Balasan atau Ujian

Assalamualaikum semua pembaca. Pertama sekali terima kasih admin siarkan cerita aku ni (kalau disiarkan la). Cerita yang bakal aku kongsikan ini berkisarkan kisah hidupku.

Aku Hana (bukan nama sebenar). Aku terdetik untuk berkongsi di sini tentang kisah hidup aku dalam percintaan. Eh geli-geli je rasa, haha.

Aku bakal berginjak ke pertengahan 20-an tahun ini. Aku merupakan seorang yang tidak pernah bercinta selama aku hidup lebih 20 tahun ini. Dahulunya, ya. Tidak berminat.

Bila menginjak zaman universiti, aku teringin untuk bercinta, tapi aku bukan seorang yang peramah dengan lelaki. Malah berkawan dengan lelaki juga tidak.

Hanya sekadar berkawan untuk siapkan assignment dan projek universiti sahaja. Tambahan pula memang biasa-biasa sahaja aku ni.. Rupa biasa, belajar biasa, fizikal juga biasa.

Sehinggalah aku berada di akhir-akhir zaman belajar, aku terdetik untuk ‘mencari.’ Aku mula tambah ilmu ‘bab’ ni.

Aku mula join macam-macam aplikasi cari jodoh dan telah berkenalan dengan beberapa orang lelaki. Ya, aku dahulunya seorang yang segan depan lelaki, sekarang sudah tidak lagi.

Lelaki pertama yang aku kenal akan aku gelarkan dia sebagai Amir (bukan nama sebenar). Amir merupakan lelaki yang paling baik dan sopan yang aku kenal dan jumpa sepanjang aku mencari cinta di aplikasi media sosial.

Namun aku tolak hanya kerana dia belum bekerja (secara stabil) dan perilakunya yang sedikit lembut. Ya, aku selfish dan acah macam aku bagus la sangat.

Lelaki seterusnya pula bernama Nazmi (bukan nama sebenar). Dia juga baik. Namun semasa dalam tempoh berkenalan dengannya, aku sedang dalam fasa nak main-main saja.

Di ketika ini, kononnya tengah ‘broken’ dengan lelaki pertama tadi. Pelik. Aku yang meninggalkan, tapi aku yang patah hati.

Bersama Nazmi, kami tak pernah bersemuka. Hanya sekadar bervideo call, menjadi ‘pendengar setia’nya bila dia memetik gitar dan bernyanyi hanya untukku hampir tiap malam.

Sehinggalah tiba satu hari, dia mula bercerita mengenaiku kepada ibunya. Aku mula serba salah dan berterus terang perihal aku hanya selesa berkawan sahaja (sedangkan cara layanan aku persis bercinta).

Kemudian aku berkawan pula dengan Aqil (bukan nama sebenar). Dengannya aku sudah mula ‘waras’, dengan menetapkan kesungguhan ingin mencari jodoh yang boleh bawa ke syurga.

Dia merupakan seorang pelajar hafazan dan bilal di masjid. Pada awalnya lagi aku sudah kurang kecederungan terhadapnya kerana dia masih sedang belajar, dan aku sudah bekerja. Kurang seminggu perkenalan, dia sudah mengajakku untuk berjumpa dan aku setuju.

Ya, dari apa yang aku lihat.. Perilakunya tampak sedikit baran. Malas nak cerita panjang, aku menolaknya dengan cara yang baik dan aku telah diblock di aplikasi Whatsapp.

Aku penat. Aku hanya ceritakan 3 dari banyaknya orang yang ku kenal secara maya. Aku mula uninstall semua aplikasi dan fokus pada kerjaya sendiri.

Namun… Ini belum berakhir. Di saat aku sudah tinggalkan semuanya, muncul seseorang yang banyak memberi pengajaran dlm hidupku. Aku gelarkan dia sebagai Zamani (bukan nama sebenar).

Orangnya baik, cara dia ‘approach’ juga lain dari yang lain, agamanya juga tidak kurang hebatnya. Aku doa sungguh2 untuk bertemu jodoh pada tahun ini juga (2022), dan mula terdetik, mungkin Allah makbulkan doa dan permintaanku.

Namun semuanya meleset apabila dia mula tunjuk belang dengan berterus terang tentang kisah silamnya. Ya, aku marah. Aku geram. Kenapa mesti begini di saat aku sudah mula sayang. Dia lelaki red flag.

Di sini la bermulanya aku tidak kenal akan diri aku sendiri.

Aku pun tak tahu nak mula dari mana.. Senang cerita pada awalnya dia boleh dikatakan sempurna, aku selesa dgnnya.

Sehinggalah… dia mula bercerita tengan hubungannya dengan bekas-bekas kekasih. Ex (bekas) dia tu bukanlah wanita biasa, semuanya ‘beragama’, tetapi nafsu berjaya mengawal diri.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya nafsu itu akan mendorong kepada kejahatan melainkan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah SWT.” (Surah Yusuf, ayat 53).

Dia sering kalah dengan nafsu syahwat sendiri. Sering bervideo s*x call bersama kekasih lama. Kenapa harus bercerita kepadaku? Itu kerana dia sudah selesa denganku. Aku juga tak mampu berkata apa, hanya mampu ambil iktibar dari setiap ceritanya.

Jijik. Tambahan pula bekas kekasihnya bukan orang biasa-biasa, kebanyakannya bertudung labuh namun sering kalah dengan godaan syaitan. Tapi cerita ini tidak habis di sini ya.. Aku? Ya, aku juga dengan bodohnya terjebak.

Tolonglah, aku susah nak keluar dari dosa yang aku sendiri tahuu.. Aku dahulunya sangat menjaga diri, kini aku sedang berusaha untuk kembali kepada diri aku yang dulu. Doakan aku supaya dapat keluar dari hubungan toksik ni.

Maafkan saya bakal suami (belum ada). Saya kalah dengan nafsu saya sendiri. Doakan iman aku kuat ye semua. Maafkan aku. Ambil iktibar dari kisah aku ni.

Adakah ini balasan atau ujian yang Allah hantar kepada aku?

– Hana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *