Belajar Untuk Redha, InsyaAllah Bahagia

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab sudi terima sharing ni.

Saya mula kan perkongsian sebagai seorang insan biasa yang tidaklah cerdik mana tapi tidak lah juga dungu. Bagi saya, nak berjaya tak semestinya kena pandai akedemik. Ia berbalik kepada ada tujuan kita hidup. Kalau berniaga buat kita bahagia, tak salah nak berusaha kuat untuk brniaga. Yang penting niat kerana Allah dan jangan berputus asa.

Cerita saya bermula lepas diploma. Alhamdulillah graduan diploma farmasi dari sebuah IPTS dan Allah bagi peluang bekerja sebentar di Hospital swasta selama 3 bulan (2013). Sempatla mencipta memori indah dengan bos2 dan kawan2 yang baik… semua baik masa kerja kat situ.. orang ada satu bos.. Saya dot DUA bos… dua2 baik!!! Sebelum tu kerja jadi cikgu tadika setahun (2012-2013).. hurmmm.. lari bidang kan, tapi tak pernah menyesal.. Sebab banyak benda belajar dari situ…

Dalam masa bekerja saya apply UPU untuk masuk Universiti awam. Zaman saya masih panggil UPU nama panjang tak ingat. Haha.. Orang kata budak2 IPTS susah nak diterima masuk IPTA.. tapi Alhamdulillah, rezeki dari Allah, saya diterima masuk sebuah IPTA dalam bidang Biomedical Science.. Haaaa… lari bidang lagi kan.. tak muak pun org duk tanya.. kenapa tak apply farmasi jgak…..

Jadi, Sept 2014 daftar la.. Dengan harapan dapat graduate on time (GOT) kan.. Tengok2 masa masuk IPTA ni special, ada ujian bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Masa tu yakin ja Inggeris boleh lepas.. Hahahaha.. hampeh.. Terbayang harapan hancur berkecai. Malam keluar result tu menangis kat bucu katil.. Terpaksa tersadai kat gombak sebab Kos Biomed ni kena pergi Kuantan.. Tapi, nak buat macam mana, belajar la Redha..

Sepanjang English course dekat gombak, saya asyik teringat untungnya kawan2 yang dah gerak pergi kuantan.. Tapi Allah hadiahkan rakan2 kelas yang sangat2 awesome dekat Gombak! Semua happy.. Serius. Tak nampak macam orang2 yang sedih setelah gagal… Dorang la yang banyak support dan hadirkan persahabatan yang tak ternilai sampai sekarang.. Lecturer pun tak pernah pandang rendah. Semua supportive..

Alhamdulillah dapat la habiskan English course tu sepenggal ja.. Tapi tetap tak boleh nk terus pergi sambung Biomed Feb 2015 tu. Terpaksa amek study leave tunggu sampai next intake Sept 2015. Luluh jugak hati ni masa tu. Sepanjang cuti, saya bekerja kat Kilang.. Huhuhu. Taubat tak nak keja kilang lagi.. Baru tahu tinggi rendah langit. Kat situ pun belajar erti susahnya nak cari rezeki. Tapi kawan2 baik.. saling tolong menolong.. sebelum berhenti siap bagi hadiah dan buatkan majlis..

Sept 2015, sambung la balik pengajian dekat Kuantan.. Masa ni pun berharap sangat dapat GOT… Takut masa ni. Macam2 citer orang kata. Nak kawan hati2. Nanti kena pulau la. Kena pandai survive la.. Tapi Alhamdulillah dapat kawan2 yang sangat penyayang… Dorang tak kisah pun umur kita tak sama… Umur bukan penghalang.. for sure saya antara yang tua dalam kelas… Tengok2, ada juga yang lagi tua dari saya jadi, masa tu tak jadi nak putus asa.

Tapi yang sedihnya masa sem 1, GAGAL 1 paper. Sepanjang diploma tak pernah GAGAL.. Pointer pun tak pernah dapat bawah 3.0.. Tibe2 gagal rasa down sangat2… Allah nak bagi rasa GAGAL tu apa.. tengok balik, bukan kali pertama gagalkan… Dah la gagal paper, dapat pula tahu ada Ketumbuhan dekat pituitary (Pituitary tumor).. Hahaha.. haru biru hidup.. Tapi, cuba bangkit dan move on balik.. Family & kawan2 yang supportive… cuba belajar muhasabah diri… Alhamdulillah akhirnya dapat juga belajar erti redha..

Dalam tempoh 3 tahun belajar, Allah hadirkan insan tercinta.. Maka, saya ambil keputusan berkahwin semasa belajar atas sebab2 tertentu… 2018 bernikah.. Dan alhamdulillah rezeki Allah.. Allah hadiahkan puteri kecil, pada Feb 2019.. Jadi terpaksa ambil Study leave sekali lagi.. Orang ada je yang mengata.. Dah la belajar lagi, baru je kahwin dah gelojoh nak ada anak… Biasa la.. Mulut dan hati orang kita tak boleh nak buat apa…

Nak kata menyesal, tak pun.. takde sikit pun menyesal.. yela, orang tengah busy siapkn Final Year Projek (FYP), saya tak cuti belajar dan sibuk jaga baby.. Jadi lagi sekali harapan nak GOT Sept 2019 ni melayang la gitu…. Hahaha.. Kadang rasa juga down, tapi bila ingt balik perkongsian dari lecturer2 lain dan pengalaman onak duri insan lain, saya cuba kuatkan semangat semula..

Dan Alhamdulillah Supervisor (SV) sangat supportive.. Bersyukur… Dalam masa kawan2 dah nak habis FYP dan final year, struggle dengan bibit terakhir nak gradute, saya sibuk terkontang kanting belajar jadi ibu… tipu la tak sedih… Ada juga la.. lagi2 bila tengok dorang post macam2 dekat Socmed… Bila rasa sebak nak nangis, cepat2 renung balik muka baby… Ibu tak menyesal.. sikit pun tak.. ini takdir Allah, ibu redha… yang penting niat kerana Allah bila buat sesuatu…

Mula2 nangis juga sebab fikir, apa susah sangat nak dapat ijazah ni… Orang lain muda2 lagi dah senang2 habis Master dah pun.. Diri ini masih terkial kial nak habiskan degree… tapi bila muhasabah balik, renung balik setiap bibit2 masa tu, Allah hadirkan insan2 tersayang.. Allah ajar kasih SayangNya melalui insan2 yang baik..

Jadi, sekarang saya dah set dalam kepala, hidup kerana Allah.. Allah akan sayangkan kita.. bila matlamat berdasarkan duniawi semata, mmg kita akan rasa berat bila jatuh atau gagal.. Saya selalu berpegang kata2 mommy saya “yang penting redha, InshaAllah bahagia”….

Mungkin cerita ni tak sehebat cerita2 lain.. Tapi setiap kali terkenangkan perjalanan nak menuntut ilmu yang saya hadapi, rasa terpanggil nak berkongsi.. Mana tahu ada yang tengah down tu tibe2 rasa terinspirasi… Hahahaha. #perasansudah

Jadi Mohon doakan saya, dan yang lain2 inshaAllah dapat la tamatkan ijazah sarjana muda pada 2020 nanti ya..

Semoga kita semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiinn.

– N.L. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *