Benci ‘Spesis’ Ni

Assalamualaikum semua. Thanks admin kalau confession ini di siarkan. Pertama sekali saya ingin memohon maaf jika tulisan saya bakal menyinggung perasaan perokokkkkkkk sekalian. Dan sorry juga kalau lama kelamaan penulisan aku makin lama jadi short form terok. Nak cepat la katakan.

Okay. Pertama sekali aku happy sangat sebab kerajaan melaksanakan satu perlaksanaan di mana perokok kalau nak merokok di restoran kena jarakkan 3 meter dari meja. Aku happy sebab aku ni ada anak 2 org. Kekdg aku makan kt restoran atau gerai tetibe hidung aku terbau rokok. Hidung aku sensitif sgt lagi-lagi bau rokok. Sebabnya abah aku, abg aku and adik laki aku perokok tegar. So aku mmg hidup bergelumang dengan asap rokok dah lama dh. Smpi aku kekdg sesak nafas.

Alhamdulillah aku dapat suami yang tak merokok. Tu pn suami ckp die pernah try2 nak merokok masa blajo dlu, tapi tak mau sbb die kata asal dia try mesti batuk2. Maybe sbb jodoh kami kuat, jadi niat dia nk merokok tu mmg tak pernah menjadi. Sebab aku pernah berniat dalam hati nanti kahwin nak dpt suami yg bkn perokok. Ishhh lari topik plk. So dgr cite perokok2 ni marah beno bila undang2 mcm tu di laksanakan. Smokers out there, korang tahu tak efek korg pada non smokers? Kalau tak efek takpela, ni hampir 99.99% efek tau tak?

Okay aku tak gtau yg efek berat2 la, aku bg efek yang minor je. Aku ni bekerja dalam sektor perbankan. Position aku adalah di greeter. So setiap hari aku akan berdepan dengan semua customer yang nak beurusan dengan bank. Kekadang nak mintak borang nikah dan borang cerai pun ada sbb bank tmpt aku kerja ni satu bangunan dengan pejabat agama. Ni iklan je. Okay sambung, so bermacam manusia aku jumpa. Hari ni sahaja, kalau ada 100 pelanggan, hampir 88 org yang datang berbau asap rokok. Kadang2 bercakap pun berbau ya rabbi hanya Tuhan yang paham perasaan aku. Kekadang tak berckp pun bau tgn pelanggan perokok ni macam,,, serius nak mencarut. Aku mampu bau sebab aku dlm posisi duduk di meja, dan mereka berdiri di depan meja aku.

So tangan mereka hampir dgn area muka aku. So mmg berbau. Rokok yg memula bakar pun bau nya mcm %!~^€{>>|>|>,,, apatah lagi kalau dah bercampur dengan bau mulut dan badan korg. Korg tau tak busuk nak mamp*s? Patutla ada kes yg org cium bayi dalam pantang bayi tu masuk icu terus. Paham tak apa aku cuba nk sampaikan? Tu baru bau, blom efek lain lg. Aku tetibe terbayang kalau aku mengandung, then aku masih di greeter, mahu muntah aku dpn customer. Dahla aku ni kalau alahan tu teruk gile tak bole bau-bauan. Bau wangi pun tak boleh, bau busuk lagi la tak bole. Kekadang aku berpikir, mcm mana la perokok ni dengan isteri2 dorg.

Tak ke ishhh. Takpela cite sini habis sini. Maaflah ayat aku mcm tgh lepaskan geram. Dah lama sangat sabar dengan perokok ni. Taktau nak luah kat mana. Luah depan2 perokok ni punya sentap kalah org perempuan. Ni baru2 ni aku makan dekat gerai, selama ni okay je takde pape. Tetibe tgh sedap nikmati bihun sup wak sakip tibe2 satu bau menerjah hidung saya. Mmg kenal sangatla bau ni sbb hidung saya sgt sensitif. Toleh2 tu meja nun sana jarak 2-3 meja ada 3 lelaki merokok.

Tetibe saya rasa mcm sesak dada pehtu mcm di selubungi asap dekat keliling muka. Padahal open air sgt kedai tu, tapi asap tu pergi juga ke saya. Dahla ada ank kecik… memang dpt renungan tajam la weh. Sorry but no sorry la smokers. Tolongla ubah. Kasihanilah kami yg tak merokok ni. Tolong okay. Sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.

– Avril

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *