Aku selalu nampak orang kerap share tentang bagaimana nak cegah muka dari sebarang jerawat. Tapi, tak ada yang tampil untuk kongsi cara bagaimana untuk atasi rambut gugur dan kelemumur.
Aku pernah alami rambut berkelemumur tahap kritikal. Dimana aku syampu pun, masih tiada apa-apa effect. Terutama untuk perempuan yang bertudung, rambut mesti akan timbul masalah.
Antara sebab kelemumur dan rambut gugur berlaku ialah, kita sangat malas untuk mencuci rambut. Untuk yang berkelemumur, amalan mencuci rambut 2 hari sekali sangat tak boleh diamalkan ya.
Ni aku kongsi serba sikit cara aku rawat masalah kelemumur dan rambut gugur.
1) Pilih syampu dan conditioner yang sesuai. Contoh, aku pakai Dove. Aku ambil yang anti kelemumur.
2) Aku akan cuci rambut pada waktu malam. Yang ni sangat penting, lepas seharian dah pakai tudung dan rambut terperap dalam anak tudung, WAJIB CUCI lepas buka tudung.
Elakkan cuci rambut jika anda ingin keluar dari rumah sebab rambut anda akan jadi busuk dan kepam!
3) Cuci setiap hari dan elakkan sanggul rambut guna tuala. Biarkan rambut tu bebas lepas dah seharian kena kepam dek anak tudung. Rambut pun nak bernafas. Bukan manusia je
4) Kalau rasa rambut dah kurang kelemumur dan gugur, boleh la nak amalkan sikap cuci rambut 2 hari sekali. Tapi jangan amalkan selalu. Tak elok. Sesekali boleh. Takut nanti sikap malas tu datang balik.
5) Jangan ikat rambut waktu rambut basah. Biar rambut kering sendiri baru ikat. Kalau ikat waktu basah, bukan rambut je bau kepam, getah rambut sekali bau kepam!
Setakat ni, itu saja yang aku amalkan. Sekarang rambut aku dah tak ada langsung kelemumur dan rambut gugur pun dah kurang. Aku harap tips ni dapat membantu.
Ingat, untuk kaum hawa yang bertudung tolong jangan malas untuk jaga rambut. Memang pakai tudung tak siapa yang nak cium tapi kalau makhluk kat rumah tu tercium bau rambut kepam kau, tak ke pengsan?
Moga tips ini membantu. Goodluck!
– Larza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit