bagaimana perasaan mempunyai seorang ayah?

Ayah atau Bapa atau Abah adalah insan yang paling3 rapat dalam dunia ni dgn kita, betul kan? aku berumur 21 tahun dan spnjg hidup aku , aku ingin sgt ucapkan pggilan 'ayah' kpd ayah aku, aku ada ayah tetapi ayah telah tinggalkn aku sewaktu aku berumur 5 tahun dan saat aku masih kecil tidak mengerti apa2 dan mengganggap nya seperti tiada masalah, saat masa telah bergerak pantas aku sedar aku telah kehilangan sesuatu atau seseorang yang sangat bernilai di dalam hidupku iaitu seorang ayah,
tambahan lagi, ibu pernah mengatakan kpd aku bahawa ayah tidak mengaku aku sbg anaknya ketika ibu menuntut nafkah kpd ayahku sejak aku kecil lg, tapi aku redha, sejak hari itu, aku sering bercakap sendiri konon2 aku sdg bercakap dengan ayah aku, aku pura2 berlakon aku luah perasaan kat ayah aku, bila hari bapa je atau hari lahir ayah aku, aku berlakon bermonolog sndri demi untuk puaskan hati aku, mmg agak perit tapi demi untuk melupakan sebuah kata2 seorang "ayah" yang tidak mahu aku mnjadi anaknya a.k.a tidak menuntuk hak sbg seorang anak..
aku teringin nk berbual dgn insan yang bernama ayah,,bergurau senda, berbual,,meluahkan segala masalah dan perasaan, tapi itu semua mustahil kerana usia dah 21 tahun aku masih menjalani kehidupan sebagai seorang anak yang aku gelar Allah telah tarik nikmat untuk aku peroleh kasih syg seorg bapa, teringin nk tatap wajah ayah aku, itupun aku terpaksa tgk koleksi gmbar pengantin lama ibu ayahku untuk aku tahu bahawa sbnrnye aku ada 'ayah"… Aku bukan anak Yatim
aku buat confession ni pon sebenarnya, aku nak sangat tahu apa itu seorang ayah telah buat kepada anaknya? harap korang semua sudi berkongsi dgn aku apa2 cerita yg menarik yg ayah korang telah buat dlm hidup korang? mungkin sesuatu peristiwa yg menarik? mungkin penghargaan seorang ayah kpd anknya? mungkin ada sesuatu yng mencuit hati ttg ayah korang? aku nk sangat rasa dan tahu apa itu "fungsi" ayah.
p/s : perasaan anak menjadi yatim iaitu kehilangan ayah sejak kecil berbeza dgn perasaan seorang anak yg mempunyai ayah tetapi tidak mengaku mempunyai anak dan tidak mahu berjumpa dgn anaknya tersebut =)
terima kasih

– bunga

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Adik..jgn sedih dik..ayah adalah seorg sgt mnyayangi ank2 walaupn dia xpernah tunjuk kasih syg dia..ayah sgt2 mnjaga anaknya..walaupn kadg2 ayah tu nampak tegas..tp disebalik ketegasannya mesti trselit kelembutan yg pasti membuatkan anak2 tertawa riang..akak percaya adek kuat..sbb adek mampu mengharungi ujian Allah..jgn berasa rendah diri..sedih..sbb adek masih ada org yg sygkan adek disekeliling adek..

  2. Ayah memang anugerah dan nikmat Allah yang besar.tapi yakinlah apa yang Allah tetapkan.kadang kita lupa, walau sedih takda ayah disamping kita,tapi ketiadaan ayah juga mungkin satu nikmat bagi saudari, iaitu Allah pelihara saudari dari berlaku derhaka pada ayah, berapa ramai manusia yang ada ayah tapi degil dan meninggi suara pada ayah.setiap yang Allah tetapkan untuk kita pasti ada hikmah dan kebaikan bagi kita.mohon pada Allah untuk sentiasa memahami hikmah supaya lebih redha.beratkan hubungan dengan Allah agar kita merasa ringan dengan ujian.saya mendoakan agar saudari dipermudahkan urusan dan bahagia selalu.
    #rinduayah
    #alfatihahuntukayah
    #alfatihahmohdroslanyaman

  3. Fungsi ayah ek? Okay, ayah dia lebih kepada helper sejati utk mak aku. Kadang gaduh2 manja tu biase la tp selalunye aku akan gelakkan dorang sebab pernah pasal sebiji kelapa kat luar rumah mak ayah aku berbahas mcm pertandingan pidato sekolah. Time tu mcm sape kalah dia kena belanja makan kat luar la.. Ape2 pun ayah mmg sengaja sllu mengalah utk mak..

    Ayah aku sangat gigih. Even dah lewat 60an dia mmg sgt rajin berkebun, menebas, meracun lalang. Kdg pokok kesum mak aku pun dia racunkan.. Ayah pun mmg bks peg felda. Semua pokok thp antarabangsa dia pernah tanam kat rumah kampung aku.. Hahahaha

    Ayah aku suka minum kopi pekat. Kadang waktu petang dia akan godakkan bancuhan tepun buat cekodok. So lps dia siap pnskan minyak semua, dia akan panggil aku/adik aku utk sambung kerja menggoreng. Pdhl waktu tu aku pura2 tido&nak sgt bangun2 mulut tggal suap cekodok je..pffttt

    Ayah aku tak suka mengemas barang. Ade la jugk kemas sikit2 tapi nk tggu dia gelabah2 kemas cantik time kalau sedara/kwn call dia bgtau nk dtg rumah. Time tu mmg mak aku akan jd tukang gelak sbb ayah aku berjaya transform diri jadi pengemas terhebat.. Hahahah

    Dulu2, ayah aku akan jadi driver kami hantr ambik pergi sekolah. Kadang ade jugak terbabas injak sampai waktu maghrib tapi kami adik beradik tetap setia tggu ayah ambik pulang dr sekolah. Bila sampai lambat, dari jauh dah boleh nampak ayah aku sengih sebab dia tau kami muka masam pdhl kecut perut tggu kat bus stop mati tmpt org gila selalu tumpang tido..

    And now, ayah aku ade kat kampung. Masih kuat berkebun. Teman mak aku. Every free time dorang suka makan kat gerai kawan baik dia. Order la roti canai ke mi rojak ke cendol ke. Dorang tetap nampak sweet even gaduh manja tetap ade sampai ke tua..

  4. Ayah akk ngajar kami adik beradik ngaji. Suara dia sedap. Dia suka kumpul barang..tp tak suka buang. Jenuh aih. Haha. Dia org letrik, jd apa2 brg letrik rosak alhamdulillah kalau leh baiki, dia baiki.. Mcm mesin basuh, blender, kipas, lampu..

    Dia org2 tukang jugak.. Tu yg kdg amik barang2 org taknak, dia pi tukang.. Tiba2 leh guna. Dulu dia garang mase kecik2. Kakak penah kene sebat ngan tali pinggang lagi. Tp takdela kuat.. Skrg ni bila dah tua, dia cool saja.. Tp yg paling sedih bila kami ditimpa masalah.. Dia dan mak lah yg duduk lama2 tiap mlm atas sejadah solat hajat, bangun tahajjud mintak pd Allah.

    Adik, kalau adik takde ayah kat dunia ni takpa, Allah simpan utk adik nnt dkt syurga sana.. Kalau adik ada pasangan nnt, ayah dia, ayah kita juga.. Jadi jgn sedih2 tau.. Kita doakan mak ayah kita. Doa yang indah2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *