Assalamualaikum semua… Selalukan orang kata kalau kita berkahwin, kita bukan berkahwin dengan pasangan sahaja. Sebaliknya berkahwin dengan seluruh keluarga.
Baik lelaki atau perempuan. Isu ni kerap kali muncul atau boleh kata trend laaa… Setahun sekali mesti muncul isu mentua… keluarga sendiri atau keluarga mentua.
Dan ramai juga yang selalu salah faham dengan ayat tu. Maksud berkahwin bukan hanya menjaga hati sebelah pihak.
Contoh, si isteri kena melebihkan keluarga si suami atau si suami kena melebihkan keluarga si isteri. Itu boleh mendatangkan tak senang hati bagi seseorang yang kita pun kadang-kadang tak pasti. Mungkin ibubapa kita ok tapi ipar duai?
Hidup kena seimbang! Maksud berkahwin tu sendiri adalah bila si isteri pergi ke rumah si suami, si isteri kena pandai bawa diri dan memahami keadaan keluarga suami. Begitu juga sebaliknya, si suami pandai bawa diri dan memahami keadaan keluarga isteri.
Tak kira la porak peranda atau bahagia macam mana pun setiap keluarga, si isteri simpan aib keluarga suami dan si suami simpan aib keluarga isteri.
Konsep bawa diri pula… Bukan maksud setiap kali balik ke rumah mentua, duduk bilik dan menanti untuk dipanggil makan… Dihidang segala. Pandai bawa diri maksud bergaul.
Jangan pula si suami dengan keluarga sendiri kemain hebat tapi bila dengan mentua lain pula perangai. Atau si isteri dengan keluarga mentua kemain hebat tapi bila keluarga sendiri bagai nak bercakar dan sebaliknya.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa ye mukadimah panjang sangat ni? Mana ceritanya? Aku… Belum berkahwin… Belum mengikat apa-apa hubungan. Tapi menulis macam ni kan? Macam hebat sangat je diri ni…
Tidak! Aku menulis untuk ingatan. Kerap kali sekeliling aku ada je masalah macam ni. Ipar duai masuk campur… Sampaikan nama anak bakal lahir pun kakak ipar nak masuk campur.
Tak sedap laaa… Tak moden laaa… Yang si suami yang kononnya mengikut kata atau erti kata lain hormat orang tua bagai dipatuk untuk patuh.
Ada pula yang bila dah berkahwin, isteri/ suami sibuk menjaga hati keluarga mentua sampai lupa hati keluarga sendiri.
Yang terlebih jaga hati keluarga sendiri pun masalah… Sebab tu aku kata, berkahwin melibatkan ramai tapi yang menjadi tunggak dan tiang rumah tangga adalah suami dan isteri itu sendiri. Keluarga lain hanya rujukan sahaja.
Berkahwin ni ibarat ada 2 ibu dan 2 bapa. Serta berganda kakak atau abang dan juga adik-adik. Sedar tak sedar, setiap hari mesti ada hati yang kita lukakan tanpa niat.
Mungkin kita terasa yang kita dah buat yang terbaik tapi… Tak siapa tahu. Ada satu video aku tengok, “Adakah kita dibenarkan merajuk dengan mak kita?”
Sumpah… video itu menginsafkan aku. Terkenang segalanya. Terbayang betapa besarnya tanggungjawab bila sudah berkahwin.
Mampukah aku? Kerana hati itu adalah anggota terbesar untuk dijaga. Andai terguris… Bukan setakat dosa mendatang tetapi… Hurmmm…
Kerap kali juga aku dan bakal pasangan bincangkan hal begini. Aku duduk dengan keluarga, dia juga duduk dengan keluarga. Masing-masing jauh. Bukan setakat lain negeri, kami lain negara. Jumpa pun setahun sekali… Ni tengah isu Covid-19, lagi la…
Kami hidup dalam keadaan PJJ (Hubungan Jarak Jauh). Setiap kali timbul soal kahwin, kami berbincang tentang masa depan.
Adakah kami boleh bertolak ansur seperti sekarang? Adakah kami mampu menjaga hati kedua belah pihak? Mampukah kami menjaga aib keluarga memasing? Semua itu masih menjadi persoalan kami.
Akhirnya kami serahkan pada takdir. Keadaan sekeliling buatkan kami fikir banyak kali walaupun kami dituju dengan pelbagai soalan. Umur laaa… Jodoh laaa… Dan sebagainya.
Buat mereka yang ingin mendirikan rumahtangga, teruskan niat baik anda semua. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Jaga diri dan banyak bersabar. Hidup berkahwin kena banyak bersabar dan tegas dalam masa yang sama.
Untuk mereka yang berkahwin dan berjauhan dengan pasangan masing-masing, insyaAllah dipermudahkan juga urusan anda semua.
Apa yang terjadi bersebab walaupun aku sendiri suka hidup PJJ. Hahaha! Biasalahhh… Jenis senang bosan. Kalau jumpa sekali sekala tu baru best.
Manis tu akan selalu kekal. Bagi aku la kan… Tak tahu la orang lain. Ada pula yang kata lepas kahwin memang kena duduk sekali.
Apa guna kahwin duduk asing? Tapi apa guna pula kahwin duduk sama tapi asyik bertekak? Dan tak ada me-time sendiri? Banyakkan persoalan… Tapi terpulang pada masing-masing punya pendapat.
So akhir sekali… Tak ada benda sangat nak buat confession sebab kalau aku buat ni… Confirm akan buat ramai terasa. Terlalu banyak kisah pahit perkahwinan aku dengar sampaikan aku sendiri rasa, “Mereka ni berkahwin untuk s3ksa diri ke?” Haha…
Last but not least, jangan buat orang yang belum kahwin trauma dengan cerita atau kisah-kisah pahit kahwin korang. Cerita boleh tapi jangan la kerap sangat.
Kesian tengok orang belum kahwin kalau trauma. Ada satu page tu kerap la post isu masalah keluarga, sampai aku rasa nak report. Haha.
Then korang… Terima kasih kerana membaca penulisan pendek ini. Sekadar untuk meluahkan apa yang terlintas dalam fikiran.
Jika ada sebarang pandangan atau pendapat mengenai apa yang aku tulis ni, sila-sila la komen. InsyaAllah aku akan monitor and baca pendapat korang semua. Itu sahaja. Byeee~~~
– Acme (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit