Berpantang: Kuno & Moden

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Tajuk dah menggambarkan apa yang ingin diperkatakan. Aku ibu anak 1. Mungkin mak ayah aku mengajar aku tidak terlampau melawan cakap orang orang tua semasa berpantang, jadi aku pantang tersangat sangat ketat.

Baru baru ni adik ipar aku selamat melahirkan anak, lelaki. Oleh kerana, mereka tinggal di negeri orang dan hendak pulang ke rumah adik ipar ak tu hanya adatransport kereta sahaja, mak ayah ak membawa mereka pulang dengan flight supaya tidak terasa jauh perjalanan. Jika dah sihat baru pulang ke rumah mak ayah adik ipar aku.

Aku berpantang haritu dengan kakak ipar aku sebab parent aku pergi umrah. Nak berpantang sendiri tak tahu. Dipendek kan cerita, adik ipar aku berpantang di rumah mak aku. Layanan mak ayah aku bagi perghhh tak payah cakap first class. Makanan mereka mak aku yg masak, anak nya ayah aku yg cuci kencing berak nya dan mandi, untuk urut pantang semua lah. Aku pon cari sendiri semua.. cemburu.

Mak aku pencen jururawat perbidanan jadi dia tahu nak jaga macam mana. Tapi mak aku ada merungut waktu aku datang melawat mereka, budak zaman sekarang, semua google, facebook.  Aku pun tanya lebih lanjut. Tak di beritahu.

Aku tidur di rumah mak aku, sebab suami aku outstation. Sepanjang duduk di rumah mak aku baru aku tahu. Rupanya mak aku menegur adik ipar aku, berkenaan pemakaian stokin, baju tebal untuknya. Dan berkenaan anak nya. Tetapi di bahas nya mengatakan sekarang Malaysia panas, tak kan nak pakai stokin macam duduk kutub utara. Mak aku hanya mendiamkan diri sahaja. Sebab di fikirkan menantu.

Kemudian berkenaan penggunaan aircond. Mak aku langsung tidak bagi remote aircond. tapi disuruhnya adik aku amik remote aircond bilik lain dan on juga. Aku mengucap panjang. Ketika kawan kawan mak aku ingin melihat anak mereka, salah seorang menegur mengatakan baby seakan tidak cukup susu.. Adik aku membalas, kuat minum susu takkan tak cukup. Bila diselidik, rupanya sebab penggunaan aircond. Baby dalam kandungn memang sudah biasa suam suam. Jadi jangan risau.. Lepastu di cakapnya dekat google kata boleh je.

Pemakanan tak payah cakap, sesuka hati. Baru 20 hari makan kfc delivery lagi. Katanya, ikan ikan kat laut tercemar, jadi ikan tak elok di makan. Aku pening dengan generasi Google ni. Dibantahnya cakap orang tua. Pemakanan semasa pantang di kata tak sedap. Katanya mak aku tak up to date. Baru 25 hari sudah pusing mall. Mengucap aku.

Kesimpulan, jangan terlampau moden hingga merosakkan badan dan tolong tolong, jangan biadap dengan mengeluarkan fakta based on google and bercakap dengan ahli perubatan seakan-akan kau seorang takkan tua satu hari nanti.

– Si moden

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *