Bapak

Bapak

Bila baca confession ‘Pilih kasih dalam diam’, teringat kisah aku dan bapak. Bapak aku ok je, tak pilih kasih. Tapi dia suka marah2. Aku anak bujang perempuan dia. Dok dengan dia bila habis belajar. Mak aku tak tinggal sekali.

Bapak aku ni dulu masa zaman aku kecik2 ok ja. Malah masa aku kecik2, antara mak dan bapak, aku sayang bapak aku lebih. Sebab mak aku pilih kasih terang terangan. Jadi, nak sayang sapa lagikan, mesti la bapak ja.

Bapak aku minta tolong aku macam2. Aku tak kisah yang tu, cuma dia suka marah2. Benda kecik je pun. Bila salah ja kena marah. Bayangkan aku dah 20 an kena marah lagi macam budak sekolah rendah. Geramnya rasa. Tak boleh cakap baik2 ke? Kadang2 bukan salah aku, pun kena marah.

Dengan anak2 yang lain, ok ja. Sebab tak tinggal sekali kot. Diaorg pun pelik tengok aku melawan cakap kadang2. Sebab aku tak macam ni dulu. Diaorg tak tinggal sekali, mana diaorg tau. Aku rasa dia tension sebab sakit. Tapi jangan la lepas kat aku. Ermm..

Walaupun aku ni tak warak, tapi aku tak suka maki org. Tapi sebab tertekan sangat aku dah mula maki2. Aku tak la maki depan2, cuma dalam hati, masa monolog. Malah dalam percakapan pun dah ada makian sekarang ni. Contoh yang aku suka guna anak har**, ba**. Seriously, dulu aku tak macam ni. Sampai la bila kena mentally torture dengan dia.

Benda ni makan dalam tau. Nak lari mana tak tau. Sebab aku mengganggur 2 tahun juga baru dapat kerja. Lepas dah kerja tu, rasa ok la sikit, sebab dah kurang spend time dengan dia.

Apa2 pun kekurangan mak bapak kita, harap kita tak buat benda yang sama dengan anak2 kita nanti. Aku pun dah minta maaf dengan bapak aku sebelum dia meninggal dulu.

Al-fatihah untuk bapak, adik sayang dan rindu bapak.

– Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit