Apa Nasihat Hadapi Penyewa Dari Neraka? II

Salam Sejahtera Guys! Ini sambungan Part 2 untuk confession aku sebelum ni, (https://iiumc.com/apa-nasihat-korang-hadapi-penyewa-dari-neraka/).

Aku ada berita gembira yang hendak aku kongsikan dengan kalian.

1st of all, terima kasih kepada commenters yang aku hormati & berterima kasih setinggi2nya terutama sekali yang suggestkan aku untuk bertanya dalam group Tanya Peguam & aku follow nasihat kamu.

Berita gembira yang aku hendak share kan ini adalah aku telah dapat semula wang deposit aku secara penuh daripada “tuan tanah daripada Neraka”

Aku tak tahu nak luahkan rasa syukur & happynya aku dekat korang macamana setelah aku berjaya menagih, mengemis duit aku kembali secara suksesnya daripada owner tersebut.

Berikut aku akan sharekan sedikit tips yang berkemungkinan berguna bagi you guys.

1. Be not a Pessimist but a Proactive thinker

– Sejak kali pertama aku diugut owner Husband & Wife (owner H&W) yang bilik sewa aku akan dinaikkan harga just kerana aku meluahkan rasa ketidakpuasan hatiku yang ditipu mereka tentang utility rosak yang mereka provide, aku timbul 1 perasaan,

“haih aku ni silap2 jadi mangsa dapat owner daripada neraka macam aku selalu baca daripada medsos ke?”.

Since that day, aku faham dengan manusia begini, selagi kau menyewa rumah dia & kau tak sign hitam putih, undang2 adalah wordings mulut mereka.

So, apa aku buat bila mereka ugut tu, aku paksa diri aku untuk bersabar & call mereka dan berdiskusi secara aman & pujuk mereka untuk kekalkan harga sewa seperti dijanjikan sebelum aku masuk rumah mereka.

Gunakan bahasa yang sopan, lemah lembut, cuba ambil hati mereka walaupun kau benci sebab at the end of the day, kau juga yang untung sebab tak kena halau & harga rumah sewa kekal seperti perjanjian asal wordings mereka.

Macam aku, cara aku ambil hati mereka is dengan beli burger daripada gerai diorang, sebab diorang ni owner burger.

So jangan terlampau ikut emosi marah kau hatta walaupun kau rasa marah nak bakar rumah dia terus terang aku cakap A BIG NO unless kau ready nak masuk penjara or kau memang takde agama dalam diri. Sila bertenang, bersabar, berzikir insyaAllah dipermudahkan.

Satu lagi kau kena faham psikologi tentang manusia iaitu how kaum lelaki & kaum perempuan berfikir.

Macam aku, dapat owner H&W yang keduanya bagi aku ada mental illness baik suami, isteri & terbukti aku betul bila Owner W beritahu aku yang Owner H ni mental sikit orangnya (aku akan penjang lebar explain kemudian)

2. Tegas, Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.

– Aku ada terbaca salah satu commenters suggestkan aku untuk viralkan & words paling favourite aku beliau kata “Berani kerana benar, Takut kerana salah” well guess what you are so right Tuan!

Macam kes aku ni, aku belum sampai tahap nak viralkan owner lagi sebab prinsip aku, selagi boleh settle secara baik & aku dapat duit aku full, aku takkan ganggu gugat punca rezeki dia walaupun ikut hati aku nak je viralkan sebab aku taknak penyewa lain rasa sengsara macam aku kena.

Sebab aku before kenal owner tu pun aku buat research jugaklah before nak menetap sesuatu tempat tinggal tu kan and aku tak jumpa pun yang owner ni problematic or orang viralkan dalam group daerah tempat aku tinggal tu sebab aku nak elakkan kes2 kena scam dengan owner gini lah..

But Allah Maha Merancang & maybe ini ujian untuk aku lebih rapatkan diri aku denganNya, aku redha & bersabar, Alhamdulillah, berkat kesabaran aku, Aku menang!

So apa aku buat is aku berani, lantang, tegas & konsisten melawan dengan penuh hikmah.

Aku sebenarnya taktahu nak cerita macamana dekat korang what happened, so aku copy paste jela conversation aku dengan owner W (wife) & owner H (husband)

8 January (aku & owner H)

[08/01, 15:07] aku: Salam Bang H. Ada updates dah ke daripada penyewa baru tu Bang H? Masuk 8hb dah ni

[08/01, 23:10] Owner H: salam. Remy (bukan nama sebenar aku)

[08/01, 23:10] Owner H: nnti ape2 kak info Remy ye…jgn bimbang Remy a.H pegang pd jnj…Remy sabar ye

note : waktu ni aku dah maki dalam hati dah. The audacity suruh aku bersabar????! Yang aku bersabar dari hari pertama hadap diorang punya perangai pasal isu kena tipu peti ais yang rosak, kena ugut naik sewa, kena halau tak genap sebulan stay,

Kena bersabar sehingga 8 januari dan seterusnya masuk minggu ketiga januari & bersabar sebab kena tipu dengan owner H pasal nak cagar diri bagai bayarkan dulu duit aku?? tak cukup bersabar lagi ke aku?

Aku siap tinggalkan bilik sewa tu lebih cantik daripada aku mula2 masuk bilik tu siap freegift pewangi bilik lagi aku tinggalkan, mahal tuuu, Glade lemon tu berapa ringgit lepas harga boleh beli makanan isi perut tuuuu,

Aku b40 so aku memang hargai setiap ringgit aku spend walaupun aku datang dari keluarga t20. Aku menyewa luar ni pun sebab aku kata dekat family aku nak belajar berdikari but mereka ralat nak lepaskan aku sebab risau aku hadapi dunia sukar.

Selepas puas memujuk okaylah diorang bagi aku keluar minimum 1 bulan. Aku pula target nak stay lebih 1 bulan tapi belum apa2 dah hadap kerenah owner yang tahpape adehh.

14 January (Aku & Owner W)

Aku : Assalamualaikum Kak W. Ada update berkenaan wang deposit rm350 saya?

[14/01, 10:17] owner W : Wslm..hok masuk ganti tu baru masuk duit depo x byr lg.. budak intern jadi dia tgu masuk alaun ..

note : so perjanjian is owner H call aku minggu terakhir Disember yang dia akan bayar full wang deposit aku selepas gaji penyewa baru tu dapat (budak intern dalam conversation di atas).

Jikalau by 6 Januari penyewa baru gagal bayar deposit, Owner H mencagarkan diri sendiri untuk bayarkan dulu duit mereka kepada aku.

Okay, aku nampak win-win lah walaupun aku dah patah hati remuk bila aku menetap bilik sewa tu tak cukup genap 1 bulan pun, 6 Disember masuk, 31 disember keluar atas arahan owner H.

Aku akur sebab aku taktahan mental aku asyik dicabar kedua owner yang mental teruk ya. Aku buktikan yang kalau kena halau pun aku ada tempat lain lah nak stay, tak hadap aku duduk rumah gitu & owner mental. so yeah aku sabar

15 January // (Aku,Owner W, Owner H)

12:30pm (situation 1)

[15/01, 12:35] aku: Assalamualaikum Abang H, harini dah masuk minggu ketiga sejak tarikh saya sebagai *penyewa keluar secara baik* dari rumah Abang H. Mohon jasa baik Abang H untuk *pulangkan wang deposit Rm350* saya kerana *penyewa baru gagal bayar* deposit kepada pihak Abang H.

*Saya berjaya bersabar masuk minggu ketiga 15 Januari* dan ingin selesaikan urusan antara pihak kita berdua secara aman dan baik. Saya masih ingat janji Abang H selaku owner S****** Burger mencagarkan diri abang untuk bayar dulu wang deposit saya rm350 jikalau penyewa baru gagal bayar wang deposit atas apa alasan pun.

owner H : *read,seen,bluetick at 18:00

16 Jan // 12:32pm (situation 2)

aku : hantar screenshot conversation di atas kepada owner W

[15/01, 13:35] owner W :: Nti kak tny a.H kot dia nk tlog byr gaji dia

[15/01, 23:37] aku: Abang H bagitahu dah jawapan ke akak W?

Minta tolong Abang H untuk respond whatsapp saya sama esok ya. Mungkin harini dia busy. Saya cuba bersabar lagi harini macam abang H pesan untuk saya bersabar.

Wakafa Billahi Syahida الله

owner W : *read,seen,bluetick at 18:00

16 Jan // 14:00pm (situation 3) 1st Situasi Intense

aku : (attach gambar aku park kereta dekat balai polis berhampiran rumah aku) & text Assalamualaikum Puan W.

Tolong respond dalam masa 24 jam sebelum saya ambil tindakan susulan berkenaan wang deposit berjumlah RM350! Pastikan suami Puan turut balas WhatsApp saya! Selagi boleh settle secara baik, kita proceed secara baik! Jangan cabar kesabaran saya ya Puan W & Encik H!

[16/01, 14:18] owner W :: Angkat call a.H nk ckp tu

[16/01, 14:20] owner W :: Ni Remy nk ugut ke mcmn

[16/01, 14:51] Aku: Saya bekerja straight sehingga malam. Minta jasa baik Puan W & Encik H transfer semula wang deposit saya berjumlah rm350. 1*** **** ***5 – Maybank , Remy.

[16/01, 14:52] owner W :: Angkat cll a.H dia nk ckp

[16/01, 14:53] owner W :: Jgn cari masalah Remy duit xbyk tp org ingt bukan jauh pun Ganu (salah satu daerah di pantai timur yang aku taknak sebut) je

[16/01, 14:54] owner W :: Nk myewa kita bg masuk secara baik

[16/01, 14:55] aku : boleh minta suami puan call saya

[16/01, 14:55] aku: saya pun bukannya penyewa jahat ya

[16/01, 14:55] aku: saya tinggalkan rumah secara baik setelah dijanjikan macam perkara

[16/01, 14:55] aku: tolong call segera

[16/01, 14:55] owner W :: Ya..kan a.H jnji nk settle kak mmg xcara dah selagi penyewa xbyr duit kak mmg xbg

[16/01, 14:56] aku : tolong call

[16/01, 14:58] aku : sila angkat call

[16/01, 14:58] aku : saya telefon suami puan pun tidak angkat phone

[16/01, 14:58] aku : saya busy ni puan

[16/01, 14:58] aku : tolonglah angkat segera

[16/01, 16:03] owner W :: A.H tgh sibuk nti mlm dia free kak bgtau ..Remy pun habiskan kje la dulu

Nexttt dengan Owner H pula,

[16/01, 18:10] Owner H: Salam Remy

[16/01, 18:11] Owner H: free call blk…td sory sy sbk skit

[16/01, 18:46] Owner H: Rm250 tf, baki Rm100 esk tf lg

[16/01, 18:47] Owner H: tolong jelaskan depan2 saya hal ni

[16/01, 18:47] Owner H: ni pn sama

[16/01, 18:48] Owner H: Harap Maklum Tuan Remy Sangat Handsome (dia eja satu2 nama penuh aku dengan penuh nganjing nak acah terpalingggg beradab)

[16/01, 18:48] Owner H: deal time betul2 sy nk jumpa

[16/01, 18:49] Owner H: t.kasih

[16/01, 18:52] Owner H: ni pun tolong jelaskan pada saya depan2 Tuan Remy

[16/01, 19:06] Owner H: Rm250 tf dulu utk hari ni

[16/01, 19:06] Owner H: Baki Rm100 tf esk

[16/01, 19:06] Owner H: t.kasih…

note : macam gampang (maaf bahasa kasar) bila dia minta aku explain kenapa aku tiba2 burst dekat Wife dia macam text atas tengahari pukul 2 tu,,, weyhhh, aku lama bersabar kan?

Aku jugak ke salah sebab approach dengan cara kasar walhal aku seorang penyewa yang baik???! Allah sedihnya bila ingat balik kisah bulan 1 haritu.

17 Jan // 14:00pm (situation 3) Situasi TERPALING Intense

Aku dengan sengaja buka & reply text dia keesokan paginya sebab aku taknak dia terasa aku bluetick dia hari 16hb tu.

[17/01, 09:14] aku: Sudah terang lagi bersuluh bahawa tiada apa perlu dijelaskan lagi melainkan seperti apa telah saya tuliskan *secara jelas lagi nyata* ya Encik H.

Terima kasih kerana buatkan saya mengemis duit saya rm350 sendiri ya Encik H sedangkan yang dizalimi sekarang ni ialah penyewa yang meninggalkan kediaman Encik secara aman damai, iaitu saya.

Mohon Encik H jelaskan baki Rm100 harini seperti Encik H janjikan & agar urusan pihak kita selesai secara aman dan damai & saya beri jaminan bahawa saya tidak akan menggangu gugat lagi kehidupan Encik H & Isteri Encik, Puan W selepas penjelasan baki Rm100 wang deposit yang dijanjikan.

Tidak perlu untuk call atau deal depan2. Mohon jelaskan baki hutang rm100 saya kadar segera harini seperti Encik H janjikan.

[17/01, 09:15] aku: Saya faham Encik H busy kerja dan banyak lagi masalah lain perlu difokuskan. begitu juga saya ya.

[17/01, 14:13] Owner H: say nk jumpa depan2 hari ni boleh?

[17/01, 14:14] Owner H: pandai cabar pandai jawab

[17/01, 14:51] Owner H: nk setttle damai mr jumpa depan2 dengan saya dah ugut saya dann pn.W….sebelum saya guna kuasa saya utk buat tindakan

[17/01, 14:52] Owner H: awk yg langgar kontrak awk ugut saya ye…bagus

[17/01, 14:55] Owner H: saya dah tolong awk kan utk settle kan hal ni awk ugut saya ye…bagus2

[17/01, 14:55] Owner H: mcm ni ke cara org berdamai secara baik?

[17/01, 14:56] Owner H: tolong angkt call saya hari ni ye

[17/01, 14:56] Owner H: harap maklum

[17/01, 15:33] aku: Boleh. Kita jumpa terus di balai ya Encik H. Tak perlu nak tunjuk lagak samseng Encik dengan ugutan kuasa Encik disini. Pamerkan kuasa Encik didalam Balai Polis. Sekian.

Saya tak mahu tulis panjang lebar & negosiasi melalui telefon. Ayuh jumpa di balai sekarang dalam kadar segera. Jumpa Encik dalam 30 minit dari sekarang.

[17/01, 15:37] aku: saya akan tiba di balai 30 minit dari sekarang.

[17/01, 15:37] aku: Encik H boleh cakap panjang lebar depan pegawai polis ya

Next aku text terus wife dia,

[17/01, 15:36] aku: Jom kita jumpa di Balai Puan W

[17/01, 15:36] aku: 30 minit dari sekarang ya

[17/01, 15:36] aku: saya call suami Puan tidak berjawab

[17/01, 15:36] aku: berani ugut saya ya

[17/01, 15:36] aku: tunjukkan kuasa mengugut anda depan polis

[17/01, 15:40] aku: saya tunggu sekarang ya

[17/01, 15:41] aku: 1*** **** ***5 – Maybank , Remy.

Voice call daripada owner W : Aku masa ni dah hilang sabar and angkat je call dia aku terus meletup sambil beradab, suara aku tegas, aku puan encik je, takde maki2, tak perlu pun maki2, cuma memang aku dalam keadaan meletup yang marah2.

So dia pun okay relax chill & berdebar and dia minta maaf bagi pihak suami dia sebab dia kata sebenarnya abang H ada isu masalah mental sikit & ada ambil ubat,, dia nak cooldownkan aku,, so dia kata baki 100 dia akan transfer sekarang jugak,, so aku kata okay, aku tunggu sambil on call dia transfer.

[17/01, 15:41] owner W :: Ok zharif. Settle yee

[17/01, 15:42] aku: puan, ini bukan transfer ke no akaun saya

[17/01, 15:42] aku: 1*** **** ***5

[17/01, 15:43] owner W :: Ohh kjp silap akaun dh

[17/01, 15:43] aku: okay saya tunggu

[17/01, 15:45] aku: okay terima kasih Akak W & Abang H.

[17/01, 15:45] aku: mohon Akak sampaikan salam saya kepada Abang H. Tolong jangan call saya lagi dah.

[17/01, 15:45] aku: kita tiada urusan dah ya.

[17/01, 15:45] aku: terima kasih

[17/01, 15:46] aku: kita cancel jumpa di balai

[17/01, 15:46] aku: boleh maklumkan pada suami

Sejak dari haritu sampai sekarang takde dah pihak diorang kacau aku dan aku pun takde dah kacau diorang.

Untuk pengetahuan kalian para pembaca,, aku type ayat ni dah lama & aku stop sebab panjang sangat,, ni aku terjumpa pun sebab aku ada luahan baru nak buat.. Nantilah aku buat luahan baru..

Aku harap para pembaca sekalian, kalau ada yang jadi penyewa, fight for your rights. Kalau di kalangan Tuan Tanah, tolong ingat anda kalau ada darah Islam dalam diri, tolong jangan zalimi penyewa terutamanya penyewa yang baik dengan anda, yang ikut nasihat anda.

Sekian… Aku taknak dah tulis pepanjang, sejam karang.

Moga ada pengajaran korang dapat.

– Remy Sangat Handsome (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *