami juga tidak pernah persoalkan apa yang ibu kami buat hasil sewa rumah tersebut.

Namun segala kebaikan ibu kami dan kami sendiri masih dinafikan hak untuk berjumpa cucunya. Kami pula masih struggle berkongsi duit untuk bayar nafkah anak-anaknya serta beliau sehingga kami harus berjimat cermat. Hari-hari bawa bekal ke pejabat. Ada di antaranya kerja OT untuk dapatkan duit lebih.

Manakala kakak ipar kami setiap hari beli makanan di luar, boleh hire orang untuk kemas rumah. Shopping sana sini. Erti kata boros. Sebulan dalam RM3K beliau dapat belum termasuk nafkah yang kami beri untuk anaknya.

Bukan nak burukan beliau tapi orang yang datang kemas rumah beliau selalu mengadu dekat mak aku. Pinggan selongok tak basuh. Dapur bersepah. Baju tak basuh. Kalau basuh letak dalam bakul sampai kering. Rumah tak payah ceritalah.

Mula-mula beliau diam lama-kelamaan beliau bersuara juga. Kami tak masuk campur sebab itu urusan peribadi beliau dan kami sedia maklum yang beliau memang begitu sejak kahwin bahkan beliau selalu mengadu kepada ibuku tak sempat sebab bekerja dan arwah abang aku tak pernah tolong. Walaupun aku selalu lihat arwah sentiasa menyapu lantai rumah, buang sampah, sidai dan angkat baju. Entahlah kain dalam orang.

Lama ke lamaan kami tertanya dan mula mempersoal kan apa hak keluar lelaki setelah mana kami memberi. Daripada ikhlas kami mula mempertikaian pemberian kami. Bukan kami sahaja tapi ipar-ipar kami. Ya kami tidak berpuas hati dengan layanannya terhadap ibu kami.

Aku sendiri pernah sound je tapi bertahan sekejap je. Dapatlah ibu kami jumpa cucunya 1-2 jam (itu pun 2-3 kali dalam sebulan) sahaja walaupun sebelah rumah. Itu pun aku terkilan sebab anak-anak arwah pakai baju berbau hapak. Nasib baik ada baju lain di rumah ibu aku. Jadi aku tukarkan baju mereka. Rasa gembira bila mereka kata wangi baju tu. Aku peluk dan cium. Kasihan dan sayang.

Kalau mereka datang first sekali aku tanya dah makan atau belum sebab ibu mereka hanya bawa mereka makan tenghari (Breakfeast sekali dengan lunch). Kalau belum aku ajak makan sekali. Ini pun aku kasihan sebab mereka kata dirumah makan guna pinggan kertas. Di rumah nenek dapat makan pakai pinggan. Aduh sedih hati ni Allah sahaja yang tahu.

Kadangkala dengar ibu mereka marah. Bahasa tak payah cakap. Memang bahasa yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu. Setiap hari beliau ingatkan ibu aku, kalau harta atau duitnya habis ibu aku mesti memberikan bahagian ibuku untuk kegunaan beliau dan anak-anaknya. Sebab ini kami hire peguam.

Aku pernah merisik ibu aku jika abang aku ada cerita apa-apa padanya. Ya aku tahu, tapi ibu aku biasanya hanya nasihat sahaja. Aku sendiri pernah tanya, abang aku kata “kau belum kahwin, kau tak tahu apa-apa”.

Dia lupa adiknya telah melihat daripada abang sulung sehinggalah kakak nya berkahwin. Bahkan akulah yang jaga anak kakak aku 3 orang ketika mana abang ipar (tentera) dan kakak (doktor) aku perlu outstation di oversea selama setahun. Tapi itu bukan isu besar untuk aku. Kami adik beradik memang akan saling membantu. Cuma yang kami terkilan dan mula persoalkan apa hak keluarga lelaki?

Sejujurnya aku hanya nampak Faraid hanya memihak kepada balu dan anak-anak arwah. Lebih-lebih lagi jika anak arwah lelaki. Kalau perempuan mmm…kenapa perempuan nie lemah sangat ke?. Sehingga kini aku sangat menyampah jika ada peguam yang postnya hanya mention faraid dan hak si balu dan anak-anak arwah tetapi tidak pada ibu arwah.

Sebenarnya aku menyampah sebab tiada keseimbangan dalam post peguam ni. Kami risau jika tiada kami, bagaimanalah dengan ibu kami. Sejujurnya jika aku jahat aku tak akan ambil tahu langsung tentang keluarga abang aku sebab sewaktu beliau ingin berkahwin ibu aku tidak berkenan dengan pilihannya tapi terpaksa menerima kerana pilihan anaknya.

Sewaktu arwah ayah aku meninggal juga. Aku hidup berdikari dengan menjaga adik-adik aku. Hanya arwah sahaja yang tidak mengambil tahu pasal kami. Alhamdulillah aku masih sedar rezeki semua daripada Allah. Kerana itulah aku kuat. Tanpa didikan ibu bapa aku siapalah aku. Ikut hati aku, maunya aku halau beliau keluar rumah. Geram.

Hakikatnya ujian untuk kami sekeluarga hadirnya orang toksik membuatkan kami sedih sepanjang hayat walaupun arwah telah tiada. Tiada hak untuk keluarga lelaki bagi faraid. Yang pasti kami tidak akan ambil sesen pun harta si arwah kerana kami yakin, rezeki yang Allah bagi lebih daripada cukup untuk kami.

Kami hanya mahu anak-anak arwah mendapat bahagian mereka dan tiada penyelewengan daripada pengurusan ibunya. Kami terima fitnah yang kami sekeluarga gila harta. Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku. Harap ibu aku kuat kerana aku seolah-olah tidak mampu menangung ujian ini.

– Ej (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *