Ay4hku Kahwin Lagi

Assalamualaikum semua. Aku Khadijah (bukan nama sebenar). Aku seorang ibu & isteri.

Bukan aku mahu bercerita tentang keluargaku tetapi tentang bapaku. Maaf kalau ayatku berterabur, aku tak pandai bercerita tapi aku cuba untuk buat korang faham.

Begini, ayahku & ibuku berkahwin sudah menjangkau 30 tahun. Ayahku dan ibuku duduk asing walaupun mereka masih sah suami isteri.

Kalau kira-kira tempat tinggal ayahku 30 minit dari rumah ibuku.

Ayahku tak tidur rumah ibuku sejak 20 tahun lalu. Memang lama sangat dah dan dia akan balik setiap hari khamis, sabtu pagi abahku akan balik rumah dia. Ibuku juga sudah terbiasa dengan jadual ayahku ini.

Ceritanya bermula bapaku beli hadiah untuk anakku yang bakal lahir. Dan dekat parcel tu terteralah alamat rumah ayahku,

Dan untuk pengetahuan semua sejak ayahku berpindah dari rumah kami tak pernah sekalipun dia mengajak aku ataupun ibuku kerumah dia walaupun dekat dengan rumah kami.

Dan dari parcel itu lah aku berpakat dengan suami dan adikku untuk mencari tahu lokasi rumah ayahku dan yang membuat kami terkejut rumah itu rumah yang baru siap dalam 5,6 bulan.

Terkejut kami kerana kereta yang ada dihadapan rumah itu plat lebih kurang dengan keretaku dan warna pun sama dengan keretaku.

Semasa kejadian itu aku mengandung 8 bulan. Dan ketika kami lalu kawasan rumah tersebut ternampak jelas kelibat ayahku dihadapan pintu rumah,

Tetapi kami tak berani untuk menerjah kerana ketika itu waktu sudah lewat malam, kami ambil keputusan untuk balik dulu ke rumah dan datang balik keesokkan hari.

Puas kami fikir untuk cuba masuk dalam rumah dan akhirnya kami membeli makanan kononnya untuk COD makanan kat rumah itu dan lagi terkejut keluar dua orang perempuan.

Lepas kami puas memaksa ayahku dan memang sah ayahku kahwin lagi dan 13 tahun dah mereka kahwin.

Aku memang kecewa sangat-sangat tapi yang paling kecewa keluarga ayahku semua sudah tahu kami sahaja yang masih tertipu.

Dan yang menjadi masalah sekarang ibuku masih lagi tidak tahu tentang perkahwinan ini.

Aku pening memikirkan untuk bagitahu ibuku. Aku kesian kepada ibuku kerana dibodohkan oleh ayahku dan keluarganya.

Mesti korang fikir ibuku tak menyiasatkan kenapa ayahku tinggal rumah lain, ibuku ini terlalu baik dan sentiasa menutup rapat aib suami dan sentiasa percaya kata-kata suami.

Aku pun kadang tak faham ada juga perempuan yang terlalu percaya ataupun mungkin ibuku sudah tak kisah sebab sudah terbiasa semua perkara buat sendiri termasuk hal anak-anak.

Bab nafkah zahir ayahku memang cukup sempurna tapi bab nafkah batin aku sendiri tak tahu, korang fahamlah kan jumpa pun 2 hari je seminggu.

Aku nak mintak pendapat cara untuk aku bagitahu ibuku. Aku rasa bersalah sangat.

13 tahun bukan masa yang singkat dan korang jangan salah faham, aku pun tahu ayahku kahwin lagi baru setahun lebih tapi takut untuk bagitahu ibuku.

Salam sayang,

– Khadijah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *