Api Cinta Suami Orang

Assalammualaikum… Saya isteri kedua kepada seorang lelaki berusia 52 tahun. Jarak usia kami? 22 tahun. Ramai yang pelik kenapa saya pilih bermadu sedangkan boleh cari dan jumpa yang lebih baik. Ini kisah saya, jadikan tauladan.

Ini perkahwinan kedua saya selepas saya diceraikan melalui SMS oleh suami pertama yang bekerjaya bagus dan ditinggalkan bersama anak perempuan berusia 2 tahun ketika itu. Kerjaya bagus tak menjamin sikap yang bagus.

Saya jadi semacam serik nak kahwin, dan lebih selesa bertukar-tukar boyfriend selepas menjanda pada usia 24 tahun. Saya takut nak kahwin sebab dunia perkahwinan akan menyebabkan perubahan sikap pada lelaki. Jadi saya cuma bermain cinta, dah bosan, saya tinggal. Tak kira bujang, duda, suami orang semua saya layan. Tapi yang sorang ni, lain macam sikit caranya.

Cara pertama suami saya, dia minta izin daripada keluarga saya dahulu. Sanggup terbang ke Kuching bertemu keluarga saya. Selepas tu, kami bertunang sebab dia risau saya kena caras dengan lelaki yang bersusun nakkan saya, yang berusia 26 tahun ketika itu.

Melihat cara dia yang serius, saya beri peluang kepada dia untuk mengenali hati budinya dengan lebih dekat. Tapi ada sesuatu yang cuba disorokkan, iaitu isteri dan keluarganya. Semacam ada rahsia besar yang ingin disorokkan. Saya bertanya, ni nak mengorat saya, dah ada izin ke? Dia kata, memang isterinya suruh cari. Sebab dulu mereka kahwin atas pilihan keluarga, jadi isterinya nak beri kebahagiaan pada dia untuk merasa bercinta dan berkahwin dengan pilihan hati sendiri.

Yang membuatkan saya percaya ada beberapa peristiwa antaranya sepanjang 2 tahun perkenalan, walaupun isterinya tahu (Saya tahu isterinya tahu sebab saya pernah baca mesej mereka), isterinya tidak pernah sekalipun mencari saya atau berjumpa saya marah-marah. Dan peristiwa yang saya alami iaitu semasa arwah bakal mak mertua ketika itu meninggal dunia, saya berjumpa dengan dia dan dia hanya tersenyum. Dia kenal saya. Yes, itu sahaja.

Memandangkan hubungan kami yang semakin rapat dan hubungan anak saya dengannya semakin erat, saya buat keputusan untuk memilih dia menjadi suami saya. Disebabkan proses yang agak rumit nak kahwin di Malaysia, kami pergi ke Songkhla, dan menikah di sana. Tapi langit tak selalunya cerah.

Baru saya tahu kenapa isterinya beria-ia nak carikan jodoh suaminya. Bukan sebab rela dimadu, tapi sebab nak jadikan alasan untuk minta cerai sebab selama ini, isterinya bermadu kasih dengan lelaki lain (yang saya jumpa sendiri buktinya di laman sosial media).

Tapi disebabkan suaminya ibarat mr.perfect, tak boleh tuntut fasakh. Dan rupanya sikap suami saya juga antara puncanya. Dia tak baran, tapi seorang yang agak materialistik dan memandangkan saya ada kerjaya yang baik, gaji yang bagus dan harta (rumah dan kereta milik saya, dah habis bayar)… jadi dia nak mendapatkan saya. arrrghhh! Bodoh nya saya terperangkap cinta lelaki tua yang materialistik.

Satu persatu penipuan suami saya terbongkar… dan sekarang saya terduduk dan menangis, memandangkan saya dah mengandung 7 bulan.. mana saya nak lari? proses daftar nikah dalam proses, tunggu panggilan mahkamah.. anak dalam perut makin besar, dan saya berseorangan di rumah… nasib kerjaya saya melibatkan interaksi dengan ramai orang, jadi saya tak lah gila sorang2.. cuma malam memang sunyi… tak ada beza masa sebelum kahwin. cuma, rezeki anak yang Allah beri, pengubat hati saya.

So, please beware dengan cinta suami orang. manisnya sekejap, menderitanya lama. dah ramai yang nasihatkan saya, tapi saya ingatkan dia berbeza. Padan muka saya! So, tolong jangan percaya! Lelaki, hampir semua sama..

Sekarang saya sedang cuba menerima kekurangan dirinya, dan menghargai kelebihan dirinya… masih lagi dalam fasa mengenali… sebab beza keadaan sebelum dan selepas kami nikah… jadi nak tak nak, saya terpaksa juga terima. saya mula nampak kesungguhan suami cuba menjaga dan mencintai saya, serta semampu boleh berlaku adil.. tapi jujur, hati saya sebenarnya dah tak ada pada dia sebab kecewa dengan penipuannya.

Saya beri peluang mengenangkan anak yang dikandungkan, dan terima takdir saya (yang saya salah pilih sendiri), cuba terima sampai ke akhirnya. Kalau boleh, biarlah susah dan sakit macam mana pun, saya cuba bertahan. asalkan dia tak naik tangan dan bertanggungjawab, yang lain tu, boleh try adjust..

So, girls! you worth more than you expect. saya bernasib baik sebab saya ada kemampuan, jadi ada suami atau tidak, saya tetap boleh tanggung diri sendiri dan anak-anak. jangan jadi bodoh dan memperbodohkan diri sendiri, menerima lelaki memperlakukan kita sesuka hati.

My first marriage saya jadi mangsa domestic violence. Second marriage, jadi mangsa buaya darat. So, jangan jadi bodoh macam saya. If saya boleh putar masa, saya memang nak single balik. Happy with my 8 years old daughter… and now soon, baby girl juga. Mungkin ini hadiah yang allah nak beri pada saya.. Bukan seorang suami yang mithali, tapi mungkin anak yang jika didikan saya betul, boleh jadi penawar duka saya.

So, girls! Jangan rendahkan harga diri anda semata-mata nak suami. Pastikan dah ada kerjaya, gaji dan persekitaran yang baik (kereta, rumah) supaya if anything happen, you still can survive. Suami tu bonus, yang penting berbakti untuk ibu bapa/orang yang jaga dan besarkan kita. I’ve made mistakes twice so i’m sharing this supaya girls tak terjebak dengan lelaki macam ni. Jangan terlalu considerate sangat sampai makan diri.

Akhir kata, better jadi andartu daripada bermadu. Kecuali your future husband memang mampu berlaku adil, zahir dan batin, dan madu yang sporting.. So, mungkin rezekimu di situ.

– Nuradiba Natasha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *