Berserah Sepenuhnya Pada Allah

Assalamualaikum, terima kasih ye siarkan confession ni..

Aku seorang perempuan, berumur 24 tahun. Aku berasal dari KL. Aku baru putus tunang.

Putus tunang sangat menghancurkan aku.

Semoga takkan ada orang yang aku kenal, yang baca confession ni, yang kena tempuh sakitnya putus tunang.

Aku bertunang bulan November 2019, sepatutnya aku dinikahkan dua minggu lagi. Tapi bulan Januari haritu, aku ditinggalkan.

Aku kenal dan mula berkawan dengan bekas tunang aku sejak di Tingkatan Satu. Ye, berkawan. Sebab kami tak pernah officially mengaku kami adalah pasangan masing-masing sampailah aku tahun akhir Ijazah.

Sejak dari dulu, dia memang sangat baik. Dia seorang yang sangat mengambil berat, kami macam best friend. Aku selalu cakap, aku tak tahu macam mana nak hidup kalau takda dia.

Dia selalu cakap, dia takkan pernah tinggalkan aku.

Aku rasa bersyukur sebab aku kenal dia, dia sayang aku. Sebab fizikal aku, jauh sangat dari cantik. Aku berbadan besar. Kulit gelap. Aku selalu cakap dia buta sebab nak kat aku. Tapi dia akan marah aku, katanya tak semua orang nak dan suka benda yang sama. Cantik itu subjektif.

Bulan 8 tahun lepas, dia ajak aku kahwin. Tuhan je tahu betapa berbunganya hati aku.

Keluarga aku memang kenal dia, selalu puji betapa baiknya dia. Bulan 9 keluarga dia merisik. Keluarga aku gembira. Bulan 11 kami diikat dalam pertunangan. Aku sangat bahagia. Sebab dia sentiasa senyum sejak dia ajak aku kahwin.

Tapi bahagia aku tak lama.

1 Disember, dia minta putus tunang. Alasannya, dia berubah hati. Tapi aku tak layan, sebab dia masih ambil berat tentang perihal aku. Hantar aku pergi kerja, ambil aku balik. Dalam dia minta putus, aku demam teruk, dia ambil dan bawa ke klinik, sentiasa make sure aku ok.

2 minggu lepas tu, aku ingat dia dah ubah fikiran. Rupanya tidak. Dia masih nak putuskan pertunangan kami. Aku pujuk pujuk dan pujuk, tapi tak berjaya.

Dia mula buka mulut dengan keluarga dia. Aku perlahan-lahan bagitahu ibu dan ayah aku. Aku anak tunggal. Ibu dan ayah aku dah tua- sakit jantung. Aku yang jaga mereka. Tuhan je tahu macam mana takut aku masatu.

Ayah aku marah. Ibu aku menangis. Ibu aku asyik tanya, apa yang aku dah buat sampai dia lari. Tapi bila aku cuma diam, ibu dan ayah aku perasan yang aku tertekan, mereka pun diam.

Aku tak kerja 2 minggu. Aku tak makan, tak minum. Aku sedih, kehilangan kawan baik aku, orang yang aku rapat dan sayang. Tapi aku sangat sedih sebab buat ibu dan ayah aku sedih.

Tapi kalau itu yang membahagiakan dia, dan keluarga dia. Aku sanggup. Aku pesan dengan ibu dan ayah, biarlah apa sekalipun, aku nak tamatkan hubungan ini dengan penuh rasa sayang juga. Aku terima kerana sayang, aku lepaskan kerana sayang. Aku nak dia bahagia.

Aku taknak ada rasa dendam, marah, sakit hati antara sesiapa pun. Asalnya hubungan dan perkenalan keluarga ni atas dasar sayang.

Biarlah orang kutuk aku, perempuan tak laku, takda maruah sebab tak minta ganti rugi, melukut di tepi gantang, aku tak kisah. Biarlah habis dengan keikhlasan.

Bila keluarga dia sampai, lutut aku lemah. Ibu aku masih cuba pujuk keluarga dia. Tapi semua masih nak tunaikan kehendak anak mereka, iaitu putuskan. Kami akur.

Aku pulangkan cincin. Bukan kerana simbol aku yang memutuskan, bukan kerana aku tak ingin nak simpan lagi, tapi kerana aku nak dia tahu aku sayangkan dia. Aku sanggup walau apa sahaja.

Sampai harini, aku rasa hidup dia macam biasa. Tapi aku masih menangis setiap hari. Bukan depan ibu dan ayah…. diorang akan turut sedih. Tapi setiap kali aku sujud. Tuhanku, aku sedih.

Tahu apa yang paling buat aku sedih dan menangis? Selama aku bersama dengan dia, aku selalu cakap, saya bahagia kalau awak bahagia. Tapi rupanya dia tak bahagia dengan aku. Saat-saat aku bahagia, dia berpura-pura ke? Aku pun tak tahu. Selama ni semua satu penipuan ke? Tuhan je yang tahu.

Tapi aku, aku ikhlas.

Aku ikhlas sayangkan dia.

Orang cakap ruginya masa yang aku luang dengan dia. Semua silap. Aku ikhlas, jadinya setiap saat yang aku luang takkan pernah terbazir. Biarlah dia tak balas ikhlas aku, tapi aku yakin Allah akan balas.

Ayah aku tanya, sampai bila aku nak sayangkan dia. Aku cakap sampai bila-bila. Betul, aku tak boleh padam dia dari hidup aku. Tapi aku sentiasa berdoa dalam hati, untuk Allah bagi aku kekuatan untuk ikhlas melepaskan sebagaimana aku ikhlas sayangkan dia.

Doakan aku ya? Semoga Allah bantu aku ikhlas melepaskan.

Doakan aku dipertemukan dengan hamba Allah yang soleh, yang boleh menerima kekurangan aku, yang membimbing aku dekat dengan Allah dan semoga aku menjadi isteri yang baik.

Yang penting, semoga bakal suami aku seorang yang ikhlas benar-benar menyayangi aku.

Doakan aku ya?

Boleh ke aku mencintai orang lain seikhlasnya? Entah. Aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Tuhan yang menyelamatkan aku ketika aku dalam kesedihan dan kegelapan.

Aku yakin, Allah mesti akan buka pintu hati aku pada orang yang seikhlasnya cintakan aku kerana Allah. Aku yakin. Aku serah semuanya pada Allah.

– GadisRindu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *