Benarkah Siti Zulaikha Itu Isteri Nabi Yusuf A.S.

Assalamualaikum.. Okey tak payah nak intro2 la yer. Meh sini aku nak cerita mengenai sejarah Nabi Yusof dan “Siti Zulaikha”. Yang kita sedia maklum konon Nabi Yusof ni berkahwin dengan “Siti Zulaikha” kan. Since dari sekolah lagi kita diajar mengenai sirah nabi. Maaf ye jika penulisan aku ni berterabur dan tak best. Harap admin siarlah cerita aku ni.

Semalam tengah aku melayan hati dan perasaan ni, terdetik la dalam hati aku ni nak dengar lagu Pesona Zulaikha by Suhaimi Saad. Korang semua mesti tau kan siapa suhaimi saad ni. Hahaha. Tapi lagu ni dah lama laa. Kalo korang dengar lagu ni mesti terinspirasi la jugak sebab mengisahkan tentang Siti Zulaikha yang sangat2 mencintai Nabi Yusof ni.

Ok aku mula cerita serba sedikit mengenai kisah ni yang pada awalnya ku sangka benar rupanya palsu. Apa yang kita tahu Siti Zulaikha ni merupakan puteri raja disebuah kerajaan barat, dinegara Mesir. Dan merupakan puteri raja yang amat cantik dan menarik. Suatu hari Siti Zulaikha bermimpi bertemu seorang pemuda yang menarik rupa parasnya dengan peribadi yang amanah dan mulia.

Dari situ Siti Zulaikha mula jatuh hati padanya. Ditakdirkan Allah, Siti Zulaikha telah dijodohkan dan dikahwinkan oleh ibu bapanya dengan Al Aziz seorang wasir di negara Mesir. Kecewa la Siti Zulaikha pada masa tu sebab beliau terlalu inginkan pemuda yang dalam mimpi tu menjadi suaminya.

Diringkaskan cerita, suatu hari Al Aziz membawa pulang seorang pemuda yang dibeli di pasar untuk Zulaikha. Alangkah terkejutnya Zulaikha bila melihat pemuda itu. Yelaa tak terkejut kenapa sebab tampan sangat kan dan yang paling best pemuda itulah yang selalu muncul dalam mimpinya dulu. Gembiralah Zulaikha menerima Yusof dalam istananya.

Disebabkan itu Siti Zulaikha mula menggoda Yusof dan terjadilah fitnah yang kita sedia maklum. Bila Al Aziz dapat tahu perkhabaran ni, Al Aziz penjarakan Nabi Yusof atas dakwaan kononnya Nabi Yusof cuba berzina dengan isterinya walaupun dinafikan Nabi Yusof namun takde seorang yang percaya dengan kata-katanya. Terpenjara la Nabi Yusof atas fitnah yang direka oleh Siti Zulaikha.

Nabi Yusof berdoa baginda rela dipenjara dan dijauhkan dari mereka yang cuba memerangkapnya dan dijauhkan dari perkara yang tak sepatutnya. Tapi tidak bagi Siti Zulaikha, setiap hari beliau merindukan Nabi Yusof dan semakin hari mencintainya sehingga menjadi tua dan hodoh. Segala kecantikkan, kekayaan beliau musnah sekelip mata.

Suatu hari Siti Zulaikha mengaku bahasawanya beliau menfitnah Nabi Yusof kerana terlalu inginkan Nabi Yusof masa itu dan Nabi Yusof dibebaskan. Bermula dari situ Siti Zulaikha beriman kepada Allah swt, bermunajat, memohon keampunan kepada Allah swt.

Maka, Allah swt perkenankan doa Siti Zulaikha dan menyemai rasa cinta dalam diri Nabi Yusof utk Siti Zulaikha dan dikurniakan semula rupa paras yang cantik dan kekayaan yang banyak. Berkahwinlah Nabi Yusof dan Siti Zulaikha sehingga mempunyai 2 orang anak.

Okey, itu yang kita sedia maklum selama ni. Aku cerita seringkas yang boleh tu, nak details korang boleh google yer. Sehinggakan bakal2 pengantin selalu guna doa Nabi Yusof dan Siti Zulaikha disetiap kad jemputan kahwin. Ya Allah, seperti mana Kau satukan hati Yusof & Zulaikha, maka kau satukanlah hati kami juga. No no! Doa itu tak pernah wujud pun tau dan menjadi salah kerana cerita itu tidak benar.

Dalam al-quran menyatakan bahawasanya Nabi Yusof difitnah dan dipenjara akibat dituduh oleh seorang wanita yang tertarik dgn baginda. Wanita tersebut hanya disebut isteri kepada Al Aziz bukan ZULAIKHA. Yang memberi nama tersebut adalah dari kisah Israiliyat. Mana mungkin mereka berkahwin sedangkan Siti Zulaikha tu isteri kepada Al Aziz.

Dan kisah tersebut terhenti bila mana wanita itu mengaku menfitnah Nabi Yusof dan mengaku bersalah menggoda Nabi Yusof. Selepas itu Nabi Yusof dibebaskan. Oh ye sebelum itu nabi yusof berdoa supaya dirinya rela dipenjara dan dijauhkan dari mereka yang cuba memerangkapnya. Benar.

Dan kisah tersebut hanya terhenti disitu sahaja didalam al-quran. Tiada dalil menyatakan Nabi Yusof berkahwin dgn “siti zulaikha” dan mempunyai anak. Kisah nabi yusoff dipanjangkan oleh Israiliyat ( cerita atau riwayatnya yang bersumberkan golongan Yahudi atau Nasrani )

Nak lebih pencerahan, baca la surah Yusof dan khatamlah. Dari situ kita akan tahu kebenaran yang sebenarnya. Boleh jugak tengok dekat Utube pencerahan yang didedahkan oleh Dr.Danial bertajuk Benarkah Zulaikha itu isteri Nabi Yusof? Haaa. Dah terungkap semua jawapan.

Marilah kita muhasabah diri yer. Jangan lah kita mudah terima sesuatu yang tak sahih. Rajin2 laa membaca dan mengkaji. Bertahun2 kita disogok dgn cerita tak betul, hari ni baru terjawab semua. Kalau ada nak tambah, nak betulkan cerita aku, sila la yer. Kot2 aku pun ada tersalah jugak.

Terima kasih.

– Green Apple (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *