Berkahwin Dengan Suami Orang Pun Jodoh Juga

First of all saya nak ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi untuk publishkan tulisan ini. Sebelum saya mulakan semuanya eloklah saya kenalkan diri serba sedikit. Saya, seorang lepasan Masters, seorang pensyarah di sebuah university awam di Malaysia berumur awal 30an. Ada income tetap sendiri dan kehidupan cukup selesa. Kalau orang bertanya soal jodoh atau nikah kahwin, jujur lilahita’ala saya katakan setakat ini saya belum lagi ada rasa ingin berkahwin, mungkin disebabkan sudah selesa dengan kehidupan sekarang. Dan hati pun tidak terjatuh pada sesiapa. Semuanya cukup, makan dan pakai, serta tempat perlindungan dan pengangkutan. Pendek kata kalau boleh saya katakan, I don’t need a man financially anymore.

Di umur lanjut seperti saya (lanjut dari perspective masyarakat melayu. Kebiasaannya kalau dah 30 lbh dan masih bujang, saya faham masyarakat akan melebelkan kami dalam kategori anak dara tua) dan masih lagi tidak berkahwin, dan sudah ada kehidupan yang selesa, saya sudah tidak kisahkan semua itu (sama ada kahwin ataupun tidak. Lebih kepada malas nak fikir). Bukan tidak berfikir sedikitpun tapi kalau sudah tak ada dan jodoh masih belum sampai, usaha macamana sekalipun, paksa macamana sekalipun benda takkan jadi. Berbalik kepada kun faya kun. Jadi di umur yg sebegini, jika ada yang bertanyakan kepada saya, apa yang paling saya takutkan, dan jika mereka memberikan saya pilihan, sama ada takut untuk hidup membujang sampai ke tua ataupun takut jika terkahwin dengan suami orang, jujur saya katakan saya lebih takut jika terjatuh hati dan terkahwin dengan suami orang. Saya lebih rela hidup membujang sampai ke tua. I have been living alone for a long time so I think I can do it for many years to come.

Saya tahu dengan terpublishnya tulisan ini, maka saya tahu penulisan ini akan mendapat banyak cacian daripada netizen tambahan lagi isteri2 (pertama) orang. Saya perempuan. Isteri2 orang juga perempuan. Jangan menafikan jika saya mengatakan, perempuan ini hati dia lembut. Hati dia mudah untuk jatuh cinta. Maka tak hairanlah kalau hari ini ada yang menangis air mata darah sekalipun sebab dipaksa kahwin dengan lelaki yang tidak dicintai tapi esok lusa lepas akad nikah boleh cinta mati. Dan tak hairan juga lah kenapa ada kes penderaan rumah tangga sehingga terbakar atau tercedera tapi masih ada yang ingin bersama dengan sang suami dengan alasan masih cinta. Ada yang rupa paras cantik, boleh terjatuh cinta dengan lelaki kurang handsome. Ada perempuan bergaji tinggi, boleh terjatuh hati dengan lelaki yang tiada apa2. Soal hati, bukan kita yang memegangnya. Mulut boleh berkata tak nak itu dan ini, tapi jika Allah katakan ya pada hati kita, maka ya. Perihal hati ini lah yang paling takut untuk saya perjudikan atau memperkatakan sebab hati ini milik Allah, bila2 masa sahaja Dia boleh bolak balikkan. Hari ini kita boleh menegaskan kita tak akan jatuh cinta atau kahwin dengan suami orang, esok bila Allah ingin uji dan mengubah hati kita, kita pun tak boleh buat apa2.

Tercetusnya penulisan saya di sini bersebabkan viral terbaru seorang artis perempuan Malaysia berkahwin dengan suami orang dengan alasan ingin menumpang kasih. Maka dengan itu saya lihat ramai kawan2 saya yang telah berumah tangga share article2 tersebut di wall mereka dengan caption yang berupa cacian dan makian. Tidak kurang juga yang menggelarkan perempuan2 yang berkahwin dengan suami orang ini sebagai ‘pig’. Saya juga perempuan. Saya juga tidak akan suka jika perkara tersebut berlaku kepada saya. Jika bertanya kepada saya 10 tahun lepas, pasti saya juga akan mencaci dan memaki perihal ini sebab 10 tahun lepas mungkin saham saya masih tinggi, pilihans saya juga masih banyak yang bujang2. Tetapi di kedudukan saya sekarang, walaupun saya masih tidak suka hal perempuan dimadukan, saya tidak berani untuk mengatakan apa2 pun. Sama ada mencaci atau memaki atau mempersoalkan perihal jodoh orang lain. Kerana saya juga tidak tahu apa takdir saya dikemudian hari.

Saya takut hari ini saya mencaci orang sebab dia berkahwin dengan suami orang, esok2 perkara tersebut terkena dengan batang hidung sendiri. Sebab saya mengukur pada situasi, di umur yang sebegini, bukannya senang untuk mendapatkan lelaki yang bujang, seumur dengan saya ataupun lebih tua daripada saya untuk dijadikan suami. Ya saya akui, ada memang ada, tapi sekali lagi saya katakan, bukan senang. Dan bukan senang juga untuk mendapatkan lelaki yang lebih muda daripada saya untuk dijadikan suami. Saya katakan begini bukanlah saya berniat untuk berkahwin dengan suami orang, jauh sekali. Tanya lah pada mana2 perempuan sekalipun, takkan ada 1 pun perempuan lahir di dunia ini bercita2 ingin berkahwin dengan suami orang. Berbalik kepada pilihan di atas, pada saat sekarang dimana hati saya masih kosong dan tidak terjatuh hati dengan sesiapapun, jika diberi pilihan sama ada untuk membujang sampai ke tua atau berkahwin dengan suami orang, saya akan tetap memilih untuk membujang sampai ke tua. Saya juga seorang perempuan dan saya rasa tidak ada seorang perempuan pun didalam hatinya bercita2 untuk memusnahkan rumah tangga orang lain sehinggalah dia diuji untuk berada dalam keadaan sedemikian.

Tetapi, sekarang saya boleh mati2 bersumpah atau mengatakan tidak mahu berkahwin dengan suami orang, atau bersumpah tidak akan jatuh hati dengan suami orang. Tapi hati kita bila2 pun Allah boleh bolak balikkan. Kalau Allah sudah katakana ya, maka siapa saya untuk mengelak? Tapi jangan risau, saya akan tetap mengelak sehabis daya. Siapa ingin berkahwin dengan suami orang dan berkongsi kasih? Tiada siapa kan?

Tujuan saya menulis ini bukanlah ingin mempersoalkan hak isteri2 pertama yang marah dengan viral tersebut tetapi saya cuma ingin mengingatkan supaya bila bercakap, biarlah berlapik. Atau kembalilah kepada fitrah. Semua yang terjadi adalah takdir Allah. Jika Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tidak akan terjadi. Allah, Islam yang membenarkan lelaki berkahwin empat jadi, semestinya akan ada takdir yang Allah tulis untuk perempuan2 tersebut dimadukan. Allah tidak membenarkan sesuatu terjadi dengan sia2, maka dengan itu tinggi lah juga pahala kesabaran dan hikmah yang Allah nak berikan buat perempuan2 tersebut. Isteri2 di luar sana mungkin akan mencerca saya dengan tulisan ini tapi saya tekankan untuk cakap berlapik atas dua sebab. Seperti mana saya takut untuk mencerca takdir perempuan yang berkahwin dengan suami orang kerana takutkan perkara tersebut terkena batang hidung sendiri, seperti itu lah saya ingin mengingatkan isteri2 di luar sana.

Kita hidup bukan menongkat langit. Jodoh yang Allah berikan untuk kita juga takdir Allah. Syukurlah kita ditemukan jodoh awal, dan ditemukan jodoh dengan lelaki single. Dan ditemukan jodoh dengan cara baik, tidak dicaci manusia tidak dimaki manusia. Tapi 1 perkara yang kita kena ingat, semua yang berlaku di atas kuasa Allah, diberinya jodoh itu kepada kita adalah kerana Allah, ditariknya pinjaman jodoh kita itu juga adalah kerana Allah. Kita juga tidak tahu sampai bila jodoh kita dengan suami kita akan kekal. Bukan saya ingin mendoakan yang buruk2 tetapi entah2 hari ini kita sakitkan hati orang (disebabkan dia berkahwin dengan suami orang dan kita yang tidak tahu hujung pangkal cerita, mencaci dan menghina dia di media sosial dan menyamakan dia dengan binatang haram itu) tiba2 esok Allah nak uji kita pula, jodoh kita dengan suami kita tidak panjang. Pada masa itu baru lah kita akan tahu macamana strugglenya jadi Mak J dengan anak2, mcmana sunyinya. Sekarang ketika kita masih ada suami, kita boleh berbangga, meninggi diri dan kutuk dan mengata orang lain dengan ayat ‘sunyi sangat la tu’, ‘gatal sangat la tu’ sampai nak bersuamikan suami orang. Tapi bila kena dengan batang hidung kita sendiri, mungkin pada masa itu kita hilang kata2. Mungkin masa tu kita pulak yang sunyi, nak menumpang kasih pada yang lain pula. Mungkin pada masa itu pun, bila ada suami orang datang untuk memberi kasih, kita pun tak mampu nak menepis.

Sebab ke dua saya tekankan untuk cakap berlapik, sebab kalau kita ada anak perempuan, kita takut benda tu terjadi dekat anak kita sendiri. Kita mungkin murah rezeki, dapat berkahwin dengan orang bujang, tapi hari ini kita sakitkan hati orang, esok2 Allah nak uji kita dan jodohkan anak kita dengan suami orang. Siapa dapat menepis kalau Allah dah kata ya. Kenapa kalau berkahwin dengan lelaki single, masyarakat akan mengatakan itu adalah jodoh. Tapi kenapa jika berkahwin dengan suami orang, masyarakat sehabis daya nak menafikan dan mengatakan itu bukan jodoh tapi merely just menggatal dan menggedik? Ini lah sebab saya ingin menekankan cakap berlapik sebab kita sendiri tak tahu perkara sebenar. Sama ada jodoh atau pun gatal. Kalau betul perempuan itu gatal, maka tepat kena pada batang hidung dia. Tapi macamana kalau memang betul Allah tuliskan itu jodoh dia? Maka bila kita mencaci dan menghina perkara tersebut secara tidak langsung kita dah mencaci dan menghina tulisan Allah.

Saya tahu dan saya yakin tulisan saya ini akan mendapat cacian dan makian juga. Dan saya tahu akan ada yang akan mengatakan, saya belum kahwin so saya tak tahu macamana rasanya. Saya pernah merasakan macamana sakitnya orang yang disayang dirampas, tapi saya yakin belum sama dengan sakitnya suami dirampas. Tetapi saya yakin, rasa itu lebih kurang sama. Dan saya pasti akan ada yang sakit hati dengan penulisan saya ini yang akan komen mendoakan bila saya kahwin nanti, mintak2 la saya akan dimadukan. Kan? Tapi dari tulisan saya ini saya cuma ingin menegaskan 3 perkara. 1, bila mana perkara tersebut tidak terjadi kepada diri sendiri, kita akan kuat menegaskan kita tidak akan sama sekali berkahwin dengan suami orang. Saya yakin artis yang Mak J muda itu tak pernah terlintas yang perkahwinan pertamanya akan gagal, dan saya yakin dia jugak tak pernah bercita2 untuk berkahwin dengan suami orang. Yang ke 2, saya cuma ingin meminta perempuan2 di luar sana jangan mencaci dan memaki dan mempersoalkan takdir orang lain dengan kata2 kesat. Sebab kita tak tahu pun panjang mana jodoh kita dengan suami kita sekarang, dan kita tidak tahu pun sama ada kita tak kan duduk di tempat dia di masa hadapan. Semuanya di tangan Allah. Kita duk mendoakan yang berkahwin dengan suami orang itu akan mendapatkan karmanya, tapi ingat juga, kita yang mencaci dan menghina dia tanpa tau hujung pangkal cerita dan men’khinzir’ kan dia pun Allah sedang memerhati dan mungkin sedang menulis karma kita. 3, kita tak nak apa yang kita benci tu terjadi dekat anak2 kita atau saudara mara terdekat kita. Kita benci perempuan lain dimadukan dan kita kutuk isteri no 2, tanpa kita tahu alasan sebenarnya. Kita tak nak kita tersalah kutuk dan Allah turunkan karma untuk anak2 kita. Cukuplah dengan berdoa diam2 kepada Allah semoga kita perkara itu tidak berlaku kepada kita, ataupun anak2 kita ataupun saudara mara terdekat kita.

Believe me, perkara ini pernah terjadi kepada rakan saya. Ibu saudaranya pernah mengutuk anak kenalannya yang berkahwin dengan suami orang sehinggakan putus kawan. Tapi end up, anak dia pulak yang berkahwin dengan suami orang.

Akhir sekali, saya banyak melihat bila perkara ini terjadi, perempuan akan menyalahkan perempuan itu yang gatal. Dan tidak pernah menyalahkan si suami. Dalam mana2 hal perempuan berkahwin dengan suami orang, yang saya lihat cumalah seorang perempuan mengutuk perempuan yang lain. 1 dalam 10 juta pun tak dapat lihat, perempuan mengutuk si suami tersebut. Dalam hal ini saya rasa dua2 perlu dipersalahkan sebab kalau si lelaki tidak menggatal, perempuan juga tidak akan beria2. Lagipun, yang shake hand tok kadi itu lelaki. Kalau lelaki tidak menerima nikahnya, tak ada pun benda tu terjadi. Maka saya harap masyarakat teruskan cakap berlapik, jangankan mentang2 perempuan tersebut berkahwin dengan suami orang, dia disamalabelkan dengan ‘pig’.

Kun Faya Kun.

Daripada saya yang akan berusaha sedaya upaya tidak akan jatuh hati dengan suami orang ataupun kahwin dengan suami orang. Sama2 lah kita berdoa supaya perkara itu tidak berlaku kepada kita. Sebab kita tahu macamana masyarakat akan mengecam kita pulak.

Dan saya juga bukan peminat artis2 yang kahwin dengan suami orang tersebut :)

– Ms. Haliza

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit