Apakah Maksud Ikatan Batin?

Assalamualaikum semua, saya Nina (nama samaran). Semua nama yang digunakan hanyalah nama samaran, bukan yang sebenar.

Tujuan saya menulis adalah untuk bertanya dan mencari pendapat, terutama pada mereka yang lebih memahami dan pernah mengalami.

Baiklah, kisahnya begini. Saya pernah bercinta dengan seseorang, saya gelar, Fiz. Dari segi perwatakan, ciri-ciri, attitude, sangatlah sempurna di mata saya.

Di mata orang dia okey je, tak hensem mana, tapi bagi saya sempurna. Bonus dia adalah sorang yang sangat sangat penyabar.

Dia pernah stay dan terus memujuk saya yang menangis hampir dua hingga tiga jam mengenangkan perhubungan kami yang perlu diputuskan, dan ini bukan lah berlaku hanya sekali, malah berkali kali.

Walaupun masa tu Fiz sangat busy dengan kerja. Dan banyak lagilah dia tunjukkan ciri ciri kesabaran dia yang tinggi tu.

Ikatan cinta kami memang kuat. Dia memang benar benar ingin memperisiterikan saya namun apakan daya, jodoh mungkin tiada, atau mungkin bukan sekarang. Mungkin suatu hari nanti.

Saya tak mengharap selepas dia pergi, tapi tiada yang mustahil bukan? Apalagi dengan doa dan doa.

Sepanjang perhubungan kami yang menghampiri ke fasa fasa akhir itu, saya banyak menangia dalam sujud, dalam mengadu pada Allah.

Dan adakala, ketika saya sedang separa tenang, tengah mengaji, tiba tiba hati saya akan raaa pilu dan sedu. Tanpa sedar saya menangis. Tapi nangis saya tu, saya tahu bukan dari hati saya, bukan dari perasaan saya, tapi dari Fiz.

Sampaikan hati saya sendiri dengan yakinnya terdetik, “Fiz tengah nangis”.

Dan untuk confirmkannya, saya akan text dan acah acah cakap, “dah dah jangan nangis. Anggaplah saya tengah lap air mata awak”,

Dan dia punya reply bukanlah seperti “mana ada nangis” atau menidakkan apa yang saya cakap. Tapi tidak jugak mengiyakan. Dia just “haishhhh” atau “hahahaha” macam tu.

Benda ni berlaku few times, kadang tu saya akan tanya terus berdepan dengan dia, “nangis ke semalam pada waktu sekian sekian sekian” dan dia akan mengaku ye.

Di situ saya mula percaya akan ikatan batin yang orang selalu sebutkan. Tapi betulkah ikatan batin itu wujud?

Ada tak pembaca yang pernah alami situasi ini? Betulkah bila dua hati saling ikhlas mencintai, menyayangi, mereka akan rasa apa yang seseorang itu rasakan?

Sehinggakan saat ini, walaupun setelah pisah, walaupun saya masih dalam proses healing, kadang kadang saya akan rasa gelisah atau berdebar debar.

Kadang kadang akan terdetik adakah dia sedang merindukan saya atau memikirkan saya di sana?

Dan setiap kali itu saya akan istighfar dan kirimkan al fatihah untuk dia, dan berdoa agar hati dia dan saya kembali tenang. Andai kata suatu hari kami dipertemukan semula, semoga kami benar benar disatukan.

Jadi saya mohon pendapat pembaca, benarkah adanya ikatan batin? Ada tak amalan atau doa yang boleh saya lakukan agar hatinya berbalik pada saya dan mencari saya semula?

Adakah kami ini berkemungkinan untuk berjodohan namun bukan sekarang, tapi di masa hadapan?

Tolonglah saya.. berikan pendapat.. terima kasih dan assalamualaikum

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. banyak kali rasa camtu,, kalau hati sy berat semacam, saya tahu dia tgh rindukan sy, klo sy ttibe trfkir psl dia tu sy thu yg dia tgh fkirkn psl sy, pstu smua bnda yg berkaitan n impian sy, tjuan hidup sy tu boleh dikatakn 90% sama ng dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *