Bantu Keluarga Aku

Bantu Keluarga Aku

Assalamualaikum semua. Aku minta maaf awal² if cerita ni agak serabut. Aku takde tempat lain nak luah semua ni sebab aku malu. Terlampau panjang if aku cerita detail. Cerita ni pasal family aku.

Mak aku kahwin dengan suami orang senyap². Aku dengan adik beradik je tahu. Tapi kiteorang senyapkan sebab belum tahu perangai sebenar jantan tu. Sebelum kahwin macam malaikat, satu kelemahan pon kiteorang tak nampak.

Lepas kahwin, and kantoi dengan family mak, semua hentam dia (well sape je tak marah kan) so family besar makin renggang. Bini laki tu pon tahu and start serang mak aku. Habis kereta kena calar, pasu² pecah, sliding door rosak, memang waktu ni paling mencabar. Sampai ke hari ni hidup kiteorang tak pernah tenang.

Start dari sini baru aku tahu, rupanya jantan tu dayus. Dia tak pernah bagi nafkah kat anak bini. Ambik ganja. Malas kerja. Aku jadi benci sangat dekat dia. Aku faham kenapa bini first dia marah sangat. Anak bini tak terjaga, apa pasal dia kata dia mampu nak berbini dua.

Selalu bini dia datang rumah cari jantan tu sebab nak minta duit nafkah beli beras, bayar yuran anak etc. Tapi dia nak bagi apa, kerja pon tak. Motor yang dia ada tu, bini dia yang belikan sebab nak mudahkan dia cari kerja. Tapi cari kerja pon tak.

Buat kerja berat sikit penat, tahu² dah berhenti pastu duduk goyang kaki dekat rumah makan hasil bini dua orang. Rumah aku sekarang ni buat dengan insurans ayah sakit sebelum dia meninggal. Tapi jantan tu tak rasa bersalah pon dia tinggal percuma tak pernah bayar bil.

Dah almost 2 tahun dorang kahwin (tanpa daftar perkahwinan), takde pon kawan aku tau mak aku kahwin baru. Aku rasa benda ni memalukan sangat.

Sape nak ngaku mak dia rampas suami orang. Dah laa suami orang, berguna pon tidak. Memang sebijik macam tanggung biawak hidup. Aku memang tak pernah anggap dia bapak pon.

Aku kesian dekat anak bini pertama dia. Aku rasa bertanggungjawab untuk tolong dorang since yang buat hidup dorang makin susah is mak aku. And of course, kehidupan kiteorang semua pon memang makin susah.

Adik² aku selalu serabut kena hadap masalah yang mak aku timbulkan, and somehow mengganggu study dorang. Aku memang sentiasa ambik peluang untuk jauhkan diri dari rumah, tapi adik² aku macam mana.

Isu dia semua sebab duit. Kalau aku ada duit, memang aku nak bagi dekat bini dia. Sebab tu je laa yang mampu ringankan beban dia. Mungkin ada yang akan fikir kenapa dia tak bercerai je dengan laki tak guna tu. Anak² dia kecik lagi.

And aku taknak laki tu sentiasa duduk rumah kiteorang pulak. Aku nak mak aku yang cerai dengan dia sebenarnya. Tak hina pon lah takde laki. Aku dengan abang² aku in sha Allah boleh je usahakan untuk bagi duit tiap bulan. Apa yang dia sayangkan sangat dekat laki tu ya Allahhhhhh!!!

Mak aku for sure takkan berbaik dengan madu dia (unless jantan tu ada duit and bertanggungjawab). So macam mana aku nak bantu keluarga aku dan keluarga dorang jugak? Aku nak family happy macam orang lain. Biar tak kaya, tapi happy. Tapi sekarang kaya pon tak, happy pon tak.

Patut kan aku bertanggungjawab bagi pihak mak aku? Patut kan aku bagi duit dekat madu dia kadang²?

Aku rasa tu je cara yang boleh redakan tension dalam rumah aku selama ni. So that adik² aku boleh tenang duduk rumah study macam biasa. Family aku pon dah takyah malu dengan orang kampung sebab rumah asyik kena attack dengan madu mak.

Tolong suggest apa² yang boleh bantu aku… Help me.

– Alia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit