Bertunang 3 Hari, 4 Hari Sepi

Salam semua, saya adalah seorang gadis lewat 30an. Saya baru sahaja pulang ke kampung halaman sejak belajar dan bekerja di Kuala Lumpur sejak berumur 18 tahun.

Dulu waktu di Uni bercita-cita nak kahwin dengan Rijal pandai yang soleh yang hebat dunia akhirat.

Bukan main tinggi kan, they say aim for the moon even if you fall short you will be among the stars. Gittew. Nak kahwin umur 24 namun dah dekat 40an pun masih juga belum bertemu jodoh.

Kalau cakap saya tak berusaha, saya lebih daripada berusaha, orang lain malu ke depan, saya pulak pernah pergi banyak program mencari jodoh seperti halal speed dating, marriage corner, Soul Seekers, dll sebanyak 7 kali sepanjang saya di KL.

Program2 ni well established tau, beratus jugak habis, dan macam2 orang saya jumpa, local foreigners etc.

Saya ada jugak guna online dating tapi saya tak serious disebabkan ramai kawan2 yang kena tipu. Saya rasa elok bersemuka, senang, lebih telus. Tapi lain orang lain caranya kan.

Saya jugak dah melancong hampir ke sepuluh negara, niat? Mestilah sambil sambil cari jodoh juga…

Kadang kadang orang tuduh saya memilih tapi kalau tak pilih harusnya bagaimana? Ibu bapa saya bercerai sudah dekat 10 tahun, sebagai anak sulung saya banyak melihat keadaan sebenar sebuah keluarga yang bercerai berai.

Ayah kurang tumpukan pada keluarga, tapi sebab ibu seorang yang berdikari meniaga di pasar malam dan medan selera ayah jadi lengah dalam melaksanakan tugas sebagai ketua keluarga.

Ayah culas dalam memberi nafkah sebab ibu dah pandai cari duit sendiri. Nak kata kami dari keluarga susah tak jugak. Sedang sedang saja.

Awal sekolah menengah saya selalu tolong ibu di kedai atau pasar malam, anak sulung kan. Rasa tak puas hati jugak tapi apakan daya kesian kan ibu.

Faktor kewangan menjadi punca perceraian dan kurang perhatian, betullah orang lelaki bila bini tak cantik kurang berhias dicarinya orang lain.

Ayah saya banyak jugak gf tapi tu lah takat tu je saya tau. Tapi saya percaya dua dua pihak tetap menyumbang kepada penceraian ini..

Sebab tu saya rasa takut nak berkahwin, takut macam-macam, takut dicurangi, takut tak disayangi, takut diambil kesempatan.

Saya diketegorikan stabil dalam karier saya dah berbelas tahun bekerja, ye la kan dah dekat 40. Makin lama makin susah pula nak kahwin.

Dulu saya selalu berubat kampung, saya dikatakan ada pendamping lah, anak sulung cucu kesayangan nenek lah dan macam2 lagi.

Ada yang cakap saya takkan kawin sampai bila bila sebab benda tu. Waktu dengar tu rasa sedih sangat, saya berusaha macam2, doa, puasa, sedekah, istikarah tak payah cakaplah sampai berbuih mulut ni berdoa, ayat orang kampung selalu sebut-sebut.

Siap subscribe Visionaire webinar tentang cara berdoa yang betul. Banyak jugak belajar pasal doa, bayar USD200 dollar hampir RM1000 duit Malaysia. Program tu agak popular internationally anjuran Al Maghrib Institute.

Pilihan keluarga dan match di kalangan keluarga pun ramai tapi mesti tak jadi, bila Saya suka, dia tak suka, dia suka saya plak tak suka. On off, letih sungguh nak dapatkan kasih sebuah perhubungan halal.

Orang tua, kawan parents selalu cuba match kan tapi tu lah, dah tak sekufu dan satu pemikiran takkan lah nak paksa paksa kan?

Tak de jodoh. Itu jawapan sebenarnya.

Sejak haritu, saya tak mahu lagi dimatch up kan, letih nak jawab soalan kenapa tak jadi? Saya pernah juga bertunang 3 hari. Ya 3 hari hepi, 4 hari makin sepi, macam buat raso2 perasaan syoknya bertunang konon lah.

Calon lelaki dikenalkan oleh 2 orang tok imam, mereka datang rumah saya waktu saya baru balik kerja, tok imam 2 orang, calon lelaki dan isteri tok imam, siap bawak cincin sekali tau.

Allahu, bersungguh mereka tanya dah ada sijil kursus kahwin ke tidak. Sebab lagi 3 hari nak PKP June 2021 tak boleh rentas daerah, jadi mereka nak cepatkan.

Nanti nak rentas daerah entah macam mana, tapi nak bagi kahwin jugak lah plan nya tu. Waw, impressive kan? Excited tengok orang mau kat kita sungguh2. Sekufu pulak tu. Macam kartun pulak bila fikir fikirkan balik.

Saya cakap saya ada sijil tu sejak 2013 lagi. Haha, dah 10 tahun pegang sijil tapi belum jugak kahwin2.

Calon lelaki kelihatan berkaliber, matang dan tua 7 tahun daripada saya. Agak tua, tapi siapa saya nak pilih umur kan, asalkan sekufu dan kenal dulu takpe la.

Dia siap call pejabat agama on the spot tanya pasal sijil kursus ada expiry date ke tak. Rupanya sijil kursus tak takdak expiry date wey.

Lega depa dengar. Selepas bincang2, Terus makcik tu keluarkan kotak cincin. Ya Allah, ada cincin siap. Dia datang sarungkan cincin kat jari saya.. masyallah bergenang air mata ini. Macam tak percaya, know2 bertunang.

Ha lupa nak cakap hari kejadian adalah bulan puasa May 2021, apa lagi yang lebih berkat dikenalkan oleh tok tok imam, di bulan puasa yang mulia?.. Waktu tu ada ibu, ayah, adik dan abang ipar sahaja. Semua terharu.. akhirnya selepas bertahun tahun tunggu..

Saya ni bukan lah kalut sangat nak kawin dengan tunang ni, tapi disebabkan dikenalkan oleh orang baik baik, di bulan yang baik baik, itu seperti petanda ianya adalah akan baik baik juga.

Saya fikir mungkin saya perlu cuba, kenal dalam tempah sebulan dua.. Namun… hmm. Tunang 3 hari je, 4 hari lagi eh… dia ni betul2 ke tak?

Sebelum balik dia janji nak call saya malam tu, nak bincang dan kenali sebab hari kejadian ada orang tua, segan.. Tapi sampai hari ke 3 dia masih tak call.

Bayangkan ayah saya call dia tak angkat, abang ipar call dia tak jawab, tok imam yang rapat dengan dia call pun dia tak jawab.

Misteri kan? Padahal saya ni hari ke 2 dah seronok siap selfie dengan cincin tapi simpanan private album la, sebab teringin, sebab saya suka pakai cincin, saya seronok tengok cincin emas berkilat kilat di jari manis..

Masyallah… rupanya saya seronok sorang-sorang. Sekalut dia tanya pasal sijil kahwin dah ada ke belum.. secepat itu jugak ‘tunang’ ini bukan satu pertunangan yang sebenar…

Jatuh air mata ini, menitik.. perlahan lahan mengenang nasib… Allahu…. jodoh ku masih belum sampai rupanya.. jauh lagi perjalanan ini.. kenapa Allah cakap dunia ini singkat sahaja, tapi saya rasa amatlah panjang..

Betullah, Allah uji apa yang paling kita mahu dan inginkan… sebab itu yang paling sakit dan itulah ujian yang SEBENAR..

Saya minta semua kawan2 doakan saya supaya tahun ni untuk kesekian kalinya, jodoh saya betul2 jadi, diberkati, dirahmati, dipenuhi mawaddah, warahmah wasakinah. Dan saya akan doakan untuk kawan2 juga.. aamiin..

Alhamdulillah ala kullihal…

– Salsabila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *