Bayang-Bayang Sepi

Assalamualaikum semua, aku nak mulakan cerita dengan latar belakang aku. Aku seorang anak tunggal perempuan yang berumur 20an. Awal2 lagi aku nak ingatkan yang cerita aku agak tunggang langgang sebab semua benda aku nak cerita dan mungkin akan nampak penulisan aku lebih kearah emosi.

Orang selalu kata nak tulis biar dalam keadaan tenang tapi aku kalau tulis nak masa aku tengah rasa perasaan tu. Sebab tu aku tak kisah kalau ada orang confession macam marah2 sebab aku tahu orang tu stress.

Ok aku mulakan cerita, aku dari kecil sebelum berumur 5 tahun lagi sering ditinggalkan di rumah sendirian. Aku anak tunggal tapi jarang rapat dengan mak ayah aku sebab sibuk dengan kerja dan lain2 hal.

Korang semua mesti tahukan prinsipnya yang ibu bapa yang jarang bersama anak2 dari kecil kesannya anak2 tidak rapat ataupun sering tak sependapat. Itulah kesannya sebab itu ibu bapa kena ambil berat tentang anak2 sampai mereka dah masuk universiti pun supaya sering tahu perkembangan mereka.

Aku dari tadika sampai universiti, ayah aku tak pernah kisah tentang perkembangan aku. Aku tak ada kawan, aku dipulaukan, aku dirotan, aku dihina, aku disisihkan, aku sakit. Semua benda ayah aku tak ambil kisah.

Yang ayah aku kisah bila mak aku kata aku gagal jadi dia akan persalahkan aku macam mana boleh gagal, tak belajar ke tapi bila aku adalah markah bagus sikit atau cemerlang sesuatu benda dia lah yang bangga siap canang dekat orang lain kata dia membantu aku, dia tahu apa yang aku buat dan mcm2 lagi.

Untuk pengetahuan, aku bukanlah seorang yang pandai tapi aku sentiasa berada di dalam kls golongan pandai. Di sekolah rendah hingga universiti mesti ada subjek yang gagal dua tiga setiap tahun dan semester.

Jadi apa yang aku nak bagi tahu ialah aku hidup penuh stress dari sekecil masa tadika sampai sekarang. Aku jadi seorang yang penakut, perisau, banyak fikir, pemarah tapi hakikatnya aku selalu je menangis dan lembut hati bila aku tengok cerita sedih, bila aku dengar masalah orang lain yang menyedihkan tapi sedih aku bukan biasa2 tau, aku akan menangis yang sungguh2 menangis teresak2 walaupun bukan masalah aku.

Maknanya aku cakap je macam kasar, rentak macam marah, muka nampak sombong tapi bila aku sorang2 aku banyak nangis. Aku fikir masalah aku, aku fikir masalah orang lain hampir setiap benda tapi semua orang tak tahu yang aku macam ni sbb luaran aku orang kenal aku sebagai sombong.

Aku nak bagi tahu korang yang aku ni bila dengan orang lain nampak baik (aku bukan pura2 tau) tapi bila balik rumah aku akan marah2 sebab nak luahkan apa yang terbuku dekat hati aku. Aku jenis yang bila bercerita penuh emosi, bila aku geram dengan orang yang aku ceritakan tu aku akan nada marah, bila aku stress sangat aku termenangis.

Cumanya aku cuma cerita dekat mak aku sebab macam yang aku bg tahu ayah aku tak nak kisah langsung tentang perkembangan aku. Tapi bila ayah aku dengar atau terdengar aku marah2 atau aku menangis, mak aku atau aku yang akan dipersalahkan. Ibarat korang faham tak konsep gosip kan?

Terdengar sebahagian cerita tak dengar kesuluruhan terus anggap itu yang sebenarnya. Macam tulah sikap ayah aku dan semua orang yang kenal aku kecuali mak aku sebabnya mak aku yang tahu kesusahan aku dari awal macam mana. Orang lain semua jenis makcik bawang termasuk ayah aku.

Ayah aku ni jenis cerewet, hipokrit, semua benda nak ambil mudah, hanya positif dengan kawan2 dia tapi negatif dengan isteri dengan anak dia sendiri. Apa2 benda dia tak nak tolong, berlagak sungguh tapi hari ni atau sesekali bila ayah aku marah aku, aku akan jadi terasa sebabnya benda yang dia marah tu pun salah yang menunjukkan dia tak pernah tahu tentang aku langsung.

Ini apa yang ayah aku marah dekat aku “aku ni hari2 marah, hari2 negatif, semua benda nak buat marah, dia cakap selama ni dia tahan je” masalahnya dia tak sedar antara sebab yang aku marah tu sebab dialah juga. Ayah aku yang seorang pentingkan kawan dan persatuan, selalu aktif tapi tak pernah nak membantu.

Contohnya menguruskan aku masa kecil, membantu aku pelajaran, jaga mak dan aku bila sakit. Ayah aku ni jarang sakit macam firaun tu bila jarang sakit dia tak tahu masalah orang lain. Yang dia tahu meminta, mendesak dan sangat suka marah orang iaitu ibu aku tapi kenapa dia cakap yang aku suka marah sedangkan masalah dia tak seberat masalah aku.

Ramai orang suka ayah aku sebab ayah aku pandai cakap dan pandai ambil hati orang lain. Semua orang cakap untuk dapat ayah macam tu tapi dia baik dengan orang lain je.

Katakanlah aku pemarah pun bukan sebab aku suka2 tapi keadaan yang buat aku macam tu. Korang tahan ke hari2 kena pulau, kena hina, stress belajar nak bagi lulus lagi dengan aku yang sakit ni sampai aku pucat kadang2 badan menggigil, sakit lutut, sakit belakang, sakit kepala. Tapi apa yang orang nampak salah aku dan kelemahan aku dari segi fizikal dan mental. Semua asyik nak tuju aku kecam aku.

Kadang2 aku rasa tak ada tujuan hidup ni. Bila aku buat kerja tolong orang tak ada sorang pun nampak. Tapi bila aku pada masa tu tengah marah atau nampak tak menolong terus ada suara2 sumbang mengata aku. Aku ni apa sebenarnya bayang2 ke?

Dulu aku pernah menulis dkt sini tapi pasal aku cakap aku ada mental disorder habis semua kecam aku kata aku pandai2 diagnose sendiri. Yelah dulu aku terlupa nak tulis aku punya keputusan dass jadi sekarang aku nak sertakan sekali keputusan dass aku tu. Dass tu ada normal, mild, moderate, severe dengan extreme severe. Walaupun aku belum tahap extreme severe tapi tetap aku tertekan.

Dass

Depression – moderate

Anxiety – severe

Stress – moderate

Selalu kadang2 akan ada orang kecam atau tanya kata confession tak lengkap. Kadang2 kami confess tak lengkap sebab kami tak nak orang lain yang kami kenal tu tahu ataupun terlampau banyak nak diluah sampai tak terluah. Aku harap bagi sesiapa yang berpangkat ayah silalah ambil berat tentang anak dan isteri. Bagi kawan2, jiran dan semua manusia sila jangan suka mengecam, jadi batu api, suka hina orang lain.

Aku tahu kenapa ayah aku marah aku hari ni sebab dia nak masuk larian tapi dia terpaksa ambil baju dia lambat sebab nak ambil aku yang ada program jadi masa dia lari. Tulah contoh perangai ayah aku baju, benda yang dia nak atau kawan dia lagi penting dari aku dari dulu, kini dan selamanya.

Kalau dia nak makan dia marah tapi kalau mak dan aku sakit tak makan dia biarkan je sampai kami mati. Bila dia dah makan tapi mak aku ajak makan dia sombong kata dah makan. Ataupun dia dah makan dekat luar tapi kami dekat rumah tak makan sebab sakit dia biarkan je tapi kalau dia tak makan lagi sibuklah mak dan aku kesiankan dia.

Aku juga ada kawan yang paling aku rapat tapi jenis batu api. Bila aku buat sesuatu semua salah, aku nak tanya orang nanti dia cakap ehh jangan orang tak suka aku tanya2, bila aku tak tanya dia kata orang tak suka aku sombong, bila aku nak pergi mana2 dia cakap jangan menghilangkan diri nanti orang marah tapi semua yang aku buat salah tapi semua yang dia buat betul je.

Bila orang yang dia suka buat elok je dia ikut takde pun komplen atau halang macam2. Asyik2 aku je kena. Dengan semua orang aku kena macam tu. Aku ni orang terbuang. Aku antara orang yang berperang dengan emosi sendiri dan nak jaga hati orang walaupun luaran cuma sombong dan marah je yang terlihat.

Macam aku cakap tadi tulisan aku tunggang langgang sebab aku tengah beremosi nanti bila dah tenang takdelah pulak ceritanya jadi aku luahkan dulu sebab aku dari dulu sampai sekarang bukan jenis yang pandai nak meluahkan, aku akan pendam je sebab aku tahu orang tak nak dengar. Kelebihan kita dicemburui tapi kekurangan kita dipergunakan.

– Si bayang-bayang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *