Bertahan Kerana Sayang

Assalamualaikum dan hi semua. Perkenalkan aku Mira Liyana (bukan nama sebenar) dan berumur 20an serta sudah bekerja. Cukup perkenalanan aku pada korang semua. Maaf aku tak pandai nak mengarang ayat sangat since dah lama tinggalkan zaman persekolahan, hahaha.

Aku ada seorang boyfriend. Aku gelarkan dia A. Dulu kami 1 sekolah dan pernah 1 kelas tapi sekejap je sebab ada rombakan kelas. Dia seorang yang baik, nakal means dia suka kacau orang, jaga solat dan ada rupa juga.

Sebenarnya kami hanya berkawan tapi sejak 9 bulan yang lalu hubungan kami makin serious. Kalau korang nak tahu dia adalah ex pada adik aku. Alhamdulillah adik aku pun dah kawin dengan orang lain.

Awal perhubungan aku dengan dia tak serious sangat tapi kami ada berbincang pasal future iaitu berkawin. Apabila dah lama dengan dia rupanya dia merupakan seorang psiko, pemarah, panas baran dan pantang dicabar.

Terlalu banyak perkara dan peristiwa yang membuatkan aku banyak kali menangis, menangis dan menangis. Dia paling tak suka orang tu dah janji tapi datang lambat. Dia akan marah gila dan maki-maki. Benda yang kecik dan remeh temeh dia akan marah plus maki. Maki dengan perkataan yang kesat tahu tak korang contoh bodoh, babi dan macam-macam.

Dari luaran, dia good looking, peramah dan murah dengan senyuman tapi reality tidak bagi aku. Aku terima dia kerja biasa-biasa sebab aku tak kisah pasal pekerjaan tu asalkan dia baik dengan aku, hargai aku, boleh sama-sama susah senang dengan aku. Aku banyak berkorban untuk dia. Maybe dia tak nampak apa aku buat untuk dia selama nie. Allahu.

Aku sayang dia sebab tu aku tahan segala makian dan panas baran dia. Sepatutnya dia sedar aku ikhlas berkawan dengan dia selama nie sebab aku jenis tak kisah pasal pekerjaan sesorang tu. Ramai kawan aku yang recommendkan laki yang bekerjaya bagus seperti polis dan cikgu.

Kawan-kawan ada yang cuba bantu aku tolong carikan lelaki yang baik-baik dan ada kerjaya bagus. Tapi aku tetap dengan pendirian aku untuk setia dengan dia sahaja. Gaduh teruk macam mana sekali pun, aku tetap dengan dia. Yer dia seorang yang kuat cemburu.

Sekiranya dia cemburu, dia akan balas perbuatan itu supaya aku pun cemburu juga then nanti dia akan ungkit balik kisah dia cemburu. Agak complicated sebenarnya melayan kerenah dia nie. Aku sentiasa sabar dan banyak-banyak beristighfar time aku rasa nak marah dengan dia. Tapi kebiasaannya marah sekejap je cuma merajuk gitu.

Aku sayangkan dia. Aku tahu aku terlalu bodoh terima diri dia. Aku percaya ada hikmah semuanya atas kesilapan aku dulu. Tadi kami baru je lepas gaduh. Aku rasa benda tu simple. Maybe dia tercabar agaknya sampai dia cakap dia dah give up dengan aku.

Aku tahu korang baca pun banyak aku luahkan keburukan dia kan. Kalau korang nak tahu, aku seorang yang suka simpan dan pendam sebab aku tak nak keruhkan keadaan. Dia pula jenis kalau aku buat salah memang dia sound plus maki. Dia nak cakap baik-baik? So sorry lah. Dia bukan macam tu.

Aku menangis air mata berdarah sampai nak terkeluar biji mata nie pun dia tak pujuk dan tak pandang aku langsung. Malah dia makin marah dan tak beralah. Aku pun ada ego, dia pun ada ego tapi ego dia tersangat-sangat susah nak faham.

Bila dah lama kenal dia baru aku tahu, dia susah nak terima pendapat dan pandangan aku. Time aku bagi pendapat aku, dia malas nak layan. Aku nie dah lah noob pasal agama. Apa salahnya si A nie ceritakan elok-elok supaya aku mudah faham yer dak? Yer dia seorang yang agak kuat juga ilmu agama dia. Dia pun suka juga bercerita pasal kisah-kisah nabi . Time nie best gila dia bercerita.

Banyak kali kami berusaha untuk perbaiki hubungan ini. Mula-mula ok tapi akhirnya bergaduh juga. Maybe ada silap aku juga sebab aku makin naik lemak katanya hmm apa yang aku boleh rumuskan pasal hubungan kami nie adalah kami tak sependapat dan susah nak faham perangai masing-masing.

Aku sebenarnya agak takut nak kawin dengan sesiapa saja sebab takut dapat suami yang tak boleh terima seadanya aku dan aku takut aku tak kuat untuk hadapi ujian apabila sudah berumahtangga nanti. Dugaan bercinta aku sudah lalui, bagaimana dengan dugaan fasa bertunang dan seterusnya? Adakah aku mampu bertahan? Perkara nie sentiasa aku fikirkan.

Aku takut aku tak kuat untuk hadapai semuanya. Aku selalu berdoa untuk dia supaya dia dapat bersabar melayan kerenah aku dan dapat kurangkan amarah dia. Aku akui selama nie jiwa dan perasaan aku terseksa dengan dia setiap kali kami bergaduh. Aku rasa aku terlalu teruk pada mata dia sampai semuanya nampak salah.

Setiap hari salahkan diri aku kenapa aku tak boleh jadi perfect untuk dia atau sekurang-kurang aku jadi apa yang dia nak? Aku pernah terpikir nak bunuh diri sebab terlalu stress dengan kerja then tambah dengan si dia lagi.

Aku marah sorang-sorang dalam bilik pasal dia dan hempas barang semuanya sebab dah terlalu penat dan geram. Dan pada akhirnya, dalam hati berkata, aku sayangkan dia. Aku tak boleh berpisah dengan dia. Aku cuba untuk perbaiki dan ambil hati dia even dia sendiri undurkan diri dia untuk pergi dari hidup aku.

Doakan aku yer kawan-kawan moga aku tabah jalani kehidupan dengan si A. Aku yakin dia dapat bimbing aku dan moga dia berubah apabila kami sudah bernikah nanti.

Terima kasih membaca.

– Mira Liyana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *