Bahagia Yang Dicari

Assalamualaikum. Hye semua. Aku terdetik nak share kisah pahit aku lepas aku terbaca kisah akak ni, (https://iiumc.com/dosa-abah/). Aku ada komen kat confession akak tu and ada org kasi komen positive. So aku fikir banyak kali nak share ke tak sebab aku taknak org anggap aku ni bukak aib ke apa. Srsly apa aku nak share nie hanyalah sekadar luahan dan inpirasi untuk semua.  So here we go !

Aku seorang perempuan. Berumur 16 tahun. Anak kedua dari 3 adik beradik. Ada seorang kakak and adik. Kakak aku dah kahwin (dia kahwin awal). Yes masih sekolah and tahun depan spm, huhu. Kisah pahit aku bermula lepas parents aku bercerai waktu aku f1. Aku ingat lagi detik dimana aku, mak dan adik beradik aku dihalau dari rumah pukul 2 pagi oleh ayah kandung aku sendiri. Siapa yang pernah kena halau dari rumah je akan faham perasaan tu :’) cuba kau bayangkan, kau tengah tidur and mak kau tanya “nak ikut mak ke ayah? kalau nak ikut mak jom kita keluar dari rumah ni sebab ayah dah halau kita” Srs aku ingat lagi detik tu.

Aku memang tak faham apa time tu, so aku nangis je sepanjang kemas barang tu. And guess what ? ayah aku tak peduli pon tentang kitaorang and dia just sambung tidur then esok paginya terus mak ngan ayah aku settle kat mahkamah. Ha lepas kitaorang kena halau tu kami sekeluarga menumpang rumah sepupu mak sedara aku. Kau bayangkan rumah mak sedara aku tu teres je tapi campur kami sekeluarga 10 org ha duduk. Boleh bayangkan tak macam mana sempitnya rumah tu hahaha.

Ingat dah becerai settle dah ke? seminggu selepas tu kitaorang dapat rumah sewa area rumah ayah aku jugak (ha dekat kan, tapi tulah nak buat macam mana sebab kes taknak pindah sekolah) dan time tu jugak ayah aku kahwin lain. Dia kahwin ngan adik ipar dia sendiri weh. Btw adik ayah aku dah meninggal lama dah. Srs aku kecewa gila , time tu memang aku benci sangat² ayah aku. Then dalam 5 ke 6 bulan lepas tu mak aku pulak kahwin lain. Korang boleh faham tak perasaan aku ? Srs time tu aku memang lost gila , aku benci ayah tiri aku. Aku benci dia.

Dia balik sebulan sekali je sebab mak aku kahwin baru ni dia jadi bini no dua means ayah tiri aku ni ada bini lain ha. Bila dia balik aku memang takkan keluar bilik kecuali bila nak makan and mandi. sebab aku benci tengok muka dia. And bila ayah aku dah tahu mak aku kahwin lain ha bermula lah konfliknya. Ayah aku gaduh ngan mak aku sebab berebut hak penjagaan kitaorang adik beradik. Time tu aku ulang alik dari rumah ayah aku ke mak aku sebab nak kasi adil.

Btw aku lebih syg mak aku sebab ayah aku ni orgnya jenis panas baran, solat ? Aku tak pernah tengok dia solat :”) puasa? Time kecik² dulu bila bulan puasa dia lek je makan depan aku. Yelah kecik² mana faham kan , bila aku tanya mak aku kenapa ayah aku tak puasa mak aku just cakap ayah aku dah tua. So aku percaya jelah. Dan ayah aku nie suka berhutang sampai org mintak hutang sampai ke rumah. Aku ngan mak aku selalu tutup pintu rapat² and menyorok dalam rumah bila ada org mintak hutang dtg.

Aku ingat lagi hm. pehtu ayah aku suka main nombor ekor , dia pernah bawak aku pi beli no ekor tau time kecik². Lagi aku bertambah benci ngan ayah aku nie lepas kes aku kena dera dulu. Sebab mak ngan ayah aku paling berebutkan aku. Sampai sekarang aku pon tak faham kenapa. Sampai ada satu hari tu ayah aku paksa aku tido rumah dia and dia tak kasi aku balik rumah mak aku. Bila aku mintak nak balik dia tendang aku tapi nasib tak teruk sebab mak tiri aku sempat halang.

Esoknya mak aku ambik aku kat rumah ayah aku dan gaduh lah deme pehtu aku nangis mintak nak balik sangat sebab aku tak tahan. f1 kot time tu. Balik tu aku nangis gila² and lepas kejadian tu aku memang trauma gila. Sampai ada sekali tu ayah aku ws suh dtg rumah dia je kot terus tangan terketar² pehtu boleh nangis. Ada sekali tu kat surau sekolah , cikgu aku marah kawan aku nie. teruk lah jugak sampai cikgu tu tengking kawan aku. Bila aku tengok je terus badan aku terketar ketar then masuk je kelas aku terus nangis. Dia tindakan tanpa aku sedar tau. Aku taktau kenapa aku jadi macam tu.

Then kawan aku nie bawak aku jumpa cikgu kaunseling then dia kasi nasihat macam biasalah “jaga solat” “jangan ikutkan perasaan sangat” Srs lepas tu memang aku tak pegi dah kaunseling sebab bagi aku , yang boleh pulihkan diri aku dari semua ni hanyalah diri aku sendiri. Lepas kejadian tu , terus aku berubah 100 peratus. Dari seorang yang jaga solat terus solat on off. Solat bila mak aku tegur je. Belajar pon malas , srs result aku teruk gila time tu. Sebab aku memang salahkan takdir sebab buat hidup aku macam ni. Aku berubah waktu aku f3 sebab waktu cuti sekolah time f2 mak aku masukkan aku ke kem kat surau taman perumahan aku. And kat situlah aku dapat hidayah dari Allah.

Balik je dari kem terus aku cium , mintak maaf kat mak aku pehtu terus aku aku tekad nak berubah. Aku mula dari pakaian aku, aku pakai tudung labuh baju tak ketat then aku perbetulkan solat , bacaan dalam solat. Mana aku belajar ? Aku google je ha dan beli buku berasaskan ilmu agama sebab jujurlah aku bukan dtg dari keluarga yang ilmu agama tinggi. Kawan² aku pon banyak bagi nasihat , aku suka like page yang suka post ilmu agam kat fb , ig then aku sibukkan diri aku dengan aktiviti kat sekolah sampai aku takde masa langsung kat rumah. Aku pegi sekolah 630 pagi then balik 630 ptg sebab busy training.

Alhamdulilah sampai sekarang aku terus istiqamah. Aku start syg ayah tiri aku sebab bagi aku kalau dia tak kahwin ngan mak aku , aku mungkin takkan dapat hidup senang. Dan tahun ni mak aku bukak cerita pasal ayah aku , punca diorang bercerai and macam mana boleh jumpa ayah tiri aku. MasyaAllah sungguh aku menangis kat situ jugak , aku menyesal sangat² bila ingatkan perangai aku yang dulu.

Aku start maafkan ayah aku. Btw lepas kejadian aku kena dera tu ayah aku terus tak jumpa aku kecuali time raya tu pon sebab kena paksa ngan mak aku pegi rumah dia. Walaupon rumah kitaorang dekat , tapi kalau jumpa kat mana² memang totally stranger. Aku pon tak faham. Dia hanya ws sebulan sekali sebab nak bagitau duit nafkah dah masuk (ayah aku bank in dalam bank aku). Sungguh aku dah maafkan ayah aku , aku taknak ingat apa yang berlaku dulu dah.

Tahun ni dah 4 tahun since parents aku bercerai. Macam² aku lalui , stress tu tak payah kata lah pernah sekali tu aku pernah ambik gunting nak kerat tangan sebab time tu memang terlampau stress gila , dahlah esok exam pehtu ada masalah fam. Nasib baik ada kawan aku telefon aku time tu jugak and Allah tu masih sygkan aku :’) Alhamdulilah. Sekarang ni aku lebih dekatkan diri aku dengan Allah and aku suka gila join kerja amal. Kat sekolah aku join team usrah and tahun ni aku berpeluang join KONWANIS kat KL haritu.

Memang banyak ilmu aku dapat kat situ. Cuma aku kurang peluang je nak join lebih banyak aktiviti amal ni sebab masih bersekolah kan. Harapkan sekolah jelah. And sekarang nie aku berminat dengan aktiviti kemanusiaan macam pegi jadi volunteer tolong org yang memerlukan cthnya bagi gelandangan makan or rumah anak yatim. Yes aku suka gilaaa budak² sebab cita² aku nak jadi guruu. Hope tercapai amin! so last , apa yang aku nak sampaikan kat semua. Aku tahu ramai lagi yang ada masalah , even ada yang lagi teruk.

Takpe untuk kita kecewa , tapi jangan pernah mengalah  aku taknak org lain jadi macam aku especially yang umur lebih kurang aku. Sebab aku dah rasa peritnya :’) tapi takpe lah dah lepas kan ? Sekarang ni aku ha macam mana aku nak jadi org yang lebih baik. Takpe lah kisah mak ayah aku dah terjadi pon. apa yang aku boleh buat, ambik pengajaran sebab bagi aku kalau Allah tu tak izinkan sesautu maka ia takkan terjadi. Maksudnya semua yang terjadi ni Allah tu izinkan , aku redha. Sebab mungkin aku terlalu senang jadi DIA bagi satu ujian kat aku supaya aku sedar inilah “DUNIA”

Impian aku sekarang nak cemerlang SPM then nak belajar jauh² walaupon aku dah terima semua ni tapi aku perlukan rehat :) aku terlampau penat ngan semua ni. Its hurts me so much. Even sekarang pon aku still ada problem lagi dengan mak aku :”) walau sejahat mana pon ayah kandung aku, kebaikan yang ayah ayah tiri aku bagi memang takkan dapat tandingi ayah kandung aku. Korang faham kan perasaan aku ? Sorry kalau cerita ni terlampau panjang , sebab ni confession aku yang pertama.

I hope for a good reaction and if ada soalan aku akan balas kalau aku hantar confession kedua okey ! Doakan aku terus kuat Sebab aku tahu ni hanyalah permulaan banyak lagi yang aku akan hadapi pada masa akan dtg. Jujurlah lepas apa yang jadi , aku dah takut nak cpl ke lagi² teringin nak kahwin ke apa. Srs fobia dengan lelaki :) Hidup aku hanyalah belajar ! Belajar ! Dan terus belajar !

From,

– Me (manusia yang nakkan kebahagiaan)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *