Bagaimana Menjadi Usahawan Bagi Introvert?

Assalamualaikum readers dan admin. Confessions aku ringkas saja. Tak ada tentang umpatan keluarga, kawan-kawan dan sebagainya.

Dunia nak kiamat ni tak perlu la banyak menjaja cerita dalam kain orang lain atau jaja keburukan sendiri. Just fokus how to improve ourselves.

Mungkin confession ni boring, tapi aku nak sangat pandangan dari readers luar sana yang boleh membantu.

Cut the story short, aku baru saja berhenti kerja. Waktu-waktu pandemic macam ni mungkin bukan waktu yang sesuai untuk berhenti kerja bagi kebanyakan orang.

Semua orang sedang nazak nak mencari sesuap nasi. Aku pulak berhenti kerja.

Bidang kerja aku pun bidang korporat, bulan-bulan gaji masuk tanpa potongan walaupun kadang kena wfh. Dapatlah beli keperluan diri dan bantu husband aku mana yang kurang.

Tapi apakan daya, antara anak dan kerja aku lebih sayangkan anak.

So aku decide untuk jadi suri rumah dan beri perhatian pada anak aku yang masih kecik dan tersangat aktif ini walaupun kenyataannya aku kekok bila tak ada income sendiri.

Gaji husband aku pun bukan besar, tapi alhamdulillah masih boleh makan nasi hari-hari walaupun tak mewah. Tapi husband aku selalu pesan bila aku lupa diri, rezeki tu Allah yang bagi.

So, here i’m. Di rumah, percaya pada rezeki yang Allah beri, tapi perlu dimulakan dengan usaha yang aku tak tahu nak start dari mana.

Aku nak sangat berniaga. Nak pegang duit sendiri walaupun tak banyak. Kita suri rumah pun kena ada income. Esok-esok terkucil, ada duit tepi.

Tapi aku tak ada softskill macam menjahit, baking, art. Masak pun sekadar untuk makan sekeluarga boleh la. Sebab dari kecik aku fokus study saja walaupun aku tak minat.

Maklumlah, cikgu kata kalau belajar sungguh-sungguh sampai masuk universiti, cerohhh masa depan. Aku tak tahu nak start berniaga dari mana.

Buat dropship ke? Agent? Mini agent ke? Jual apa? Nak dapatkan pelanggan macam mana pulak. Niaga pakai apa? Shopee? Instagram? Facebook? Aku tak ramai kawan.

Kawan aku cuma keluarga je. Nak tegur orang pun aku fikir dia tiga kali. Socme pun segan hidup mati tak mau. Nak hidupkan socme pun aku tak reti.

Sebab sebelum ni hidup aku dengan paperwork dan documentation je. Hidup hadap words, excell, gmail. So, aku memang zero marketing knowledge.

So kepada readers kat luar sana yang boleh bagi pandangan, produk yang sesuai untuk diniagakan, aku sangat hargai.

Aku tau tak mudah nak bagi free advice, tapi nak aku masuk program berbayar duit dalam acc aku pun macam tinggal debu-debu berterbangan.

Segan-segan nak tunjukkan diri. Terima kasih semua yang sudi baca confession aku. I love you alls. Love aku lebih sikit pada yang sudi berkongsi pandangan dan rezeki.

Ya Allah, bantuin aku…

– Mommy Cantik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *