Beban Seorang Guru

Assalammualaikum pembaca semua. Ayahku seorang guru berumur 50-an. Dia kelulusan maktab perguruan sahaja, jadi sekarang ni walaupun umur dah nak dekat pencen pun cuma gred DG38.

Ayahku mempunyai bakat melukis. Jadi kebiasaannya dia selalu dilantik menjadi ketua panitia keceriaan sekolah.

Dari kecil lagi aku selalu tengok,dia akan melukis mural di sekolah yang dia bekerja. Walaupun tak dibayar upah, ayahku berasa seronok kerana dia merasakan itu adalah tanggungjawab dia sebagai seorang guru.

Namun sekarang ayah sudah tua, keringat dia dah tak macam dulu. Nak melukis mural bukannya mudah. Kena panjat tangga besi lepas tu setiap kali lukis nak kena angkut tangga tu ke hulu ke hilir. Kami sekeluarga kadang-kadang diajak untuk tolong ayah.

Tolong angkat tin-tin cat dan berus-berus ke tapak nak melukis mural. Jadi setiap kali kami melihat ayah melukis mural, kami kasihan dan risau takut apa-apa jadi pada ayah. Sudahla ayah “breadmaker” dalam keluarga kami.

Tapi aku perhatikan setiap kali ayah habis melukis mural, guru besar akan menyuruh dia buat tugasan yang lain pula seperti buat mini kolam yang ada titi kayu berbuat dari simen.

Bukan senang nak buat, ayah bukan kerja construction. Tapi kena bancuh simen, kena buat acuan titi, dah siap kena sapu cat dekat titi.

Lepas tu kena lukis air terjun. Beli pam pasang dengan elektrik untuk hidupkan air terjun mini tu. semua dari A sampai Z kena buat sendiri. Sebab kalau mintak pertolongan cikgu lain, diorang akan jawab tak tahu walaupun gred DG tinggi lagi daripada dia.

Setiap kali mintak tolong walaupun benda remeh pun cakap tak tahu. Dah ayah tahu kan, kena tindas lah. Orang lain senang kan cakap tak tahu jadi tak payahla nak susah payah buat kan. Tapi gaji tinggi dari ayah yang serba tahu ni.

Ayah sampai tahap kena cari batu kerikil dengan mak. Diorang cari batu kerikil dan daun-daun hutan di bawah lebuh raya. Bawak balik ke sekolah kemudian susun pulak ikut kreativiti nak mewujudkan suasana kolam.

Hasilnya jangan cakaplah, dengan air terjun nya mencurah-curah air. Pemandangan lukisan gunung-gunung belakang. Pendek kata sejuklah mata yang memandang.

Cikgu-cikgu yang lalu-lalang di tepi koridor pun akan puji-puji ayah. “Pandainya cikgu melukis, buat mini kolam”. “ Seronoknya kita dapat cikgu macam cikgu E”..

Guru besar pun bangga la bila sekolahnya dicalonkan sekolah terbaik yang sebelum ni sekolah tu tak dapat apa-apa penghargaan pun. Dahla ayah tak mintak sesen pun dari kudrat yang dia curahkan. Cukuplah dihargai oleh warga sekolah.

Namun apabila disuruh lagi, ada lagi ruang-ruang yang belum dicat, dikerahkan lagi lah kudrat si tua ni. Bayangkan sampai lantai sekolah pun suruh cat jadikan macam lukisan 3D macam muzium-muzium 3D tu.

Ayah balik-balik lempiaskan marah la kepada keluarga,sebab tension. Walaupun dia buat kerja-kerja keceriaan tu semua, kelas-kelas yang dia disuruh ajar tetap kena ajar. Kalau ada kelas tambahan, ayah kena kerah jugak. Sedangkan ayah dah buat kerja-kerja membuat mural tu.

Kadang-kadang lepas dia dah susun-susuan cat untuk mural yang mengambil masa selama lebih kurang 30 minit (sebab angkut cat dari stor jauh nak ke tempat mural seorang diri) tiba-tiba, dapat notis kena “relieve” kelas yang cikgu lain tak datang.

Oh ya lupa nak bagitahu. Ayah bukan jenis suka ambil cuti sakit. Dia kalau sakit teruk pun mata sampai bengkak pun, kadang kaki pulak gout, tetap pergi sekolah walaupun kena pakai selipar.

Ayah seorang yang berdedikasi dan dia rasa duit gajinya itu perlulah seiring dengan tugas yang dipikul. Dia pernah balik dari Melaka(hantar aku study) terus ke Kedah. Tak tidur langsung, semalaman drive, paginya terus ke sekolah mengajar.

Jadi dari situ pun korang boleh agak kan sikap ayah aku macam mana. Dia sangat bertanggungjawab dan tak pernah seumur hidup dia sejak dah sampai umur 50-an ni ambil cuti MC.

Tapi yang sedihnya, walaupun ayah dah beri sepenuh bakti dekat sekolah pun, ada sahaja yang mengumpatnya di belakang. Tapi yang tu tak kesahlah.

Ayah kecewa bila guru besar mintak buat lebih banyak lagi di dinding-dinding kosong. Sampai tahap dinding tandas pun kena cat mural. Letak pokok-pokok pasu di luar.

Kemonlah, tempat nak buang najis je pun, buat apa nak ada keceriaan kat situ. Ohh dah sebab free of charge kan, siapa tak mau?

Bila ayah dah rasa macam dipergunakan, lagipun dengan kudrat pun dah lemah, ayah tak memenuhi permintaan guru besar. Akhirnya perasaan tak puas hati menyebabkan ayah ditukar di sekolah lain pulak. Habis madu sepah dibuang.

Di sekolah baru, sebab ayah terkenal sebagai seorang pelukis, jadi ayah terus-terus dimintak melukis mural di sekolah baru.

Sudahla sekolahnya tu sekolah yang baru dibina, jadi memangla dinding kosong banyak. Ayah pun terpaksalah akur kerana baru berpindah, mestilah kena tunjukkan prestasi yang bagus.

Seperti biasa lah ditugaskan mengecat mural. Ayah akan ambil masa weekend untuk lukis mural sebab hari biasa ada kelas.

Pekerjanya adalah kami ahli keluarganya. Kami cuma tolong angkat-angkat cat dan bersihkan dinding sahaja. Korang tahu sajalah kan dinding sekolah bukannya kecik. Ayah kata sepatutnya la kalau pelukis mural dinding sebesar ni, bayarannya boleh cecah RM10,000 tau.

Tapi ayah tak mengharapkan duit, ayah cuma mahu dihargai je. Bila buat kerja time weekend, cikgu-cikgu lain takkan nampak kesusahan ayah, yang diorang tahu pergi je sekolah nampak siap je.

Padahal ayah mengecat dari pagi sampai malam dengan kami sekeluarga tau! Tolonglah hargai ayah, jaga hati dia. Aku rasa lah bila orang ada bakat ni akan selalu dipergunakan lah oleh orang lain.

Bayangkan ayah tengah ditugaskan lukis mural di dinding besar, tiba-tiba ada cikgu lain mintak ayah buat keceriaan dekat kelas dia pulak. Sudahla kelas yang ayah kena ajar, tetap kena ajar.

Jenuhlah kudrat seorang lelaki yang sudah berumur nak buat kerja-kerja ni. Bila ayah tolak permintaan dari cikgu tu,mulalah nama ayah dah buruk dimata cikgu-cikgu lain.

Akhirnya sejarah berulang kembali. Ayah tak disukai oleh semua warga sekolah walaupun setelah tenaga dan kudratnya dicurahkan habis-habisan untuk kecerian sekolah.

Akhirnya dipindahkan lagi ke sekolah lain. Makin jauh dari rumah kami. Bayangkanlah dalam setahun, dua kali ditukar sekolah. Tahun depan nya pulak ditukar lagi.

Pernah terjadi ayah ditukar last minute pada hari guru pulak tu, sedangkan hari itu merupakan hari penyampaian hadiah untuk guru-guru. Ada anak murid yang nak beri hadiah pada ayah tapi tak sempat. Hari itu jugak ayah ditukarkan, bayangkan….

Disebabkan terlalu kecewa dan sakit hati,hadiah dari guru-guru lain pun ayah taknak ambil. Pernah kami lintas di hadapan sekolah yang awal-awal ayah cat mural dan buat kolam tu.

Terkejut kami tengok, sekolahnya dicatkan habis semua dengan satu warna untuk tutup semua lukisan-lukisan mural yang ayah lukis dengan titik peluhnya sendiri. Rasa tak berbaloi langsung kudrat yang telah dicurahkan tu.

Betapa ayah seorang yang serba boleh ni, sampaikan rumah yang kami diami ni pon hasil titik peluh ayah sendiri tau.

Ayah susun batu bata satu persatu sampailah siap sebuah rumah besar ni. Dari kami kecil lagi, kami tolong angkut batu bata. Ayah pasang bumbung, syiling, sampai ke pasang tile rumah.

Semua ayah buat sendiri. Kami bersyukur dikurniakan seorang ayah yang serba boleh ni. Cumanya kami kesal kerana ayah dikerah habis-habisan dengan bakat yang dia ada itu di tempat kerjanya.

Sekarang ni ayah dapat sekolah yang jauh 18.4 km dari rumah. Ayah pulak terpaksa hantar adik saya yang OKU Pendidikan khas ke sekolah lain.

Jarak antara dua sekolah tu pulak jauh. Bila datang lewat, cikgu lain cop ayah pemalas. Tiap-tiap hari ayah bergegas ke sana ke sini (suara Muhyidin).

Di sekolah baru ni rasanya ayah dah give up dah tak mahu mengecat apa pun lagi. Nak kata apa pun katalah ayah dah tak kisah lagi. Bagi dia, tugasnya hanya mengajar sahaja di sekolah.

Baiklah itu sahaja luahan dari seorang anak cikgu. Doakanlah supaya ayah saya tidak ditindas dan diperlecehkan di tempat kerja lagi. Ataupun doakanlah supaya ayah tabah dengan dugaan yang ditimpanya.

Akhir kata maaflah sekiranya ada menyakiti hati sesiapa.

– Anak Ayah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *