Assalamualaikum. Saya seorang pelajar di IPTA di KL. Masih menunggu untuk menamatkan pengajiannya yang berbaki satu tahun lebih. Ada cerita yang saya mahu kongsikan,iaitu bagaimana bahagia itu datang daripada diri sendiri.
Saya seorang perempuan yang ceria, suka berbual atau selalu org kategorikan sebagai kepoh sebab memang kalau dapat bercerita tu tak ingat dunia langsung. Saya masuk U masa tahun 2015 dalam bidang yang paling saya minat. Saya seronok sangat semasa tahun pertama, saya join macam-macam aktiviti yang saya suka. Namun, segalanya bertukar bila saya masuk semester dua semasa tahun pertama.
Saya mengalami penyakit yang misteri(takdelah misteri sangat pun) cuma tak disangka saya yang akan kena benda tu. Saya dapat tahu semasa awal 2016, saya terdengar sejenis azan remix yang dihantar dalam group usrah saya lalu saya terus pening,mabuk rasa nak muntah tapi saya diamkan aja..tak fikir apa-apa pun lagi. Cuma, semasa cuti midsem baru saya sedar saya tak boleh dengar azan,zikir dan bacaan2 ayat suci semua ni..solat saya jadi lalai, saya panas badan bila dgr benda2 tu..saya jadi baran yang teruk. Mula2 taknak suspek apa2 pun tapi bila makin teruk saya terus jumpa ustaz yang ada klinik perubatan Islam di ppum, bila dia baca ayat2 ruqyah terus saya muntah, nak mengamuk..jadi ustaz minta saya banyak berdoa dan lawan perkara tu dulu.
Tapi, makin lama makin teruk. Saya jadi taknak bergaul dengan orang, saya pergi kuliah terus balik walaupun pada waktu tu saya banyak aktiviti. Saya tahan perasaan saya yang kadang2 nak nangis, nak marah semua. saya pernah hampir2 nak minta extend study sebab saya da tak tahan sangat, benda tu sakit sangat bila kacau saya terutamanya bila nak solat..saya rasa macam nak pengsan bila benda tu tahan badan saya utk sujud dan rukuk..nak angkat takbir pun Masyaallah rasa sakit sangat. The thing get worse bila saya kena histeria. Tapi, Ustaz tu tlg saya utk beritahu kena baca surah2 apa dan saya hanya melawan benda tu sendiri dengan bantuan Allah swt sebab saya tahu Dia lebih berkuasa daripada apa perkara dalam dunia ni. Alhamdulillah, saya makin pulih sekarang dan sihat.
Namun, bukan itu yang ingin di’highlight’kan. Saya nak cerita bagaimana saya berseorangan ketika menghadapi perkara itu. Manusia kan..tak semua suka kita. Saya sakit saya tanggung sorang2,takda tempat nak mengadu..nak menangis. Ya, memang betul saya ada Allah utk bercerita tapi saya perlukan seseorang utk luah apa yang saya hadapi..bukan nak solution pun tapi nak meluah je. Semua orang tak percaya saya kena sakit tu, mereka ramai kata saya main2..ada penyakit mental, masalah psikologi dan ‘attention seekers’ masa histeria. Hei, orang b*d*o* jelah yang buat2 benda tu. Saya jadi murung, menyendiri taknak cerita apa2 dekat orang.
Daripada seorang yang ceria saya jadi sedih. Selalu sedih dengan hidup saya. Banyak aktiviti yang terpaksa saya batalkan hanya untuk berehat daripada sakit ini. Erti kawan di Universiti pada saya tidak ada, mereka ada waktu senang..waktu susah langsung tidak wujud. Saya menjadi terlampau sedih lagi2 bila ada kawan2 yang saya anggap KELUARGA membenci saya tanpa sebab. Benarlah orang boleh suka dan membenci dalam sekelip mata.
Nak menangis, air mata sudah kering. Saya dah tak tahu apa yang perlu ditangisi. Saya jadi begini hanya kerana mulut dan perangai manusia yang saya sayang. Mungkin silap saya terlalu cepat menyayangi kawan2 sehingga diperlakukan sebegini.
Masuk tahun kedua, saya fikir sedalam2nya. Kenapa perlu kita fikir tentang orang lain? biarlah orang tidak suka kita..kita hidup bukan untuk puaskan hati semua orang. Saya kenali balik kenapa Allah swt ciptakan saya atas muka bumi ni. Saya tidak sempurna dan banyak melakukan dosa, mungkin dengan ujian sebegini Allah swt mahu zahirkan rasa sayang kepada hamba-Nya yang lalai. Saya ambil langkah dengan menutup akaun facebook saya kerana di situ ramai kecam saya sehingga nama saya naik di Luahan Universiti sendiri, kemudian baru2 ini saya menutup akaun instagram. Alhamdulillah, hati saya setenang2 air yang sejuk. Ya, memang betul..bukan salah media sosial cuma saya yang tidak pandai mengawal diri bila melihat rakan2 lain bergembira sedangkan pada awalnya mereka kata “aku ada untuk kau selalu”.
Saya berkawan secara realiti dan bukan secara maya. saya lebih gembira dengan cara sebegini. Bila saya usha facebook di akaun kawan saya, saya melihat mulut2 netizen yang maha hebat bila berbicara, saya terfikir sebegini terukkah saya dahulu sehingga dibenci oleh orang sekeliling? Jawapannya hanya ada pada yang tidak menyukai saya.
Sekarang, saya mengamalkan sikap tidak ambil tahu apa yang berlaku di alam maya kerana pada saya hanya keluarga dan Allah swt yang ada dalam hati saat ini. Sayang pada diri kita dan Insyaallah bahagia itu akan terbit dalam setiap jiwa yang merasa kekosongan.
Wassalam :)
Teja.
– Teja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit