Bertarung Dengan Anxiety

Hai nama aku Unknown, umur 24, penganggur dan penghidap anxiety. Baru je battle dengan benda ni around 10 month ago masa aku tengah intern.

Mungkin sebab masa tu company yang aku intern tu sangat strict dan sebab mostly senior dalam company yang aku intern tu memang tak suka aku.

Aku jenis orang yang buat apa yang orang suka dan tak boleh bila orang tak suka aku. Hidup aku untuk bahagia kan orang bukan orang bahagiakan aku.

Aku nak share sikit dengan orang ramai apa perasaan sebenar seseorang yang mempunyai anxiety tapi dalam masa yang sama aku nak clearkan otak aku dengan luahan. Sebab aku still tak dapat accept yang aku ni beranxiety.

Benda kecil yang ada dalam fikiran aku boleh jadi besar dan boleh buat aku rasa macam nak gila dan bila dah sampai tahap maksimum, otak aku tak dapat kawal.

Badan sekali diserang oleh fikiran negatif aku tu, orang tegur tulisan aku tak cantik pun boleh triggered kan anxiety aku. Sebab tu buat aku rasa tak berguna dan menyusahkan orang.

Orang sekeliling aku minta aku jangan fikir sangat benda tu tapi aku tak tahu nak elak benda tu.

Korang bayangkan aku tengah solat pun boleh otak melayang sebab aku boleh “ter”risau kalau aku terlupa something masa solat. Yup memang tak tipu.

Pernah orang cakap kat aku, diorang nak tolong aku tapi tak dapat sebab aku tak cakap apa masalah aku. Tapi sebenarnya bila aku nak cakap aku jadi risau benda lain pula, kalau aku cakap nanti diorang judge aku so aku diamkan.

Benda ni buat aku rasa hopeless sebab aku memang nak meluah tapi aku takut diorang buang aku dan aku jadi lonely.

Ada satu masa tu bila aku nak meluah tapi aku tak dapat sebab aku risau aku menyusahkan kawan2 aku sebab aku rasa diorang ada masalah yang diorang kena hadap so aku kena belajar hadap sendiri.

Sepanjang lima bulan, aku hanya luah 20% apa yang ada dalam fikiran aku dengan orang yang aku kenal sebab aku tak nak diorang fikir aku ni mengada dan hanya nak kan perhatian.

Tapi aku memang nak kan perhatian, aku tak dapat handle benda dalam kepala aku sendiri tapi mulut aku tak dapat luah sebab otak aku dah block.

Buat pengetahuan korang, aku ada satu kebiasaan yang baru aku jumpa untuk redakan anxiety aku dan its very dangerous and i know it. By cutting my hand to see blood.

Minta maaf kalau benda ni sangat bahaya untuk di publish. Maaf maaf dan maaf.

Aku nak luah tapi aku tak berani sebab aku tau salah. Tapi darah aku buat aku rasa lega sebab aku tau aku berjaya hukum diri sendiri. Aku takde niat nak bvnvh diri tapi aku nak lega kan rasa risau tu.

Dalam fikiran negatif aku, Alhamdulillah masih ada sikit positif sebab aku still jaga hubungan dengan Allah dan orang yang aku kenal dan rapat sebab aku masih nak sembuhkan penyakit aku.

Ada masanya aku tak boleh nak hadap benda dalam fikiran aku, aku akan istighfar untuk elakkan diri dari kebiasaan bahaya aku tu.

Aku still percaya benda ni boleh di sembuhkan dengan usaha aku sendiri walaupun perit tapi mungkin aku masih baharu dalam penyakit ini.

Kalau confession aku di publish oleh admin, aku nak pembaca2 doakan aku sembuh dari penyakit ni. Dan aku sekarang memang tengah on medication to treat my anxiety.

Tulus ikhlas,

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit