Berdiam Itu Lebih Baik

Assalamualaikum, hai aku A dan hari nie terdetik nak kongsi pengalaman Aku dan kawan2 yang BERDIAM bila kawan sendiri cuba jatuhkan kita.

Secara ringkas tentang diri aku, aku adalah seorang yang sangat2 suka overthinking walaupun tentang hal yang remeh. Kenapa dan bagaimana?

Nanti ada masa dan perkongsian aku diterima ramai, aku akan share ok? In shaa Allah… Cuma yang aku nak highlight adalah ketika berhadapan situasi dikhianati orang yang kita syg dan percaya, apa reaksi dan tindakbalas Kita?

Lain orang lain cara, kan. Tak apa, kita raikan sahaja. Yang penting jangqn balas semula kezaliman orang dengan menzalimkan dirinya jua. Lg2 pakai bantuan cara mistik. Salah tu!

Apa yang aku nak kongsikan kisah aku sendiri dengan rakan sekuliah ketika menyambung dip di satu ipt. Ya, pada awalnya aku dan lagi 2 orang rakan sememangnya rapat sejak di sem 1 lagi.

Tambahan pula, aku dapat tahu kami disenangi kebanyakan rakan lain disebabkan tahap fokus dan komited kami dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah (nie feedback ikhlas dari geng esaimen aku sejak sem 1 sampai habis sem tau)

Aku dan 2 orang rakan memang ‘tegas’ bila melibatkan tugasan, lect bagi pagi, lepas kelas dah boleh discuss next plan dan bila due date untuk setiap ahli group hantar pada aku (sebab nie extra kerja aku sbg editor dan tukang semak sebelum submit pada lect).

Alkisahnya bermula, apabila tugasan yang diberi memerlukan ahli kumpulan yang lebih ramai dan semestinya yang menyertai team kami adalah yang bukan selalu pernah ‘bekerja’ dengan kami (bukan sebab memilih ka apa ok.

Sebelum nie memang kami open ja untuk bekerja dengan sesiapa cuma tugasan kali nie perlukan tempoh yang lama untuk bekerjasama).

Dan, bestnya aku bertambah lagi seorang kawan hasil daripada pembentukan team yang baru tadi… Kami berempat walaupun tidak menetap sama asrama, tapi bila pergi kelas memang sekali jalan.

Yes, nie antara prinsip aku jugak, rapat macam mana pun kita dengan seseorang, ada time kita kena akur bukan 24 jam berkepit dengan dia.

Aku pulak lebih suka kenal orang yang berbeza background. Tak adalah jadi isu bila ada masalah di kelas atau dalam tugasan, terbawak sampai ke bilik. Tu yang aku fedup.

Serious talk, ada ok jadi macam nie. Yang hidup berpuak sampaikan nak kongsi bilik bagai, end up berpecah juga. Dan ada hikmah kenapa aku pegang kuat prinsip nie.

Back to story, sampailah jadi satu kejadian apabila time nak pergi kelas, dia menolak. Aku bingung, begitu juga 2 orang rakan rapat ku yang lain.

Apa kes? Tak ada ribut, tak ada hujan, dia cuma tarikh muka bila diajak pergi kelas sekali. Dahlah, hari tu birthday salah seorang kawan aku, tak nak lah macam terganggu mood happy tu.

Puas jugak aku fikir apa salah kami. Tapi tiada jawapan. Sampai ja kelas, of course kawan2 perempuan lain akan tanya mana yang lagi sorang? Sebab dah memang kelaziman, datang kelas ja mesti muka kami berempat. Jawab kami, dia datang lambat sikit. Dah tak tahu nak brain bagi jawapan apa.

So, sementara tunggu lect masuk, Aku dan lagi 2 rakan selfie laa sekejap, dan dia pun masuk kelas dengan muka yang masam.

Again, aku yang tengok jenuh cari sebab kenapa. Aku ada chat personal bertanya, tapi dibiar sepi. Kalau aku dan yang rapat dengan dia pun ada persoalan yang sama, bagaimana pulak dengan 1 kelas ketika itu?

Lagi macam2 andaian. Dia ambil tempat duduk di hujung sebelah kawan ku, dan hanya duduk diam. Kawan ku cuba tegur tapi tak dilayan. Tiba-tiba, dia bangun sambil lempar beg ke barisan belakang dan duduk di celah kawan2 perempuan lain dan menangis.

Bayangkan, satu kelas tengah riuh, semuanya terkedu tengok apa yang jadi termasuk geng lelaki. Dan serta-merta semua pandang kami. Aku dah cuak jugak, apa yang jadi sebenarnya. Kawan yang dibelakang siap goyangkan jari telunjuknya sambil kata, “aiyok, apa korang dah buat?”

Lagi jammed Aku dengan kawan2 lain. Tapi mujur kelas batal haritu. So, masing2 anggap macam benda kecil, tapi tidak bagi Aku dengan kawan2. Cuma yang bezakan aku dengan 2 orang kawan adalah mereka sekali ja Cuba berbaik, sekali kau buat hal, mereka dah malas nak ambil port.

Hati kental gitu, tapi aku tidak. Selagi tidak tahu hujung pangkal, Aku resah. Overthinking kan? Aku mula salahkan diri sendiri tanpa tahu sebab yang kukuh. Dua orang rakanku sudah tegur dan pujuk aku, jangan terlalu fikirkan sebab mereka tahu effect bila aku overthinking.

Dalam perjalanan balik asrama, dua orang rakanku sudah balik dulu sebab nak kejar bas untuk balik ke kampung, Aku pulak pilih untuk singgah di kedai makan dan ya, dia ada disana.

Tanpa fikirkan natijahnya dan kawan2 satu batch ada disitu menjadi saksi, Aku Cuba tegur Tanya memandangkan usaha aku pm dia Tak dibalas.

Jujur Aku cakap, hati aku kecailah jugak bila dia cuma jeling dan blah dari situ tanpa kata. Gigil jugaklah nak tahan air mata, mujur ada kawan yang datang coverline. Balik bilik, terus menangis aku tanpa sebab.

Honestly, Aku Tak suka keadaan aku bila terpaksa berfikir tanpa limit. Sakit weyh. Hanya yang lalui ja faham perit tu.

Aku sampai tak makan, hanya kerana fikirkan dia dan anggap Aku puncanya. Roommate aku puas pujuk, tapi entahlah. Lepas entah berpuluh kali Aku pm, baru dia reply dia cakap dia ok ja.

Guess what? Aku pergi terus asrama dia untuk jenguk keadaan dia, ringkasnya apa yang buatkan Aku jd bahan kawan2 ku sebabkan menangis tanpa sebab, adalah dia jadi moody sebegitu kerana BF kembali semula pada Ex.

Bila ingat semula, memang agak tidak bijak tindakan aku sebab dia. Tapi tulah hakikatnya. Since kejadian tu, aku dan dua orang rakan tetiba macam on off dengan dia.

Bila dia ok, dia akan datang pada kami, bila dia macam bad mood, dia kawan dengan orang lain. Aku dengan kawan2 pun tak adalah nak jealous ka apa, dah besar boleh pilih nak berkawan dengan siapa,

Cuma rimas bila dapat tahu dia burukkan kami pada kawan2 lain sampaikan separuh dari 1 batch pandang serong. Mulanya macam biasa, 2 orang kawanku bukan jenis nak kisah, asalkan kita tak kacau life orang, tapi bila sampai ada kawan lain sound depan2, dah jadi isu lah kan?

Boleh kira berapa ramai yang siap set time untuk jumpa depan2 dan tanya apa yang jadi sebenarnya dan kenapa nama kami naik?

Aku dengan dua orang kawan pun pelik, sebab jenis kami lepas habis kelas, balik asrama buat hal sendiri. Nak kata hang out sekali jaranglah, see rapat pun kami still bg time untuk privasi sendiri.

Cuma setiap weekend, mmg kami bergilir untuk stay up di asrama setiap seorang tengok movie bagai. Tu yang jadi pelik, kenapa nama kami naik sampaikan ramai yang boleh pandang serong? Bila kami tanya semula, ditanya kami balik sampaikan tergantung tak bertali.

Hampir 1 sem kot kami bertiga dilayan begitu, Akhirnya terjawab melalui yang sound kami depan2 tu, dia ckp yang si B (yang Aku nangis tnpa sebab tu) kata sepanjang berkawan dengan kami, banyak yang kami kutuk pasal kwn2 1 batch.

Hello, sampaikan geng lelaki pun tahu isu nie. Sumpah geram ja Masa tu. Patutlah, dia pun macam dah on off dengan kami. Rupanya ada agenda. Tapi nak mengamuk marah pun macam tak ada function.

Lepas kena sound tu, aku cuba tenang sementelah 2 orang lagi (si C dan D) dah tengah hangat tinggal nak letup, dan aku cuma cakap nie ja, “sepanjang kita kenal, tanpa ada dia, pernah ka kau dngr yang kami ckp bukan2 psl kwn2 lain?” Dia diam. Nmpk jugak mata tu ligat cari jawapan.

Aku sambung lagi, “Aku dengan C dan D tak ada benda nak debatkan. Aku tahu makin aku cakap, makin jadi isu. Kau kawan ja dengan dia baik2, ada masalah, cari ja kami.” Habis ayat yang sampai sekarang aku ingat dan aku pegang, aku terus ajak kwn2 aku pergi.

Mulanya, kwn2 aku tak puas hati sebab aku bagi jawapan mcmtu seolah mengaku yang kami salah, tapi aku tahu diam kami bukan lemah. Biarlah kawan tu kenal luar dalam si B sebelum open table dengan kami.

Tak adil untuk kita berdebat dengan orang yang tak tahu pangkal hujung cerita, dan tak ada function untuk kita promote diri yang kita tak salah dan hanya mangsa keadaan.

Sebab makin kita tegakkan diri kita, makin tepuk tangan yang cuba jatuhkan kita. Aku tak cakap orang yang nak tegakkan kebenaran tu salah, yes ada masa kita kena bersuara.

Tapi untuk situasi aku, dan kawan2 aku sendiri akui keajaiban bila kita diam, memang kena sangat untuk kami diam. Diam bukan lemah, tapi diam sebab nak bagi ruang untuk orang nilai dan belek betul2 mana kaca dan permata.

Sejak kami pilih untuk diam, kawan2 lain tak lagi serbu tanya itu dan ini. Walaupun kadangkala terfikir apalah salah kami sepanjang kita berkawan. Nak kata kami yang paksa untuk dia join team kami, tak pernah. Memang dia yang volunteer. Mungkin juga kami ada tersakitkan hati tanpa sedar. Erm.

Ye, masih ada ja yang menyampai nama kami diburuk2 kan si B, kata yang kami high demand dalam buat tugasan, suka perlekehkan orang lain dan banyak lagi.

Bila fikir balik, bazir jugak overthinking aku untuk kau, tapi sebab sayang kawan punya pasal. Dan ini yang kau bagi sebagai balasan. Aku tak dendam, aku maafkan. Cuma untuk kawan yang bersifat bertalam 10 kali ganda nie, erm mohon diubah.

Guess what, hasil aku dengan kawan2 diam sepanjang tempoh kami diserang mental emosi, yang sound kami sebelum nie datang pada kami.

Dia minta maaf, dan dia mula faham kenapa aku bagi statement mcmtu pada dia. Bila ditanya, dia akui dia dah nampak sisi yang dia Tak pernah nampak sebelum nie pada si B.

Dia sedar silapnya dan kami pun malas nak simpan lama2, kami okay dan terima sesiapa nak kawan dengan kami. Sampai habis belajar, isu nama kami diburukkan tu tak habis, tapi alhamdulillah tak seteruk seperti sebelum itu.

Kuasa Allah hebatkan? Tanpa perlu kita habiskan air liur untuk buktikan kita tak salah, Allah ada sebagai saksi dan jaminan.

Percayalah, hanya mereka yang tahu mereka buat salah akan berm4tian2 untuk yakinkan orang tentang dirinya. Kita sendiri boleh beza antara yang tegakkan kebenaran dan mereka yang nak jatuhkan orang demi kepentingan sendiri.

Alhamdulillah, dengan diam kami, makin lama makin kawan2 datang tegur kami seperti biasa, malah ada yang bagitahu, si B asyik ulang ayat yang sama untuk burukkan kami, but it’s okay, kami pun dah boleh move on.

Macam aku katakan, kadang2 kita tak perlu susah2 untuk promote tentang kebaikan diri kita, orang Ada mata, ada hati boleh nilai sendiri. Pijaklah sedalam mana pun, jatuhkanlah dengan pelbagai cara sekalipun, kalau kita baik, orang tetap akan cari dan pandang. Yang penting, Allah itu ada.

Sebelum aku tamatkn, pesan aku untuk mereka diluar termasuk aku, overthinking tu biar berpada2 (Aku sendiri masih dlm proses untuk control, doakan aku ok).

Kepada yang menjadi mangsa aniaya, sokay, pujuk diri untuk maafkan mereka. Kalau dah puas kau lantang bersuara untuk tegakkan yang benar tetapi tiada yang nak percaya, sokay, pujuk diri lagi, Allah ada.

Biarlah yang keburukan tu menang dulu, biarlah mereka yang zalimkan kau tepuk tangan ketawa dulu. Ingat, diam bukan tanda lemah atau mengalah. Diam adalah untuk ruang bagi mereka2 yang tak tahu the whole story untuk nilai sebaik2nya tentang kita.

Yang menganiaya pulak, jangan disangka kami diam, kami tak alert dengan apa yang awak buat. Kalau ikutkan hati, memang nak dibalas. Tapi kami tahu, kami ada Allah yang boleh membalas lebih dari apa yang awak buat. Bak kata mak2 legend, jangan terlalu suka sangat, nanti ada yang menangis.

Percayalah, doa orang teraniaya tu sangat2 Allah pandang. Jangan bazirkan masa untuk mereka yang aibkan kau, serah pada Allah dan belajar untuk maafkan mereka walaupun payah. Yang buruk itu datang daripada aku, yang baik lagi benar semuanya datang dari Allah…

Terima kasih, semoga perkongsian aku bermanfaat, dan maafkan salah silap mana yang korang kurang kerkenan dengan cara prinsip aku. Love korang kerana Allah.

– It’s me (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit