Apa itu Islam..

Assalamualaikum..semoga kalian sihat semuanya..cerita yang saya ingin sampaikan ini penting bagi memberi kesedaran kepada kita semua…

Saya baru bekerja setahun di sebuah company kecil di selangor. Sepanjang almost 6 tahun bekerja..ni company paling kecil yang saya pernah join.

Masa interview kerja, ada seorang lelaki siap berkopiah yang interview saya. Saya pernah bekerja sebelum ini di kl..position saya dah boleh dikatakan level senior executive. Gaji disana lebih banyak..tetapi apa yang buat saya tertarik untuk apply company ni sebab website company ni menampakkan seperti saya dapat menambah ilmu agama saya..
Dalam hidup ni..kita bukan sahaja ingin mengejar dunia..tetapi kadang kadang sampai satu tahap bila sudah ada rumah, ada kereta, ada harta..kita akan rasa kosong..kita akan rasa terkejar kejar lagi…jadi masa itu lah yang terbaik untuk kita isikan dengan mengejar ilmu agama…

Time interview tu dia tanya saya "awak solat dhuha?" Saya kata tidak..sebab saya jarang dapat masa.. lelaki tu pun cakap.."kat sini kita wajibkan dhuha" saya pun rasa kagum as sebelum ni saya susah nak dapat peluang beribadah sambil bekerja. Kekangan masa, kekangan ruang solat..dan pelbagai peraturan..Syukur akhirnya saya berjaya dapat offer kerja tersebut walaupun di offer gaji rendah.. Doa sangat agar dipermudahkan bekerja disini agar dapat meningkatkan ibadah saya..

Bila mula kerja..baru saya tau banyak perkara tentang ofis ni..

1. Meeting bulanan akan dimulakan dengan bacaan hadis..
2. Setiap kali meeting akan ada tazkirah..
3. Bacaan ayat suci alquran selalu didengari didalam ofis
4. Staff tiada masalah untuk solat selama mana pun..nak dhuha..nak solat sunat..tiada halangan..

Cuma…saya sangat sedih…
Lelaki yang berkopiah itu walaupun orang yang selalu menggalakkan orang lain bersolat, baca alquran, solat sunat..dan selalu memberi tazkirah..tetapi dia hanyalah penunggang agama..

1. Walaupun dia adalah director bersama, tetapi hanya partner dia saja yang kehulu kehilir mencari projek. Dia hanya duduk dibiliknya mengarah staff buat itu dan ini yang tidak perlu..

2. Dia tidak suka jika staff baru especially perempuan memberikan sebarang pandangan mahupun jika pandangan dan idea tersebut berguna.

3. Setiap kata kata yang dikeluarkan akan sentiasa menyindir dan menjatuhkan maruah staff dia..contohnya bertanyakan soalan yang bukan dalam bidang kerani.."awak tahu ke buat ni? Saya rasa awak tak tahu. Awak tahu tak kenapa jalan tu macam ni?" Belum sempat jawab terus dikatakan "awak ni tau apa je? Pasal jalan dan bangunan semua pun awak tak tahu" mestila saya tak tahu..saya kerani je…

Atau seperti ini "saya belajar di oversea dulu memang semua design2 yang hebat, kamu apa tahu, banyak jauh ketinggalan" sekali bila bagi suruh design memang hampeh kelaut. Bila client condemn design dia, dia marah staff dia pulak. "Awak semua la ni, design teruk." Sampai satu tahap jika dia tidak suka staff itu dia akan make sure staff itu dipulaukan dan menyukarkan hidup staff itu sehingga staff resign.

Dan seperti "kita tak mampu nak bagi staff kita gaji yang banyak, sekarang sedang mengalami kegawatan ekonomi yang teruk, bersyukurlah kamu semua masih ada kerja"
Tup tup servis kereta rm10k pakai duit ofis padahal kereta tu tak digunakan pun. Hanya simpan dirumah dan datang kerja dengan superbike. Walaupun atas nama kereta ofis..tetapi untuk kegunaan peribadi..

4. Setiap kali gaji, 17hb dah dapat gaji tetap. Walhal director adalah orang yang terakhir sepatutnya dapat share. Bukan gaji tetap…

5. Claim yang dihantar tidak pernah masuk akal. Topup touch and go claim, tol pun claim, minyak pun claim. Pergi makan dengan client sampai rm2k. Beli camera kononnya untuk ofis sampai rm3k tapi kelibat camera pun tak nampak..hanya resit saja yang ada. Beli peralatan menulis tapi claim beratus kat ofis. Mana kelibat pencil beratus tu? Tiada..
Paling best, pergi bercuti dengan keluarga pun claim ofis.

6. Ajak orang berbuka puasa..tapi bila staff bawa terlalu ramai orang diperli perli masa tengah makan. "Kenapa ramai sangat datang? Siapa yang bawa? Cukup ke nasi ni? Tambah lagi tambah lagi nasi sekarang sekarang!"
Sudahnya nasi yang ditambah tidak berusik langsung. Membazir…keesokkan hari masih tidak puas hati kenapa ramai sangat yang datang..

7. Buat umrah berbelas kali..tapi setiap kali nak pergi akan canang satu dunia betapa seronoknya dia pergi..walhal dengan cara cutting corner…sambil ke seminar, sambil ditaja, sambil bawa keluarga, long story short, takyah bayar sesen pun..semua duit ofis keluar..

Disebabkan perkara perkara seperti ini..jujur respect saya kepada orang yang konon luaran nampak alim and warak makin lama makin berkurangan.. Bukan..saya bukan maksudkan semua orang alim begini..tapi bukan dia seorang saja yang saya jumpa begini..ada ramai yang saya jumpa..ada tanda solat didahi..solat awal waktu..tetapi hidupnya suka menyusahkan orang..suka memalukan orang..kata katanya tidak pernah tidak menyakitkan..suka menipu orang..berasa diri maksum berbanding manusia lain..Allah…kesian sangat saya rasa..lagi kesian mereka ini dari orang yang baru mencari islam..

Lagi saya kesian pada anak anak kecil yang kelak mencari ilmu agama juga..dengan siapa lagi mereka dapat menjadikan panduan..makin ramai dan ramai manusia yang menjadi penunggang agama..sedih sangat..
Ya Allah…bantu kami Ya Allah..

Disaat kalian baca ini, saya sudah tidak lagi bekerja di ofis ni..bagi saya better saya mencari company yang walaupun bukan diterajui oleh orang islam..lurus dengan peraturan pejabat..tetapi lebih berkat..lebih diredhai Allah..

Semoga kita semua tetap berada dalam iman, ikhsan , redha Allah dan prihatin kepada umat sesama manusia..jauhkanlah diri kita dari riak, sombong dan bongkak dengan ilmu agama yang kita ada..

Kerana ilmu sebenar islam lebih dari rukun semata…

– Mia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

25 Comments

  1. Waalaikumussalam

    Wajibkan solat dhuha ? Maknanya dia mngubah rukun islam yang ke 2 .

    Solat dhuha sunat . Tp klu da smpai mewajibkan solat dhuha, maka dia dah jd solat fardhu 6 waktu . Sdgkan Allah perintahkan wajib dirikan 5 waktu je .

  2. Hm. Dah pernah ada pengalaman macam ni.

    Agama dan adab perlu seiring. Business is business, separate entity. Banyak orang misuse duit company. Alasannya, itu duit dia.

    Pengajaran buat diri, janganlah jadi seperti itu. Jangan gunakan agama sebagai penyedap rasa. Memberi harapan palsu pada yang betul-betul mahu berubah. Saya faham, ramai inginlan suasana yang begitu (tazkirah, solat berjemaah, etc). Tapi, hakikatnya bukan indah. Tak ramai mampu jayakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *