Belajar Al-Quran RM30

Assalamualaikum, thanks to admin if this confession publish.

Sekarang tengah hot cerita tentang yuran mengaji RM30, dan sebelum ini pun dekat platform confession juga ada yang cerita tentang pasal ni juga.

Aku bukan lah seorang yang begitu mahir dalam agama, tapi dengan isu macam ni memang buat aku terkesan rasa di hati.

Aku pernah mengajar budak belajar baca al quran part time di sekolah.

Secara jujurnya, bukan mudah nak ajar tau, macam macam ragam, terutama iqra. Ada yang dapat hujung ingat tapi pangkal dah lesap, sampai berhari hari ulang lah muka surat sama.

Macam isu bayar mengaji dikatakan tak relevan sebab kalau bab agama kena bayar ikhlas hati, kalau bayar nanti dikatakan menjual agama.

Mentaliti ni yang perlu dikikis. Sebab apa? Sebab perkara macam ni memberi impak yang besar.

Contohnya; macam isu sekolah swasta yang aliran agama, tahfiz. Ibu bapa hantar anak, then ada yang mengelat tak nak bayar fees, duit yuran makan, dan sebagainya.

Nak anak belajar free, satu je aku fikir kalau orang macam ni, apa nak ada berkat dalam ilmu yang anak dia dapat?

Dan pada masa yang sama bagi aku, tindakan itu zalim, sebab menyusahkan pihak sekolah nak rolling duit api, air, duit gaji ustaz, ustazah dan macam macam hal.

Lagi satu, maybe ada yang berfikiran bayar dah okay tapi kenapa anak dia tak boleh nak perform mengaji? Mesti ada yang macam ni kan?

Ini cuma pandangan saya lah selama pengalaman yang ada cara nak selesaikan ada pada 2 pihak, pengajar dan ibu bapa.

Pengajar,

1. Mengajar biar berkualiti, contohnya satu murid buat dalam 15 minit atau ikut lah nak customize macam mana.

2. Jangan banyak ambil anak murid dalam satu masa.. Contoh kelas mengaji mula lepas maghrib dan habis waktu isyak dan masa lebih kurang sejam lebih lepastu nak ajar sampai 20 orang, serius memang tak relevan,

Kalau setakat lepas bagi budak baca itu memang boleh terjadi tapi benda takkan berfokus, nak betulkan makhraj huruf, betulkan tajwid.. Susah bro.

3. Kalau nak ambil banyak pun, cara aku, lebih suka buat by hari, contoh budak yang iqra hari isnin, yang baca quran hari selasa. Haa macam tu la baru kemas.

4. Lagi cun bila sertakan kelas tajwid, baru budak perform baca quran. MasyaAllah!

Parents pula,

1. Kesian la dekat guru mengajar, bukan senang nak bertalaqqi dan bayaran tu pun mungkin untuk maintain premis mengajar, dan masa yang dia luangkan..

Jangan berkira. Dan mungkin juga itu antara sumber pendapatan dia dengan guru tu exchange ilmu pada anak anak anda.

2. Be considerate, berbincanglah elok elok, kami guru pun punya hati.. Huhu.

Itu jelah antara apa yang aku rasa, thanks sudi baca sampai habis.

Adios.

– Hatorie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *