Terima kasih admin kerana menyiarkan tulisan saya ini. Saya nk tulis berkenaan Pahala yg Allah berikan kepada lelaki/suami. Saya mendengar kuliah Agama, SubhanAllah sebenarnya sgt banyak Allah berikan pahala buat lelaki/suami yg menjalankan Amanahnya, sehingga saya sebagai perempuan pun rasa jeles banyaknya Pahala utk lelaki/suami. Ini kerana sudah menjadi lumrah Allah menjadikan lelaki/suami utk membantu Agama Allah dan menghidupkan masyarakat.
Saat mencari nafkah untuk keluarga
a. Saat berniat utk mencari rezeki halal = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Saat melangkah kaki keluar dari rumah utk mencari rezeki halal = diberi Pahala oleh Allah
c. Sepanjang perjalanan ke tempat kerja = diberi Pahala oleh Allah & didoakan kebaikan oleh Para Malaikat
d. Bekerja dgn bersungguh-sungguh dan ikhlas = diberikan Pahala oleh Allah
e. Saat melakukan kerja yg sukar dan payah = diganjari Pahala berdasarkn kesukarannya
f. Solat berjemaah bersama staff lain = diberikan Pahala berjemaah oleh Allah
g. Saat pulang utk bertemu isteri dan anak = diberi Pahala oleh Allah
Saat mengerjakan solat berjemaah di Masjid
a. Saat berniat utk solat berjemaah = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Bersiap sedia utk ke masjid = sudah tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
c. Memakai haruman = diberi Pahala Sunnah krn berwangian
d. Bermula dari keluar dari rumah hingga ke masjid = diberikan pahala oleh Allah
e. Saat melangkah masuk ke masjid = sudah tertulis kebaikan keatasnya
f. Berniat iktikaf di Masjid = diberi pahala oleh Allah, didoakan oleh Malaikat keampunan keatasnya
g. Bergaul dgn masyarakat = diberi pahala oleh Allah krn mengeratkan sillaturrahim
Saat suami membeli makanan utk isteri dan anak2
a. Saat berniat utk membeli makanan = tertulis kebaikan keatasnya oleh Allah
b. Dalam perjalanan utk membeli makanan = didoakan oleh malaikat kebaikan keatasnya
c. Saat suami mengeluarkn wang utk isteri & anak2 (walaupun duit tinggal sikit) = tertulis keatasnya sedeqah dan Pahala sgt besar disisi Allah
d. Saat isteri dan anak2 menjamah makanan = setiap suapan makanan masuk ke mulut isteri dan anak2 diberikan pahala oleh Allah kpd suami
e. Saat isteri dan anak2 kenyang dan gembira slps makan = diberikan pahala oleh Allah
Saat suami mendidik isteri dan anak2
a. Kerana melaksanakan amanah dari Allah = diberikan pahala oleh Allah
b. Didikan yang baik = diberi pahala oleh Allah
c. Amalan kebaikan tersebut diamalakn berterusan oleh isteri dan anak2 = diberi saham pahala oleh Allah berterusan, generasi ke generasi
d. Saat sukarnya suami mendidik isteri dan anak2 = diganjari Pahala berdasarkn kesukarannya
Saat suami memberikan nafkah/kebaikan buat isteri, anak2, ibubapa dan orang2 dibawahnya
a. Nafkah buat isteri dan anak = diberikan pahala oleh Allah
b. Memberi nafkah batin kpd isteri = diberikan pahala oleh Allah
c. Melaksanakan tanggungjawabnya keatas ibubapanya = diberikan pahala oleh Allah
d. Membantu adik/kakak/makciknya = diberikan pahala oleh Allah
e. Mengeratkan hubungan sillaturrahim dgn rakan2 ibubapanya = diberikan pahala oleh Allah
Saat suami melakukan kerja rumah
a. Menyediakan makanan buat isteri dan anak = diberikan pahala oleh Allah
b. Membantu mengemas rumah = diberikan pahala oleh Allah
c. Menguruskan hal ehwal rumah = diberikan pahala oleh Allah
Saat lelaki/suami melakukan kerja2 kemasyarakatan
d. Menghubungkan sillaturrahim = diberikan pahala oleh Allah
e. Membantu menyelesaikan masalah org lain = diberikan pahala oleh Allah
Saat suami menjadi imam
a. Pahala sebagai imam yakni pemimpin
b. Mengajak isteri dan anak2 solat = diberikan pahala oleh Allah
c. Mengetuai bacaan doa = diberikan pahala oleh Allah
Untungnya suami/lelaki yang menjaga amanah Allah, banyak betul pahala tersedia utk mereka.
Lately, kehadiran makcik bawang telah memberikan suatu sudut pandangan yang sgt negative kepada wanita yang mahu menjadi wanita/isteri solehah. Bagi saya, saya sedar mereka bukan nak membantu kita sebagai wanita/isteri meraih lebih banyak pahala dari suami dan melaksanakan tanggungjawab sbgi isteri dan ibu, malah dengan kehadiran makcik-makcik bawang ni membawa kita semakin jauh dari perkara yang boleh mendatangkan pahala yang banyak kepada kita, sepertimana ibu-ibu kita dan wanita dahulu lakukan.
Antaranya ialah;
a. Mempertikaikan tanggungjawab yang sudah menjadi uruf (tidak bertentangan dgn Agama pun) cthnya isteri memasak utk suami dan anak, dengan berkata wanita tak perlu memasak, kemas rumah, itu sebenarnya itu tanggungjawab suami.
b. Mempertikaikan tanggungjawab mendidik anak2, iaitu hanya suamilah yang wajib mendidik anak, isteri hanya perlu melayan suami sahaja
c. Tugas isteri hanya melayan suami dibiliksahaja tidak perlu buat perkara lain.
dan lain2…..
Saya pun hampir terjebak dgn dakyah dari makcik-makcik bawang. Sehinggalah saya terbaca ulasan dari PU Rahmat Ikhsan
Petikan dari beliau
“Akhir-akhir ini sering kedengaran sebahagian ustaz-ustaz popular yang mengatakan bahawa isteri tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab di rumah melainkan bersolek dan mengandungkan anak, tugas kerja rumah ditanggung oleh suami dan bukan isteri, alasannya tiada dalil yang menyatakan bahawa isteri bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja rumah.
Tiadanya dalil (nas) secara spesifik atas sesuatu perkara tidak bermakna sesuatu perkara itu boleh ditolak, kerana para ulama’ juga menggunakan dalil akal, uruf, selain daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Tidaklah munasabah, bertentangan dengan common sense, isteri duduk diam tanpa apa-apa kerja di rumah sedang suami bertungkus lumus mencari nafkah di luar dan bila balik pula suami juga perlu menyiapkan makanan, menyuci pakaian, jika tidak mampu maka suami perlu menyediakan khadam bagi isterinya. Pandangan ini adalah pandangan yang ekstrim, melampau, kerana terlalu literal dan tidak menggunakan akal fikiran dalam memahami ajaran Islam. Uruf juga menuntut agar isteri melakukan kerja-kerja rumah sebagai usaha meringankan beban suami di luar, jika isteri tidak melaksanakan tanggungjawabnya maka ia akan menggundang kemarahan suami, dan mentaati suami adalah suatu kewajipan dalam Islam.
Sememangnya Rasulullah saw membasuh pakaiannya sendiri, menguli roti yang dimakannya, tetapi itu adalah untuk meringankan beban isterinya, dan kemuliaan peribadinya yang tidak suka menyusahkan orang lain. Ia tidak sama sekali bermakna isteri tidak memiliki apa-apa tugas di rumah. Mengapa tidak diambil kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah yang mengadu sakit-sakit badan kerana banyak kerja rumah yang dilakukannya seraya meminta kepada Rasulullah agar diberikan seorang khadam, namun jawapan Rasulullah malah menyuruh Fatimah ra agar bersabar dan membanyakkan berzikir agar semua kepenatan itu diberi ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.” – PU Rahmat Ikhsan
Ia membuatkan saya terfikir semula….
Dah kalau suami buat semua, apa pula sumber Pahala kita sebagai wanita dan isteri? Kalau sekadar membantu, boleh jadi apa yang kita bantu itu sangat sedikit utk meraih syurga Allah yang sungguh mahal harganya. Ya, Syurga Allah itu sangat mahal. lihat sahaja pengorbanan Saidatina khadijah, Saidatina Aisyah, Asiah, Sumayyah …dll
Saya tahu ada sebahagian dari perkara diatas yang kita sebagai wanita/isteri boleh lakukan. Tapi tetap tidak akan menyamai pahala seperti suami/lelaki yang tetap memberi nafkah kepada kita dan anak setiap bulan dan setiap tahun sehingga kita mati, suami rajin solat berjemaah di masjid, membantu masyarakat, membantu adik beradik keluarganya dan keluarga isterinya semua itu diganjari pahala yg sgt besar buat suami kita.
Besar pahala utk kita sbgi ibu yang mengandung dan melahirkan anak2. Kita akan diberikan pahala dan diampunkan oleh Allah dosa kita ibarat bayi yg baru dilahirkan. Tapi setakat mana pahala kita itu? Setakat mana dosa kita diampunkan? Katakan kita hanya dikurniakan anak 3 orang. Kita mendidik dan menjaga mereka sehingga mereka akil baligh dan dewasa, mereka berkahwin, bekerja dan mereka sudah mampu menguruskan keluarga mereka. So, what then?
Kita sebagai isteri/wanita berehat je ke?
Apa tugas kita lagi?
Apa lagi punca Pahala kita sbgi wanita/isteri?
Dimanakah lubuk Pahala kita lagi utk masuk Syurga?
Pada suatu pagi, ketika saya sedang menyiapkan sarapan pagi untuk keluarga. Kuliah yang saya dengar di TV ketika itu bertajuk ‘Suami lubuk Pahala Isteri’ diikuti dengan kuliah2 Agama yang lain. Dari situ saya dapat banyak pedoman, kesimpulan dan pengajaran betapa Allah menjadikan suami kita sebagai lubuk pahala buat kita sebagia isteri/ibu.
1. Jangan ungkit kebaikan yang kita berikan kepada suami & anak2 kita.
2. Jangan halang suami kita untuk buat baik pada mak ayahnya kerana itu tanggungjawabnya.
3. Taati suami selagi mana ia tidak bertentangan dgn syarak.
4. Berlumba2 melakukan kebaikan kepada suami dan keluarga.
5. Tunaikan hak-hak suami krn walaupun kita sebagai wanita sering tuntut hak kita dari suami, kita lupa nasihat saidatina Aisyah kpd wanita2
“ Wahai wanita(isteri-isteri) , jika kamu tahu (sebetul-betul) Hak-hak suamimu keatasmu, nescaya kamu akan membersihakn debu dikakinya(suamimu) dgn menggunakan pipimu”
Saya amati kata2 ini, sungguh besar dan mendalam nasihat Saidatina Aisyah ni kepada kita para wanita/isteri.
6. Tanggungjawab isteri kepada suami tidak gugur meskipun suami tidak menjalankan perintah Allah. Sebab perintah mentaati suami dtg dari Allah, bukan dari suami.
7. Suami yang tidak menjalankan amanahnya akan brdosa dan disoal dihadapan Allah. Kita yang tidak mentaati suami juga akan berdosa dan disoal dihadapan Allah.
8. Ada dosa2 kita lakukan tanpa sedar, cth; selalunya kita sebagai isteri selalu minta suami memujuk kita bila hati kita terguris. Tapi kita lupa, suami juga manusia biasa yang juga akan terguris hatinya kita juga perlu minta maaf. Rasa berdosa dgt, sbb kadang-kadang saya tak hiraukan yang ini.
9. Saya baru tahu sebenarnya Isteri yang tidur tanpa kebenaran suami yg pada ketika itu suaminya berkehendak keatasnya dibenci oleh Allah dan Malaikat.
10. Menjaga Amanah suami kita, seperti masak masakan jangan berlebihan, tidak membenarkan org yg tidak disukai oleh suami kita masuk kedalam rumah, menjaga harta suami.
11. Bersolek untuk suami juga merupakan hak suami keatas kita sebagai isteri. Perkara ni pun saya banyak dosa, sebab saya bersolek lebih cantik bila keluar dari rumah utk kelihatan cantik pd mata org lain, tapi bila dgn suami saya biasa2 je.
12. Suami boleh merotan sedikit kaki kita, kalau kita enggan bersolek utuk suami kita, ini pun saya baru tahu
13. Sesuatu yang telah menjadi uruf itu tidak salah dlm Islam, sepertimana suami belikan bahan makanan dan isteri memasak utk suami dan anak2, atau suami bantu membantu kita masak didapur. Memasak utk keluarga ni sebenarnya menambah rasa kasih syg seorg suami dan anak2 kepada isteri/ibu. Masakan ibu la katakan. Saya suka memasak untuk keluarga saya.
14. Saya selalu fikir, menyenangkan hati suami tu bila dalam bilik je, tpi hakikatnya menyenangkan hati suami tu luas maksudnya.
15. Mendidik anak2 adalah tanggungjawab bersama.
16. Bagaimana kita sebagai isteri nk dapat pahala jihad sepetimana suami kita berjihad diluar kalau kita kat rumah hanya layan FB, duduk rehat sahaja, atau tidak mentaati Allah, suami dan menjaga amanah suami kita.
Sebenarnya kalau difikirkan kita sebagai isteri/wanita yang lebih sukar utk mencari pahala yang konsisten jika nak dibandingkan dgn perkara2 dan perintah2 yang Allah telah susunkan utk lelaki/suami yang mana walaupun banyak tapi telah tersedia pahala utk mereka. Lebih general/fleksibel sebenarnya lebih sukar utk kita cari pahala sebab kadang-kadang tak tahu nk buat yang mana satu.
4 perkara Rasulullah kata yang mana kalau wanita buat, boleh memasuki Syurga dari mana2 pintu;
1. solat fardhu 5 waktu
2. berpuasa di bulan Ramadhan
3. menjaga kehormatan diri
4. mentaati perintah suami
Walaupun hanya 4 jika nak dibandingkan dgn lelaki. Saya selalu tanya pda diri saya;
-Sempurnakah solat 5 waktu aku? (dari sudut bacaan dan perbuatan, menjaga hadas, selepas haid..dll)
-Sempurnakah puasa Ramadan aku? (ganti puasa selalu lambat, last2 minit)
-Sempurnakah aku menjaga kehormatan diriku? (dari aspek pakaian memelihara aurat, menjaga mulut, anggota badan, akhlak, menjaga kehormatan sebagai anak, isteri dan umat Islam)
-Sudahkah aku menjadi isteri yang solehah utk suamiku (tanggungjawab yang sgt besar bagi aku)
Kalau rasa semua tidak sempurna, perkara yang menambah pahala kita lagi ialah dengan berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan pada keluarga.
Mari kita sematkan dalam hati kita apa yang Allah beritahu iaitu ‘fastabiqul khairat’, berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan. Hidup didunia ini hanya sementara, letih yang sementara. Berlumba-lumba merebut Pahala. Sungguh, kehadiran makcik makcik bawang hampir merosakkan jiwa saya untuk jadi isteri yang solehah kepada suami dan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti. Usah pertikaikan tanggungjawab orang lain kalau kita sendiri belum muhasabah diri kita adakah kita sudah jadi isteri yang terbaik untuk suami dan ibu yang terbaik untuk anak-anak kita.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit