Beratnya Ujian Allah

Aku Cik Teh (bukan nama sebenar), aku tak pandai menulis tapi aku cuba, aku nak cerita tabahnya Kakngah (kakak aku) dalam ujian yang Allah aturkan.

Kakngah selamat melahirkan anak pertama perempuan sihat walafiat, genap umur 9 bulan kakak (anak Kakngah) di uji sakit saraf keluar masuk hospital dan akhirnya masuk picu (icu untuk kanak kanak) selama setahun Kakngah menjaga puterinya walaupun harapan untuk sembuh amat tipis.

Pada tahun 2017 10 ramadhan terakhir kakak telah dijemput ilahi Kakngah redha dengan ujian ni kerana lebih sakit melihat kakak terlantar dengan wayar berselirat memakai oksigen.

Kami sekeluarga sedih tapi redha, itu lebih baik untuknya. Sebagai ibu Kakngah sedih dan buat video gambar gambar kakak sebagai kenangan.

2018 lahirlah anak kedua lelaki teramat comel putih penganti kakak hilang la segala duka rindu pada kakak. Bahagia disamping adik (anak kedua).

Tapi sekali lagi Allah menguji Kakngah adik yang berumur setahun 6 bulan tiba tiba demam on off keluar masuk hospital bermula hujung tahun 2019. Masuk picu lebih dari 3 kali.

Doctor cuma syak demam biasa bila dah sembuh demam datang balik dan masuk wad semula.

Akhirnya doktor sahkan adik kena virus RSV atau Respiratory Synctial Virus adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan pernafasan terutamanya di kalangan bayi dan kanak-kanak.
Sebab utama kenapa boleh kena jangkitan ini masih belum diketahui.

Tarikh 10.2.2020 malam itu lebih kurang pukul 9 malam aku dapat panggilan dari Kakngah menyatakan adik dah tiada, sama tarikh dengan pemergian abam.

Allahuakbar aku rasa bagai ada satu batu menghempap kepala aku, ya Allah adik dah tiada baru je aku berjumpa dia, aku yang baru balik dari kampung terus bergegas balik semula ke kampung.

Sampai sahaja di rumah aku tengok kakakku sugul tiada kata kata yang mampu tenangkan dia saat itu

Aku menangis semahunya melihat adik tenang macam sedang tidur dan aku sedih melihat kakakku dua orang anaknya diambil dalam sekelip mata, kehilangan kakak masih lagi terasa tapi diuji lagi dengan kehilangan adik.

Pemergian adik amat terasa kerana adik normal sihat berbanding kakak yang setahun terlantar sakit.

Kakngah cerita sebelum adik meninggal dunia petang tu dia aktif sihat, Kakngah tinggal adik sekejap untuk solat maghrib selepas siap solat nurse menelefon Kakngah bagitahu adik dah tenat 2 jam doktor cuba kembalikan adik tapi siapa kita nak melawan takdir Allah, akhirnya adik pergi untuk selamanya.

Aku teramat sedih melihat Kakngah yang sekarang ini hamil anak ketiga setelah ke dua dua anaknya telah bertemu maha pencipta.

Yaa Allah maha hebat ujianMu pada Kakngah.

Untuk pengetahuan adik sama umur dengan anak aku.

Sayu melihat Kakngah peluk cium anak aku, dalam hati berharap ini hanyalah mimpi dan sekali lagi kami menerima video gambar gambar adik untuk kenangan dan kami masih lagi tak percaya adik dah tiada.

Aku mohon doa pembaca semua untuk Kakngah doakan kandungan kali ni bertahan sehingga nafas terakhir Kakngah dan Kakngah dapat merasa kasih sayang seorang anak.

– Cik Teh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *