Bahana Meleis

Assalamualaikum admin & para pembaca.

Apa yg aku nk confess bakal buat ramai triggered (dapat agak) tapi kalau benda ni boleh bukak mata kita sebangsa (melayu) dan bangkit, dipersilakan admin up konfesi ini.

Umur aku 33, dah bekerja di 4 syarikat sejak zaman lepas SPM dan lepas grad. 3 syarikat melayu, 1 syarikat cina.

Lepas syarikat melayu yg ketiga aku berhenti, aku cari kerja tempat lain. Masa tu lah dapat rezeki bekerja dgn cina buat pertama kalinya.

Syarikat cina ni kecik je, dia ejen bank, telco & astro. Deret-deret kedai runcit je opis dia. Kat situ aku diambik utk in charge dlm billing & teller.

Bil astro, line digi, celcom, bil-bil telco dan certain fungsi bank semua bayar kat situ.

Kat situ fast paced environment. Nak bosan tak sempat, siapa terkentut pun tak sempat nak cam sebab semua nak cepat. Ni serius beb bukan main-main. Aaaada je org dtg beratur nak bayar.

And tell you what, aku sorang je pekerja melayu kt situ beb. Lain semua cina.

Ni aku highlight la ye ‘bahana meleis’ yg aku hadap sepanjang keje dgn diorg:

1. Stigma waktu solat

Memang, kalau keje dgn cina ni paling aku seriau hal-hal solat. Ramai kawan sebangsa aku keje technician, engineer, (aku je finance) under cina ni kata bos diorg tak kasi solat pun.

Samada terpaksa kau solat curik-curik atau kau tinggal. Tapi bila aku masuk opis cina ni, motto aku adalah utk diorg faham yg solat ni bukan sesuatu yg ‘lemau’ dan melambatkan operasi syarikat diorg.

Masa interview aku dh tanya dulu, ‘boleh keluar solat tak? Mungkin dalam 2 kali saya akan pause 10 minit saja lepas tu kerja balik.’

Bos yg interview aku tu cakap, ‘lama ke you solat? If lama I kenot give la. If like you said, 10 minutes per pause then can.’

Lepas tu aku angguk. Dia agak ragu2 gak nak bagi tapi dia tengok jugak, skill dan pengalaman aku bernilai kot, rasa sayang pulak nk lepaskan hanya sbb benda ni.

Last2 dia bagi aku sebulan kelonggaran tengok macamana. Aku boleh guna stor dia utk solat. Stor opis tu agak besar dan bersih. Tinggal aku bawak alas, sejadah dgn telekung je.

After sebulan it’s up to him nak teruskan kelonggaran tu atau tak. Dari situ aku dpt agak dia nak monitor solat aku lama ke tak utk dia decide. Aku ambik cabaran ni sbg cabaran seorang muslim tepati masa.

Selama sebulan alhamdulillah solat aku tak pernah melebihi limit. Ambik wudhu’, solat, pakai balik tudung semua total 9 minit lebih.

Bila sebulan istiqamah punctual, bos aku senyum je kata,

“okay you can continue with your solat schedule like previous month. Maintain like this and never ever cilok2 aa? Just remember i can take back the facility anytime, so do maintain good record,”

Maknanya dia suruh aku jangan sesekali ambil kesempatan bila dia dh percaya ni. I return his favour, dia percaya aku, dan aku pun takkan disappoint dia.

Cina ni satu je, kau nak solat? Boleh. Kau kena fight dengan beradab dan betul.

Memang awal-awal cabaran tu banyak, sebulan pertama aku pun walaupun bos dah bagi kelonggaran, colleague situ asyik tanya je kenapa kena solat, kenapa pakai telekung lah apa semua, siap cakap2 cina pasal telekung aku.

Tapi kita sebagai muslim kena tenang dan pandai jawab.

It’s better to prove it with your actions. Be more than them. Tunjukkan yg solat kau tu something yg powerful.

Macam aku, aku tangkaskan kerja aku. Aku jadikan diri aku lebih punctual dari diorg dan aku selalu mohon Allah pimpin adab bekerja aku.

Alhamdulillah lepas ‘sebulan azab stigma’ tu semua orang respect waktu solat aku skrg. Siap kalau aku punya kaunter ramai orang, diorg nk cover kan lagi sebab tahu waktu solat aku dah masuk.

Yg buat jadi masalah ni sebenarnya kita je. Nak orang faham waktu solat tapi curi tulang. Lengah-lengah. Memang la orang tak respect.

Kita yang kena berubah dalam hal ni.

2. Belanja? Rasuah je tu.

Bila aku dah lama kerja dengan melayu ni, aku dah terbawak-bawak budaya ‘extra’. Dulu aku jadi teller jugak, kat koperasi pernah, kat bank pun pernah.

Masa tu kau keje la berat nanang mana pun, perfect mcmana pun tapi kalau kau tak reti ambik hati rakan sekerja kau, memang kau kena pulau.

Aku pulak, hanya bercakap bila perlu dan jenis berjimat. So bila aku jarang-jarang keluar duit belanja orang opis makan, jarang bukak mulut sembang hal-hal sensasi, tak pandai politik, memang nampak a little ‘off’ di mata diorg.

Lama-lama nak survive punya pasal, baru la aku ikut sama budaya belanja-belanja selalu tu, tu pun paksa rela. Sembang hal-hal bedah pun paksa rela sebab kalau tidak, bos pun tak nak masuk kepala kalau kita tak start dulu.

So once aku keje dgn cina ni, masuk kali ketiga je aku tapaukan makanan saja-saja masuk pantri (waktu tu break hour), salah sorang dari depa terus tegur,

“Aiyaaa, you bring this you bring that, you think we what? Starving kids ah? We can buy ourselves laa. You just focus on work la. These things no need,”

Memang sentap mak. Sejak dari tu aku hanya belanja bila ada occassion je. Ada potluck ke, ada birthday sesiapa ke. If no event tak payah la menggedik konon belanja sebab semua tu di pandangan mata diorg adalah RASUAH.

Focus on your WORK je. Your work is good, then we’re good. Lebih kurang gitu la cara diorg.

Situ baru pertama kali aku dinilai berdasarkan kerja, bukan ‘extra things’ yg lain sepertimana di company-company melayu dulu.

3. Melayu adalah ‘lemau’, ‘lambat’, ‘pemalas’

Masa mula2 masuk dulu, colleague selalu cakap2 cina sesama dia pastu pandang aku, pastu gelak2. Heran aku padahal keje aku elok je, tapi diorg mcm gelakkan aku pulak.

Sebabnya, diorg ada sebut perkataan ‘malay’ beberapa kali dalam ayat cina diorg.

Bila dah 4 tahun keje sini, secara tak langsung aku belajar bahasa diorg dan aku tahu dah completely apa diorg cakap.

Diorg cakap orang melayu ni mesti lambat punya. Mesti lama2 curi tulang punya. Mesti lama2 datang dia punya ‘siao’ (gila).

Diorg pikir aku mula2 je elok, lama2 mesti datang perangai ‘meleis’. Masa aku discover maksud sebenar tu dah 5 bulan pun berlalu, memang shock gila.

Tapi aku bersyukur sgt masa dpt tau tu sbb selama aku keje, tersalah buat keje tu mmg adat jadi teller la. Contohnya tersalah key in, shortage duit, terlupa bagi customer sign dan sebagainya tapi attitude aku still maintain produktif dan punctual.

Tak penah lagi aku curi-curi tulang, sibuk nak mc atau apa.

Dan masa aku discover tu pun cina-cina tu semua dah mcm family dengan aku. Dah jarang diorg cakap-cakap cina depan aku, kalau tercakap mesti diorg explain balik in english supaya aku faham.

Masuk setahun aku keje situ dan gained kepercayaan diorg, baru one of them bukak cerita. Yg sebenarnya company tu dah 2 tahun tak ambik melayu.

Kisahnya, last melayu yg diorg ambik ni buat hal.

Cakap gi solat tapi smpai 40 minit tak balik opis. Suruh guna bilik stor tak nak.
Datang opis selalu lambat 10-15 minit. Kerja lambat-lambat, kira duit lambat, siap boleh sembang dengan customer macam sembang2 kedai kopi. Memang la diorg tak suka.

Tu baru sorang, cina tu cakap ada beberapa lagi melayu sebelum tu yg buat hal jugak. Selalu mc, keje sebulan je terus cabut tanpa notis, dengar kena buat cleaning time opening je terus esoknya resign.

Gitu la cerita dia. Aku dengar pun terasa. Bangsa aku kot.

Aku nak defend tapi maap la tak mampu. Memang banyak salah kita weh. Sikap kita. Norma kita.

Aku akui aku sendiri lemau. Masa first month masuk macam2 sistem baru yg nak kena tau walaupun aku penah jadi teller. First week je dah short duit, salah key in data, tapi cina-cina ni tak pernah buat aku rasa uncomfortable tiap kali aku buat silap.

Selagi aku tanya, diorg jawab elok2, train aku elok2. Dan alhamdulillah second month aku dah boleh adapt and work like a pro.

Budaya pulau-memulau ni memang takde, dan semuanya based on work. Bagus kerja kau, bagus la hubungan kau dengan colleague.

Tu yg aku suka.

Apapun sebenarnya banyak lagi aku nak sampaikan tapi takut banyak sangat tak terbaca pulak kan. Cukup la ketiga2 isi ni.

Aku tak kondem melayu, ada beberapa org yg aku kenal etika professionalismnya dan attitude dia sgt bagus. Tapi sangat sedikit weh. Sikit sangat.

So melayu, wake up. Kalau rasa lemau, pemalas, suka curi tulang, stop those from now on. Kurangkan bodek, lebihkan disiplin kerja yg bagus.

Kalau rasa sikap meleis ni dah melekat sangat susah nak ubah, why not cuba kerja dengan cina?

You’ll see how it goes.

– Irna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit