Assalammualaikum w.b.t..
hai admin, thanks kalau admin sudi publishkan luahan hati aku ni. okay, so i’ll just go straight to the point. korang yang suka bawa kawan dari bilik lain untuk datang bersembang di compartment korang tu, please laa have a common sense sikit. tau kan yg compartment kita ni dipisahkan oleh papan nipis je, tu pon tak tutup sampai atas pon, so bila korang seronok dok bergosip tu, aku yg tak terlibat ni boleh dengar words by words apa yg korang gossipkan tu. even kalau korang guna nada biasa2 tu pon orang boleh still dengar perbualan korang, apatah lagi kalau korang bersembang menggunakan nada seperti bilik ini engkau yang punya *baca dalam nada ahmad albab*
aku bukan nak larang korang bersembang, bergosip mahupun menjemput kawan2 korang ke bilik. aku faham, mungkin korang ada kekangan tertentu yg membuatkan korang tak dapat stay satu bilik dengan kawan-kawan korang. no, boleh je korang nak jemput dia tidur kat compartment kau sampai grad pon boleh. TAPI,,, be considerate la sister, orang lain pon ada juga dalam bilik tu. entah2 roomate korang tu tengah struggle nak baca notes for midterm ke, tengah penat sangat n just want to have a peaceful rest ke. tup tup kena dengar sembang kosong korang dengan kawan tu. stress tahu tak.
ohh, aku tau mesti ada yg akan cakap, pergi jelah tegur depan2, xguna kau tulis kat sini bukan dia baca. korang kena tahu, tak semua orang ada keberanian untuk menegur secara direct lebih-lebih lagi sesama sister, sister2 ni dia cepat koyak sikit. aku tahu lah sebab aku pon dilahirkan sebagai wanita yg fitrahnya memang mudah terkesot. kita nak share bilik dgn roomate tu bukan seminggu dua, setahun kot. so aku kalau boleh xnak la ada perselisihan dengan roomate, dahla kitorang ni memang tak rapat. and lagi satu, aku luah kat sini sbb nak bagi reminder kat orang lain, tolong lah jangan buat macam apa yg aku state kat atas ni. nak cakap, sembang, on call, dengar lagu atau tengok movie (ni pon isu roomate aku juga tp aku xnak ulas pasal ni sbb nanti lagi panjang), boleh tapi consider la org sebelah yg ni. kami tak perlukan telinga kuali pun untuk dengar bunyi-bunyi tu sbb dah mmg kita duduk sebelah2 je. tu jelah setakat ni.
wasalam.
p/s : ni sambil aku taip pon diorang dok syok sembang2 lagi, i cannot focus that i almost type their conversation here.
– SIS BERHARAP
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit