Ayahku Kaki MLM Tegar

Aku Dina, dah kahwin, duduk rumah sendiri tapi menjadi kewajipan untuk aku balik rumah ibu aku setiap hujung minggu. Tu sebagai intro. Aku tulis coretan ni lepas beberapa jam berbahas dengan ibu aku. Buka fb terbaca pula luahan si suami ni pasal isteri MLM.

Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/isteriku-dan/).

Tak jauh beza dengan aku, ayah aku orang kuat MLM. Dari aku kecil sampai besar, you named it. Macam-macam jenis MLM dia join. Ada yang menjadi dapat untung beribu-ribu ada yang tak menjadi. Dulu aku tak tahu, aku selalu ikut pergi program ke seminar usahawan katanya.

Kat situ boleh tengok makcik pakcik dari felda ke kampung-kampung datang menjerit-jerit laungkan slogan, melompat-lompat. Ada yang bertongkat pun sanggup datang. Orang-orang tua ni memang target dia. Company siap sponsor bas bawa makcik pakcik tu datang dari kampung.

Again, bas ok. Maksudnya ramai, bukan sorang dua. Sebab makcik pakcik ni bila dengar untung je terus semangat nak join. MLM ni biasanya ada produk yang dia promote tapi produk MLM tu pakai tak pakai belakang kira, syarat je tu. Yang penting ajak orang join dapat duit terus gelap mata. MLM ni tak kan cakap pasal kerugian.

Sekarang ni aku dah kahwin dah ada anak pun. Dah pindah rumah sendiri, tak ikut la ayah aku pergi tempat camtu. Dapat pula suami aku ni jenis kaki google dan anti MLM tapi dia dengarkan je apa ayah aku cerita tanpa membangkang.

Bila ayah aku join ‘bisnes’ baru, dia akan cerita pada kami ajak join. Biasanya suami aku masuk bilik buat research malam tu. Selalunya hasilnya memang ‘bisnes’ tu meragukan. Oh, orang MLM ni akan cakap apa yang dia buat tu ‘bisnes’ bukannya MLM.

Orang MLM ni payah nak betulkan mindset dia. Bila kita kata benda tu haram, dia cakap ada imam la ustaz join. Tak kan dia tak tahu hukum? Bila cakap benda tu overclaim, dia kata pengasas tu ada datuk la professor la produk keluaran uni mana-mana la. Tak kan orang camtu nak tipu? Bila aku cakap ada yang meragukan dalam jual beli tu, tak boleh terima sampai hentak meja. Yang penting dapat duit!

Sekarang ni ayah aku join ‘bisnes’ macam penapis air tu. Aku tak nak cakap company mana. Join je kena bayar RM180 dan dapat penapis air lepastu cari 6 orang dapatlah beribu-ribu. Kira dapatlah balik modal untuk bayar penapis tu. Tapi penapis air tu tetap kena bayar RM180 dalam tempoh 3 tahun. Nanti 6 orang tu cari orang lagi. Dapatlah manfaat apa entah lagi.

Aku selalu fikir, kenapa nak susahkan diri cari orang? Bukannya kita promoter ke salesman company tu, bulan bulan pun tetap kena bayar. Beli je lah penapis air biasa tu yang bersepah diorang promote kat pasaraya. Sama je. Ye dok?

Mak aku pula suri rumah. Senang terpengaruh dengan ayah aku, memang orang yang sentiasa menyokong ayah aku. Mak aku cakap ‘bisnes’ penapis air tu bukan MLM. Kau rasa? Sebab utama buat dorang percaya ‘bisnes’ ni tak tipu, sebab company ni bernaung bawah company besar di Korea.

Aku kalau bangkang pasal ‘bisnes’ dia ni, dia boleh sampai hentak-hentak meja. Dia takkan terima. Sampailah satu hari nanti bila ‘bisnes’ tu dah bankrupt baru dia senyap. Time tu aku perli-perli pun dia buat tak tau. Ingat dah insaf. Bulan depan join ‘bisnes’ lain.

Orang MLM ni lagi satu dia ada komuniti dia sendiri. Dia ada geng dia yang memang tegar MLM. ‘Bisnes’ ni jatuh, buat ‘bisnes’ baru. Geng yang sama ok. Bila ada ‘bisnes’ baru, ayah aku akan call kawan-kawan MLM dia ajak join. Diorang ni tak pernah serik ke apa dah kena tipu?

Balik pada cerita awal tadi, aku cakap kat mak aku, ayah aku ni dah tua hutang banyak lagi. Rumah, kereta-kereta lagi. Ayah aku ni businessman, memang income dia buatkan hidup kami selesa sebelum ni tapi dalam masa yang sama dia kaki MLM. Tapi aku tak tahu mana duit dia pergi.

Sebelum ni rumah ada 3 buah, sekarang tinggal 1 dan masih lagi berhutang. Yang lain dah jual tapi tak tahu mana duit tu. Mungkin dia belanja ke benda lain sebab ayah aku ni boros. Mungkin juga dah lebur dalam ‘bisnes’ dia sebelum ni. Jangan cakap aku sebagai anak tak bagi duit. Kalau dia kata nak pinjam 2 ke 3 ribu tu maksudnya kena redha ada rezeki akan dapat balik la duit tu.

Pernah sekali tu ayah aku suruh aku buat loan, dia nak pinjam duit. Masa tu tengah musim ***coin. Aku tau dia nak pinjam duit laburkan kat situ. Ayat dia, ayah hantar kau belajar tinggi, kerja senang boleh tolong ayah. Masalahnya kalau nak mintak aku bayar hutang rumah ke apa takde masalah. Ni nak laburkan dalam ‘bisnes’ dia tu dengan jaminan nanti dah dapat sekian juta, ayah bagi balik lebih dari tu.

Masa tu suami aku pun bising. Aku tersepit antara suami dengan nak tolong ayah. Tapi aku pilih suami aku. Aku tak buat loan tapi aku bagi juga ayah aku duit 2 ke 3 ribu camtu. Sebab dia asyik tanya je. Sudahnya, coin dia tu hangus tak menjadi. Dia ingat macam main jutaria. Senang-senang orang nak bagi duit berjuta.

Tadi bila aku bising buka cerita lama, mak aku cakap. ‘Kau dah senang sekarang, bolehlah cakap ayah macam-macam’. Aku jadi sentap nak bagi nasihat lagi. Semenjak dua ni, aku dah malas nak condemn ‘bisnes’ baru dia.

Aku cuma cakap ayah aku tu kena belajar manage duit. Dengar cerita ‘bisnes’ baru ni boleh dapat puluh ribu sebulan. Apa kata duit tu buat bayar rumah kedepan ke buat full settlement hutang-hutang yang ada ke. Jadi dia boleh kurangkan hutang sedia ada. Sebab aku rasa umur macam ayah aku ni dah patut senang dan bebas hutang dengan income dia sebelum ni lebih pada 10k sebulan.

Bila mak aku sound camtu aku terasa. Salah ke apa aku cakap? Aku dah tak cakap lagi dosa pahala ‘bisnes’ dia. Dah tak bangkang lagi, cuma aku suruh dia jelaskan hutang. Susah cakap dengan orang camni. Dia saje betul.

Oh lupa nak bagitahu, style orang MLM ni dia akan beli kereta mewah tunjuk hasil. Kononnya kereta tu hasil ‘bisnes’ dia buat tu. Tu la ayah aku buat. Sekarang ni dia menanggung hutang nak bayar kereta tu, bos lama suruh beli tapi tak tolong bayar. Bila nak jual, market kereta tu dah jatuh, kena tambah duit pulak. Terpaksalah pakai. Biar papa asal bergaya.

Sebagai rumusan, aku sendiri tak tahu macam mana nak ubah mindset ayahku si MLM tegar. Dah berpuluh tahun aku hadap ayah dan MLM sampailah sekarang. Boleh jadi gaduh besar kalau aku bangkang, kang jadi anak derhaka pulak. Sudahnya aku ikut je cara laki aku. Dengarkan je cerita dia, masuk bilik, aku laki bini kutuk ‘bisnes’ dia. Tak berani kutuk berdepan. Takut derhaka.

Sorrylah kalau penulisan aku ni berterabur. Aku cerita ni based on pengalaman dan pandangan aku sebagai anak si kaki MLM. Aku tau, bani MLM akan kecam penulisan ni cakap aku tak open dengan ‘bisnes’ alaf baru mereka. Lantaklah, ada aku kisah?

Terima kasih buat mereka yang sudi baca sampai habis.

Dari aku,

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *