Bekas Pelajar Praktikal Yang Trauma

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku Diana. Berumur 22 tahun. Seorang pelajar degree yang sedang mengambil study leave. Aku tergerak hati nak cerita pengalaman aku ni lepas baca satu confession baru2 ni tentang praktikal. Baiklah, tanpa membuang masa, aku mulakan cerita aku.

Dulu, aku pernah praktikal kat satu company kecil yang bertempat di KL masa nak tamatkan diploma. Tempoh praktikal aku kat situ tak lama, 2 bulan je. Dari hujung 2016, hingga awal 2017. Tapi rasa mcm lama sangat. Sebab mental aku betul2 terseksa. Company tu berkonsepkan spa la lebih kurang, tp aku bekerja sebagai admin assistant. Jadi, kerja2 mcm buat facial, manicure, semua aku tak berapa terlibat. Kadang2 je aku akan terlibat bila memerlukan lebih tenaga kerja. Oh lupa nak cakap, aku ambil kos Office Management masa diploma.

Masa aku mula2 masuk praktikal kat situ, serious aku pelik. Sebab apa? Pekerjanya cuma seorang. Sedangkan ruang tmpt utk bekerja banyak. Pekerja tadi tu aku namakan dia sebagai Mary. Mary ni orang asli. Dia tak ada agama. Dia diambil bekerja kat situ melalui satu program yg dijalankan oleh company ni tadi bersama persatuan yang dikendalikan di tempat tinggal Mary, JAKOA. JAKOA ni stands for Jabatan Kemajuan Orang Asli. Ok sambung cerita. Masa dtg interview sebelum tu, aku pun ok je lah walau pelik pekerjanya cuma seorang. Sebab tak ramai pekerja ni kan, tenang sikit rasa. Tak ada serabut2. So aku tak kisah sangat. Masa aku datang utk interview sebelum diterima jadi budak praktikal kat situ pun, aku rasa mcm ada aura negatif. Bukan apa, muka Mary ni tadi masam and ketat je. Mcm stress sangat je, haha. Oh ya, company ni tadi dia bertempat kat lot2 kedai tau. Dia kecik je, kat tingkat dua. Belah2 bawah tu mcm biasa la, ada kedai2. So kena naik tangga la utk masuk ke dlm office tu. Taktau la nak panggil office ke tak. Kedai kot? Entah, mana2 jelah kan. So total staff yg ada kat office tu cuma 3 orang. Aku, Mary, dan bos. Meja utk bekerja yang dah tersedia ada dlm 5. One more thing, company tu bukanlah company yang tak berdaftar ke apa ya. Sebab setahu aku, company ni agak aktif jugak penglibatannya dgn program2 luar. Banyak kolaborasi bersama company MARA.

Masa datang interview, bos nampak sangat baik. Pada pandangan aku la. Aku nafikan sekeras kerasnya kata2 akak2 senior aku masa tu yang mengatakan bos ni cerewet and takda toleransi. Sbb masa tu aku nampak dia mcm seorang yang cool je. Akak2 senior aku tu tadi pernah praktikal kat situ jugak dlm tahun yg sama. Hampir tiap hari dengar dorang complain tak tahan dengan tempat tu. Ok lah, aku pun diterima masuk praktikal dengan begitu senang sekali. Mungkin betul2 desperate memerlukan pembantu di situ pada masa tu kan. So ok. Cerita pun bermula!

Mula2 masuk kerja, aku baru dapat tahu rupa rupanya anak perempuan kpd bos pun kerja kat situ jugak. Tapi jarang masuk office, sebab dia ada job luar. Mcm makeup2 orang, handle event2 tertentu. Tapi yang tak bestnya, hari first aku masuk situ, anak beranak ni dah bertekak sesama sendiri. Terjerit2 dari tempat duduk masing2. Yang bos ni dia duduk dalam satu bilik kecik kat office tu. Bilik bos la kiranya. Gaduh pasal apa, aku tak ingat. Yang Mary ni pulak mcm senyap je, dah biasa gamaknya. Anak dia ni aku namakan Cik Erin la eh. Cik Erin ni tak lama pun kat situ. Bila dia datang kejap2 kat office utk uruskan hal pun, selalu sangat lah bergaduh dengan maknya tu. Tak segan ke dengan aku and Mary? Tapi kemuncaknya pd satu hari ni, dorang bertekak teruk kat office tu. Lepas dari tu, ada dalam seminggu dua la Cik Erin ni tak masuk kerja. And then satu hari ni, Cik Erin datang. Guess what? Dia bawak sorang perempuan, tolong angkat kotak banyak2. Rupa rupanya Cik Erin ni nak berambus dari situ. Tak tahan dgn perangai maknya la kot. Segala barang2 dia kat ruang kerja dia angkut, barang2 spa dia pun dia ambil semula. Masa Cik Erin ni kemas barang2 dia pun, bos ni duduk je dalam bilik. Dia tahu anak dia ada kat luar tu, tapi dia buat bodoh. Tak lama lepas tu, dapat tahu Cik Erin ni bukak pusat spa kecantikan sendiri. Mcm berpecah la dengan mak dia ni. Haha. So lepas dr tu, tinggal lah aku dengan Mary berdua.

Bos aku tu, aku taktahu la dia ni mmg jenis cerewet dari muda atau faktor usia yang buat dia jadi mcm tu. Umur dia masa aku kat situ 47 tahun. Kata Mary, dia tu bekas Datin. Dah bercerai. Muka boleh tahan, bagi orang yang berumur mcm dia. Body mmg cantik dan terjaga. Jenis yang menjaga penampilan. Kalau jalan dengan dia, ramai jgk mata2 yang memerhati dia. Lenggok dia berjalan, semuanya mempesonakan la. Eh apa aku merepek ni. Aduh. Haha ok sambung balik.

Aku start stress masa masuk minggu kedua aku bekerja kot. Dah nama budak praktikal, mesti la banyak buat kesalahan kan. Tapi NO, dia expect aku tahu semua benda. Bagi dia, aku belajar 3 tahun tentang office management, so aku sepatutnya dah ada ilmu yang secukupnya untuk dipraktikkan kat office dia tu. Guys, itu kali pertama aku bekerja tau. So what do u expect? Tiga minggu pertama aku bekerja, aku hadapi insomnia. Tapi yg betul2 kronik masa seminggu lebih pertama, aku tak boleh tidur LANGSUNG. Imagine mcm mana barainya aku pergi kerja. Dengan kena mental- torture lagi. Aku dipaksa buat benda yang aku tak boleh. Kalau aku cakap aku tak boleh buat aku akan dimaki cukup2. Cup2, lupa nak cakap. Mary ni kerja dia mcm kena bancuh2 air untuk bos, kena kemas2 office, kena isi2 data kat komputer sikit2. Sebab Mary ni tak ada kelulusan. So dia agak kurang dari segi IT. Tapi kerja2 kemas office mcm cuci toilet apa semua tu, bukan Mary sorang kena buat k. Aku pun kena. Hari2 pulak tu. Ok takpe, ni aku cerita nanti. Sorry asyik terkeluar tajuk, aku geram sangat. Hahaha banyak benda pulak aku terimbas semula. So jadi tak menyabor nak cerita. Harap faham :’)

Mcm ni. Bila aku taktau sesuatu benda, aku pergi bilik dia, tanya. Aku rasa tak salah bertanya. Sebab itu pun proses nak belajar jugak kan? Bila aku tanya, mmg dia akan jawab. Tapi kau kena siap sedia, dia akan bagi kau pakej hinaan sekali. Antara contoh yang aku ingat, “awak ni, takkan benda mcm ni pun awk taktahu, awak belajar kat mana dulu” , “awak ni sikit2 taktahu, awak mmg tak boleh pergi jauh” , “mcm mana awak nak bekerja kalau mcm ni sikap awak, awk tahu tak company sekarang tak perlukan orang mcm awak”, “pelajar praktikal sy yang dulu2, sy tak payah terangkan apa2, dorang dah tahu mcm mana nak buat, siap datang bilik sy untuk mintak tugasan lagi”, “awk sangat lemah”, “tak guna awk dapat dekan tiap2 sem dekat tempat belajar kalau kerja praktikal awk gagal”, dan banyak lagi. Tapi aku betul2 tak ingat. Dan aku taknak ingat pun kalau boleh. Ayat yang paling kerap dia cakap; pelajar praktikal dia sebelum aku semua bagus2, tahu mcm mana taste dia, tak perlu terangkan apa2 dah tahu nak buat mcm mana. Siap bagi idea lagi. Masalahnya, pelajar praktikal dia yang sebelum2 ni adalah senior2 aku, dan dia taktahu pun tu. Ha yelah, bagus la sangat, budak2 tu sampai menangis2 bila balik rumah sebab kena buli dengan dia. Cerewet sangat. Sampai orang naik pening.

Tu belum bab dia suruh aku buat PowerPoint slides untuk dia bawak pergi mana2 program. Kalau 10 kali dia suruh aku buat slides, 10 kali la aku kemurungan. Ibaratnya mcm tu la. Bayangkan. Aku dah siap2 apa semua. Tunjuk la kat dia bagi dia check. Dia kata dia taknak warna sekian2, sila tukar warna sekian2 ni pulak. Aku pun pergi la tukar. Bila dah tukar, aku rasa dah cukup ok la tu. Menepati citarasa dia yang dia huraikan tadi. Jadi dengan yakin la aku pergi tunjuk. Sekali dia tanya aku balik. Eh sapa suruh awak buat warna sekian2? Tak cantik la. Sy taknak warna ni la. Sy nak warna lain. Dan perkara tu berulang2 selama lebih 5 kali bagi setiap tugasan buat slides. I swear to God. Dia suruh aku buat something, then dia lupa. Dia lupa atau dia tak berkenan dengan apa yang dia arahkan, dia salahkan aku balik. “Dah tahu tak lawa mcm ni, kenapa awk letak jugak, tu pun nak kena ajar”. So masa tu aku naif lagi, aku pun jawab la balik, “Puan yang nak color ni tadi puan, sy siap catat lagi arahan puan ni”. Dan dia akan balas, “awk ni mmg tak boleh pergi jauh, tak membantu untuk majukan company pun”.

So aku pun balik la kat tempat aku dengan airmata yg tertahan2. Kadang2 manangis jugak dalam toilet sebab tak tahan sangat2. Yela, kalau anak dia sendiri pun tak tahan dengan mulut puaka mak dia, apatah lagi aku budak mentah yang baru masuk praktikal. Isi2 slides tu, aku boleh settlekan sekejap je. Yang jadi lama sebab apa? Sebab dia cerewet dengan slides design. Then bila dia lalu sebelah meja aku, dia perli aku sengaja melambatkan kerja yang dia bagi tu sebab taknak buat kerja lain. Sakit kat hati aku tuhan je la yang tahu. Dia taktau aku punya struggle untuk puaskan hati dia tu. Kalau jadual tak center walau sikit pun, aku akan kena hambur. Cakap aku buat kerja tak teliti. Guys, untuk pengetahuan korang, aku ada OCD yang di-diagnosed oleh doctor sendiri. Tapi bila jadi mcm ni, aku mcm tak boleh hadam. Ada orang normal yang lebih cerewet dari seorang penghidap OCD yang sudah 8 tahun ni.

Banyak lagi benda yang menyeksa mental aku. Tapi aku tak ingat. Tapi apa yang pasti, benda tu mendatangkan trauma dekat aku sampai sekarang. Aku nak sangat kerja dalam office, tapi aku jadi fobia. Aku takut dihina bila tak dapat buat sesuatu kerja kat tempat baru nanti. Aku selalu bayangkan aku akan dibuli mcm masa diploma dulu. Aku jadi takut. Aku taknak kemurungan sebab tu lagi. So aku ambil keputusan untuk sambung belajar dulu sementara hati dan minda aku sembuh. Tak senang guys nak hilangkan trauma ni. So aku mintak sangat, kepada para2 supervisor yang ditugaskan untuk monitor pelajar2 praktikal ni, dont do this to them. Aku nak korang tahu mental-torture sebegini sakit, tapi kami terpaksa berdiam diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. Mcm dalam situasi aku, lecturer aku ada suruh berhenti dari situ dan dia akan tukarkan aku kat company lain. Sebab apa? Sebab aku dah separuh jalan masa tu.

Lecturer dapat tahu tentang kes aku ni masa aku dah sebulan praktikal kat situ. Tu pun sebab kawan aku senyap2 pergi screenshot segala luahan aku kat lecturer. And ya, lecturer ambil serius kes ni. Tapi aku merayu dengan lecturer tu untuk tutup je kes ni. Dan aku berjanji dekat dia yang aku akan cuba bertahan selagi mampu. Kalau aku tak boleh, aku akan terus report kat dia. So aku decide untuk teruskan jugak memandangkan ada lagi sebulan untuk habis. Pelajar2 praktikal ni masih mentah. Janganlah cakap perkara yang menjatuhkan semangat. Aku beruntung sebab masa ni ada support dari family, kawan2, dan lecturer. Bersyukur sangat. Bila aku kena hina kan, aku selalu terbayang wajah2 dorang ni. Aku mcm pinjam kekuatan dorang untuk harung semua benda tu. Terima kasih untuk yang memberi semangat pada masa tu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Aku sebak bila teringat balik :’(

Percaya atau tak, aku pernah stress sangat dengan dia sampai tahap aku pergi beli pewarna merah makanan kat kedai runcit india bawah. Aku nak buat darah fake la kononnya keluar dari hidung aku aku so that dia tahu aku sakit dan aku boleh balik. Sebab aku mmg taktahan sangat dia dok hina2 and push2 aku pada hari kejadian. Lepas beli tu, aku pun pergi la kat toilet office aku tu, cuba tuang pewarna merah tu kat tangan. Tapi bukan merah jadinya, warna oren. ????????????. Hahahahaha. Aku pun fikir ish tak boleh jadi ni. Aku pun nekad untuk sedut sabun serbuk yang ada kat toilet tu. Sebab aku nak sakit, aku nak dia tahu aku selsema teruk dan aku harus balik. Aku pun bersin2 teruk la lepas tu. As i wish.

Aku pun dapat la balik hari tu. Tapi sebelum balik tu, aku serah dekat dia pendrive di mana terkandung hasil kerja aku yang aku dah touch-up buat kali terakhir sebelum aku “sakit”. Dia terus tak berani dekat dengan aku, pendrive yang aku bagi tu pun dia taknak sentuh, dia suruh aku letakkan sahaja kat atas meja. Takut berjangkit katanya. Aku pun ah lantak kau la, janji aku tak perlu hadap muka kau hari ni. Aku pun balik. Yang bestnya pulak, selsema yang aku cipta tu betul2 melarat sampai jadi demam. 5 hari aku demam time tu. Tapi takpa, aku bahagia 5 hari tu walau tak sihat. Sebab aku tak perlu stress pasal dia. Bila aku masuk kerja balik, aku tengok pendrive tu masih kat tempat yg sama mcm last aku letak sebelum cuti hari tu. Hahaha. Betul2 tak berani pegang tu.

Balik kerja pulak hari2 lambat. Kalau boleh sampai pukul 11 dia nak tahan. Aku ni, nak tunggu sampai pukul 6 habis kerja pun, aku tak sanggup. Asyik tengok jam je. Menghitung masa. Aku punya syahdu masa tu, sampai aku download lagu “Menghitung Hari” yang dinyanyikan Kris Dayanti. Bila aku rasa down je, cepat2 aku pasang lagu dia. Bergenang2 la airmata sambil dengar lagu tu. Haha. Walaupun lagu tu takda kena mengena dengan kisah praktikal, tapi ada bait “menghitung hari” tu pun aku dah cukup suka. Ibarat menggalakkan aku menghitung hari untuk habis praktikal kat situ. Hahaha sadisnya aku masa tu. Tapi dia punya paksaan untuk kerah aku bekerja sampai malam tu tak berhasil bila mak aku bersuara. Mak aku marah sebab aku kena balik lewat. Dah la kawasan tempat aku tinggal tu black area. Bahaya balik malam2. Nasib baik dia boleh terima time tu. Tu pun muka tak puas hati. Mcm nak mengata mak aku. Adui la.

Pernah jugak satu hari tu aku dan Mary diarahkan untuk halau orang tak siuman yang tidur depan grill pintu masuk kat tangga bawah. Kata bos orang tak siuman tu akan buat customer takut untuk datang ke office. Aku dan Mary cakap dekat bos yang kami tak berani, tapi dia tetap desak jugak suruh kami halau. Berkali2 jugak la kami turun naik tangga untuk cakap dekat bos yang kami takut. Tapi kami yang kena sound balik. So Mary buat tindakan bijak masa tu dengan meminta tolong pekerja india kedai runcit sebelah menghalau lelaki tu. Tapi dia tak pergi mcm tu sahaja. Dia ada tinggalkan muntah ke air kencing entah masa tu. Serius tak ingat. Dan bos marah2 suruh kami cuci jugak. Hmmm. Apa boleh buat…….. Lepas 3 minggu aku kerja situ, tiba2 aku dapat satu lagi tugasan istimewa iaitu jadi bibik! Yeyy. Kena cuci toilet setiap hari. Kena sental lantai toilet tiap hari before start kerja, kena mop lantai, kena lap semua barangan dalam office, kena sapu lantai. Benda ni Mary pun kena buat jugak.

Mcm toilet tu, aku rasa tak perlu pun sental hari2. Tapi bila aku cakap mcm tu and aku tak sental hari2, Mary akan perli2 aku dan seakan2 mengugut untuk bagitahu bos yang aku taknak buat kerja. Penat sangat masa tu…… :’( Lecturer aku paling tak boleh terima part cuci toilet hari2 ni. Dia marah gila. And dia marah aku jugak sbb tak bagitahu awal2 benda ni kat dia. Bukan tu je, bila bos tu pergi toilet dan nampak apa2 yang tak memuaskan hati dia, contohnya mcm dinding toilet ada sedikit hitam, dia akan lalu tepi meja aku sambil cakap kami ni anak dara pemalas sebab toilet yang satu tu pun tak bercuci. Again aku ulang, aku penghidap OCD dan aku tahu beza bersih dan tak bersih. Sebab aku jugak seorang yang mementingkan kebersihan. Tapi tak ada la sampai tahap menyeksa diri. Dulu yes OCD aku teruk, lama kelamaan bila aku mula penat, OCD tu berkurang dengan sendirinya. Bila toilet tu bersih tak ada pulak dia puji, tapi bila nampak kotor yang seciput tu walau sekali cuma, terus kena cop pemalas sampai tamat praktikal.

Ada sekali tu kan, dalam minggu kedua aku praktikal kat situ, aku ada masuk bilik dia sebab dia panggil. Dia suruh carik dokumen apa tah kat satu fail. Tahu tak fail hitam yg besar and tebal yg selalu office2 pakai tu? Ha fail tu la. Aku kena bukak tau besi kat tepi tu untuk kuarkan dokumen. Mcm aku cakap, aku ni masih naif masa tu. Ya guys, aku belajar mcm mana nak manage office apa semua. Tapi aku terlupa untuk nak belajar cara bukak fail tu. Hahahaha. Mungkin silap aku jugak. Aku pernah bukak fail tu, tapi lamaaaa dulu, masa aku sekolah rendah, sebab aku nak kepit kertas2 exam aku. Masa nak bukak besi tepi tu, aku ingat2 lupa mcm mana. Aku tanya bos tu karang, aku kena herdik lagi. Jadi aku cuba la bukak sendiri. Ada tadaaa, hasilnya besi tu mcm terpusing ke belakang (bukan patah). Aku punya cuak masa tu taktau nak cakap mcm mana, sebab aku tahu dia tengah perhati aku masa tu. Aku dah berdebar sangat. Dan boommm! Seperti yang aku jangka, aku kena tembak bertubi2. Bos aku tu pun suruh aku keluar dari bilik tu, bawak fail tu sekali, dan carik cara untuk baiki fail tu semula. Serious masa tu takut sangat.

Aku pun terpaksa mintak tolong dengan Mary yg sentiasa moody tu. Nasib baik dia nak tolong. Dan fail tu pun berjaya dibaiki. Besi dia cuma terpusing je, tapi bos tu herdik aku mcm aku dah bakar office dia. Tapi cerita pasal fail tu tak terhenti di situ. Bos aku selalu malukan aku pasal kes tu. Contohnya kalau ada tetamu2 dari luar yang dtg untuk berjumpa dengan bos, kalau aku dipanggil masuk untuk buat air ke apa2 ke, mesti dia akan cakap mcm ni kat orang2 tu, “haa dia ni hari tu, bukak fail pun tak reti, ada ke patut dia blablablabla…….”. Murung aku dengan perangai dia. Perlu ke aku dimalukan mcm tu sekali? Masa anak dia datang pun, dia cerita pasal kes fail tu jugak kat anak dia, ibaratnya mcm bercakap buruk pasal aku walaupun aku ada depan dorang. Dan anak-beranak tu dua2 pandang aku dengan pandangan yang sgt jengkel. Serious aku tak boleh lupa apa aku kena dulu.

Waktu rehat kat situ pun tak tetap. Kadang2 tak rehat langsung pun ada. Kalau nak rehat pun, rasa mcm kena curik2. Bos tu mana peduli kau dah rehat ke belum. Kalau dia rasa dia nak panggil, dia panggil buat kerja. Rehat pun tak boleh keluar serentak. Kena bergilir2 dengan Mary. Dah la kami berdua je kat situ. Jadi kalau nak pergi makan ke apa, kami kena berseorangan la. Stress betul masa tu aku rasa. Cara ambil kedatangan kat situ pun tak sama mcm tempat kerja korang. Kat sini tradisional sangat.

Tulis dalam buku; nama, pukul berapa sampai, pukul berapa balik, pastu tanda tangan. Wifi pun tak ada. Kalau nak guna internet, guna yang cucuk2 tu. Aku lupa apa nama dia. Modem kot? Hahaha sumpah tak ingat. Maksudnya, bila sorang tengah guna, yang lain tak boleh guna. Jadi apa pilihan yang ada? Ya, guna internet sendiri. Kerja tetap kena disiapkan pada masa yang diarahkan. Kalau tak, tahan la telinga tu. Kalau setakat telinga sakit aku tak kisah sangat, tapi kalau hati yang sakit? Makan masa woo nak ubat. Bukan mudah nak pulihkan semangat balik. Kau akan rasa kau lah manusia paling tak guna kat alam semesta.

Tapi jahat2 dia kat aku pun, ada jugak baiknya. Dia ni boleh cakap setiap hari jugak dia belikan breakfast untuk aku dan Mary. Kadang2 dia bawak bihun, kadang2 nasi lemak. So aku makan makanan tu je untuk lunch aku. Sebab dia beli breakfast pun, bukannya kami boleh makan pagi tu pun. Hahaha. Takpelah, jimat jugak duit aku. Aku yang kurus pun makin kurus bila kerja kat situ. Jerawat yg tak pernah singgah kat muka, habis merata naik kat dahi.

Pasal gaji pulak, bulan pertama praktikal kat situ, dia bagi rm300 tak silap aku. Atau rm150. Maaf, aku betul2 tak ingat. Time dah habis praktikal pun, dia bagi lagi rm300. Yang ni aku ingat. Tapi masa last day aku praktikal kat situ, dia sempat menghadiahkan aku kemurungan buat kali terakhir. Borang evaluation yang dia kena tanda untuk diserahkan kat lecturer aku tu, habis semua dia bulatkan kat nombor 3. Hahahaha. Dia kena rate dari 1 hingga 5. 1 tu paling teruk, 5 paling baik. Lecturer aku masa bukak borang tu time hari presentation pun terkesima. Ada part pasal kedatangan pun, dia tanda 3. Sedangkan aku tak pernah datang lewat sepanjang praktikal.

Mary tu pun dah lari balik kampung dia sebab tak tahan sangat. Dia lari tu seminggu sebelum aku tamat praktikal. Mary ni duduk kat asrama yang disediakan oleh company tu kat tingkat 3 bangunan tu. Before dia lari tu, dia ada bagitahu aku. Dia kata dia tak tahan sangat. Dia siap mintak maaf kat aku tak dapat teman aku sampai aku habis. Takpelah Mary, aku pun dah nak habis. So pesanan aku untuk kawan2 yang akan menempuh alam praktikal tak lama lagi, berhati hatilah dlm memilih tempat praktikal. Kaji dulu sebelum pergi interview atau apa2 sahaja. Jaga diri. Assalamualaikum.

– Diyana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *