Assalamualaikum wrt, terima kasih admin sebab approve cerita saya. Saya harap pembaca page ni dapat tolong saya beri sedikit sebanyak idea atau jalan keluar kepada masalah saya ni.
Dahulu saya seorang yang sangat rigid. Saya tak suka perkara yang sia2. Termasuklah dalam bab pergaulan dan ikhtilat, memang saya sangat2 jaga dan hadkan. Bercakap dengan berlainan jantina cuma dalam soal study dan kerja sahaja, soal hati? Sorilah. Sebab bagi saya, bercinta dan couple itu perkara yang tak patut dan sia2.
Dahulu, saya pandang rendah kawan2 yang bercouple. Saya tak boleh terima, lagi2 kalau saya tahu kawan saya tu dah ada teman lelaki, tapi masih bermain cinta dengan orang lain. Dalam hati, mula buruk sangka pada dia.
Astaghfirullah, jahilnya saya dahulu, teruknya saya sebab letak diri saya lebih tinggi dari orang lain. Saya doa agar saya dan pembaca dijauhkan sifat tinggi diri dan bersangka buruk sebegini. Walaupun cuma di dalam hati. Saya buat semua ni dalam hati je tau, tak cakap pun kat diorang yang diorang ni teruk ke buruk ke. But still, saya tau saya tetap salah. Dan sekarang Allah takdirkan saya hadapi perkara ni sendiri..
Betul tu pembaca semua. Perkara yang saya paling tak suka nilah, perkara yang saya pandang enteng inilah yang jadi kepada saya sekarang.
Kisahnya bermula bila saya berkenalan dengan seorang lelaki. Selepas berhubung, saya rasa keserasian itu ada, lelaki tersebut juga sama. Maka si lelaki terus meluahkan hasrat untuk pergi lebih jauh dengan hubungan kami ni. Kearah perkahwinanlah maksudnya. Alhamdulillah, saya syukur. Dan disini Allah hadirkan ujian dan teguran buat saya.
Selepas saya setuju dengan lelaki pertama, Allah hadirkan pula seorang lelaki lain yang secara tiba2 mengaku sukakan saya.
Sejujurnya saya pernah ada perasaan pada lelaki kedua. Cuma sepanjang perkenalan kami, semua perbualan bersama dia tak pernah berkisar tentang hati dan perasaan. Dia pun tak pernah berterus terang dengan saya tentang perasaan dia. Jadi saya anggap kami kawan. Mungkin silap saya tak bertanya dulu dengan dia sebelum saya mula berkenalan dengan lelaki pertama.
Jadi sekarang saya betul2 dalam situasi yang dahulu saya benci sangat tu. Seorang perempuan yang mempunyai dua kenalan lelaki. Seakan2 bermain cinta dengan dua orang lelaki. Baru saya tahu betapa peningnya situasi ini. Ya Allah…
Saya kongsikan beberapa perkara yg saya buat untuk atasi keserabutan ini dan saya mohon pembaca yg baik budiman untuk tambah mana yang kurang.
1. Minta pendapat
Saya jumpa kakak2 senior yang telah berkahwin dan yang boleh dipercayai. Sebab saya sebagai seorang yang tak punya pengalaman dalam perkara ini, memang saya buntu dan mati akal, tak tau nak buat apa. Bila bersembang dengan diorang, sedikit sebanyak saya terbuka pemikiran tentang apa yg perlu saya lakukan
2. Bincang dengan ibu
Saya cerita dengan ibu tentang hal ini. Why not kan? Nanti akan jadi menantu ibu juga, so buat apa nak sorok. Dan betullah, doa ibu, kata2 seorang ibu sangat menenangkan hati. Saya menangis depan ibu, secara tak langsung kurang sikit beban di hati.
3. Solat sunat
Dan pasti bila dah bercakap dengan senior dan ibu, cadangan mereka yg utama adalah solat sunat istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Saya tahu memang inilah yang sepatutnya, cuma saya kadang2 perlukan peringatan dari orang sekeliling saya.
Selain istikharah, perlu banyakkan solat hajat dan taubat. Minta dengan Allah agar dipermudahkan dan mohon keampunan dengan Allah akan dosa2 yg dahulu.
4. Kenali hati budi kedua2 orang
Ini yang saya dapat dari orang2 yg telah saya jumpa, samada dari senior saya dan ibu saya. Dan personally saya agak tak setuju, tapi entahlah. Diorang kata tak rugi untuk cuba kenali kedua2nya. Betul lelaki pertama dah ajak kahwin, tapi cuba bagi peluang utk kenali dulu yang kedua. Dilemanya saya….
Disebalik semua yang saya senaraikan ini, saya datang berkongsi di sini. Saya perlukan pendapat pembaca tentang apa yg perlu saya lakukan
Perlukah saya berterus terang kepada kedua mereka bahawa sekarang saya sedang berkenalan dengan orang lain juga?
Perlukah saya terus berhubung dengan keduanya tanpa memberitahu tentang kehadiran yg seorang lagi?
Atau apapa sahaja langkah yang perlu saya ambil dalam situasi ini
Saya nak juga dengar pendapat semua. Baik dari lelaki mahupun perempuan. Mohon kongsikan dan doakan yang terbaik. Terima kasih semua
Yang Mengejar Redha Ilahi
– Siti Khadijah Wannabe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit