Berubah Untuk Bahagia

Berubah Untuk Bahagia

Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi siarkan tulisan akak sekali lagi.

Hari tu akak ada ‘post’ pasal topik “loveable wife vs leavable wife” di IIUM Confession (link : https://iiumc.com/lovable-wife-vs-leavable-wife/).

Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi baca, meninggalkan komen dan ‘share’. Akak tengok ramai yang tak setuju dengan tips yang akak bagi dan ramai jugak yang menyokong. Akak ambil pandangan adik kakak kesayangan akak ni dari sudut positif. Akak fikir mungkin ramai yang belum terdedah dengan ilmu rumahtangga yang sebenar atau mungkin terlalu banyak trauma dalam diri dan rumahtangga menyebabkan diri rasa susah nak buat apa-apa tips yang diberi. Atau mungkin sifat suami tak sama macam kebanyakan lelaki.

Betul tu setiap rumahtangga perlukan sifat ‘give and take’. Baik suami atau isteri. Apa yang akak ‘share’ hari tu memang ditujukan khas untuk wanita sebab akak belajar dari pengalaman. Tips untuk suami rasanya dah banyak dikongsikan di mana-mana. Satu lagi, bukan akak ‘desperate to please’ lelaki bergelar suami tetapi akak tak mahu pisang berbuah dua kali dalam hidup akak.

Oklah dipendekkan cerita, akak ni sebenarnya pernah bergelar janda akibat penceraian dengan suami pertama. Hampir 7 tahun akak kahwin dan dikurniakan dua orang anak. Tapi disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rumahtangga akak hancur gara-gara orang ke tiga.
Sejak menjanda memang akak terima macam-macam kecaman masyarakat. Pantang nampak akak rapat dengan suami orang mula la nak tuduh akak nak menyondol atau nak menggatal padahal sikit pun akak tak ingin laki diorang.

Akak dah serik nak kahwin lagi masa tu. Akak cuba kuatkan hati nak teruskan kehidupan demi anak-anak. Syukur sangat masa diceraikan akak dah ada kerja yang bergaji lumayan, rumah idaman dan kereta sendiri. Tak adalah akak duduk merempat. Jadi tak ada sebab untuk akak ambik laki orang walaupun ada suami orang yang merayu untuk madukan akak. Bagi akak cukuplah orang lain bergelar wanita pernah meruntuhkan rumahtangga akak, akak tak kan sekalipun runtuhkan rumahtagga orang lain pulak. Akak pun ada maruah.

Alhamdulillah perancangan Allah yang terbaik, tak sampai 2 tahun akak jadi ibu tunggal, akak bertemu jodoh dengan seorang lelaki bujang yang muda 2 tahun dari akak. Akak pun tak sangka akan kahwin lagi. Dia gaji jauh lebih rendah dari akak, tapi akak tak kisah..asalkan dia baik, bertanggungjawab, jaga solat dan boleh terima anak akak seperti anak sendiri dah cukup untuk akak terima dia.

Pada permulaan kami bahagia. Tapi hanya bertahan beberapa bulan je. Suami kedua ni pun mula menunjukkan sikap panas baran tapi hanya suka marah dengan mulut tak pernah naik tangan, tak peduli anak-anak akak, suka mengadap games dari mengadap akak ni dan banyak fokus pada handphone je lepas balik rumah. Tapi dia masih menjaga solat dan tak pernah lupa bagi nafkah walaupun gaji rendah je.

Hubungan kami semakin dingin dan kami kerap bergaduh sampai satu tahap akak rasa semua lelaki tak guna. Akak pun bukan jenis penyabar sangat. Akak jenis yang kuat melawan dan memang rasa akak je yang betul. Tapi pada masa sama akak rasa sedih jugak sebab dah dua kali akak kahwin tapi tak bahagia malah lagi menderita dan stress. Tiap-tiap malam akak menangis merenung nasib. Akak buntu, perlu ke akak bercerai lagi? Tak kan la 2 kali nak gagal dalam perkahwinan. ‘What’s wrong with my life?’

Akak masa tu dah ‘lose hope’ sangat-sangat. Akak tak tahu apa salah akak sampai diuji macam ni. Anak-anak akak kesian sebab terbiar tanpa kasih sayang seorang ayah. Hinggalah satu hari akak ‘join’ group ‘kembali bercinta’ khas untuk perempuan je oleh Puan Diyana Tahir. Kebetulan masa tu beliau ada sampaikan topik “loveable wife atau leavable wife’, lepas tu beliau terangkan pasal ego lelaki macam mana, ego perempuan macam mana, macam mana nak ‘handle’ ego suami dan macam-macam lagi.

Banyak benda baru yang tak pernah akak tahu selama ni. Dari situ akak termenung panjang mengingatkan kembali perangai akak selama ni dari perkahwinan pertama sampai la perkahwinan kedua. Baru akak sedar ego akak terlalu tinggi melangit, hampir semua ciri-ciri “leavable wife” tu ada pada akak. Patutlah suami dulu sibuk cari perempuan lain yang lebih memahami dia. Rasa teruknya akak ni.

Sejak dari itu, akak tekad dalam diri akak nak berubah. Akak cuba buat apa yang Puan Diyana ajar. Beliau selalu cakap, “kenapa nak tunggu suami berubah,’ why not’ kita yang cuba berubah dulu? Sampai bila kita nak menderita sedangkan kita sendiri yang buat diri sendiri menderita? Kita memang tak kan dapat ubah suami, hanya diri kita yang boleh ubah diri barulah suami akan berubah”. Mula-mula rasa nak marah jugak dengan ‘statement’ ni tapi akak cuba buang ego dan ‘take it positively’.

Mula-mula akak belajar untuk merenung semua kebaikan suami . Baru akak sedar yang suami akak ni banyak kebaikan dari keburukan. Selama ni akak nampak yang buruk-buruk je padahal diri akak pun sama jugak buruk perangai. Kemudian akak mula belajar bercakap lemah lembut dengan suami. Selama ni memang akak akui suka cakap kasar dengan suami dan selalu pandang rendah dengan suami.

Setiap hari akak akan mesej suami cakap mintak maaf, selalu cakap syukur dengan dia (akak spesifik kan syukur sebab apa dari sekecil-kecil benda sampailah perkara besar) dan selalu cakap akak rasa disayangi bila suami buat sesuatu yang akak suka. Akak cuba ingatkan dia saat-saat indah masa mula-mula kahwin. Akak mula layan dia sebaik mungkin baik di bilik tidur mahupun waktu makan.

Respons suami pada permulaan biasa je. Macam tak ada respons sangat. Akak mula-mula nak ‘give up’ sebab tak nampak hasil. Rasa sia-sia je usaha akak, Tapi bila ingat puan Diyana cakap, buat semua ni bukan untuk suami tapi untuk gembirakan hati sendiri. Buat untuk diri sendiri. Jadi, akak teruskan lakukan hampir sebulan. Tanpa akak sedar akak rasa hati akak sangat ringan, ego akak macam dah hilang perlahan-lahan dan rasa macam gembira je walaupun suami masih tak berapa nak layan.

Benarlah dengan rendahkan ego, ucap maaf, ucap syukur setiap hari boleh buatkan hati rasa tenang sangat. Perlahan-lahan akak mula ikhlaskan diri buat untuk diri sendiri, memaafkan diri dan mula menyayangi diri sepenuh hati. Akak mula belajar mencantikkan diri dan jaga kecantikan kulit. Selain itu akak makin dekatkan diri dengan Allah, apa yang terbuku di hati akak luahkan pada Allah kerana Dia sebaik-baik Pendengar. Akak selalu doa semoga Allah bagi rasa bahagia yang akak cari-cari selama ni.

Allhamdulillah, menakjubkan Ya Allah, satu hari, suami akak tiba-tiba datang peluk akak yang masa tu
baru lepas solat sunat. Dia kata dia mintak maaf sebab selama ni dia tak pandai jaga hati akak, dia selalu sakitkan hati akak dan dia tak layan akak dan anak-anak akak sebaiknya.

Dia cakap dia sayang akak sangat cuma dia banyak terasa hati sebelum ni dengan akak kerana akak selalu tinggikan suara dengan dia, selalu lawan cakap dia, merendahkan kerja dan gaji dia, selalu tuduh dia bukan-bukan dan tak faham kerja dia. Akak pun mintak maaf banyak jugak dengan suami. Hari tu memang akak menangis semahunya dalam pelukan suami dan suami pujuk akak yang dia janji akan jadi suami yang baik pada akak dan ayah yang baik pada anak-anak akak.

Alhamdulilah sejak hari tu, dia perlahan-lahan berubah jadi lebih penyayang, mula bermain dengan anak-anak akak dan sayang anak akak macam anak sendiri. Dia pun perlahan-lahan berhenti main games dan habiskan masa dengan handphone.

Sebelum ni, dia lokek duit, hanya bagi duit nafkah je lepas pada tu belanja makan apa semua guna duit akak. Tapi sejak dia berubah, dia semakin pemurah dan tak berkira duit sampaikan bila akak merungut duit dah tinggal sikit dia nak hulur jugak duit belanja untuk ‘support’ akak walaupun dia sendiri tak ada duit sangat. Demi Allah akak rasa terharu sangat dengan perubahan positif pada suami tanpa disangka-sangka. Betul lah cakap Puan Diyana, bila kita mula berubah, in sha Allah orang sekeliling kita akan berubah dan disitulah kunci kebahagiaan sebenar.

Sekarang dah 2 tahun usia perkahwinan ke dua akak dan tengok suami semakin matang dalam menguruskan hal rumahtangga. Jarang sangat dah kami bergaduh. Kalau gaduh pun cepat je berbaik semula. Tak melarat. Anak-anak pun makin sayangkan suami dan makin rapat dengan dia. Akak syukur sangat Allah dah bagi kebahagiaan yang akak cari-cari selama ni. Benarlah, nak cari bahagia bukan dari suami tapi bermula dengan diri sendiri. Akak harap kebahagian ni kekal sampai bila-bila. In sha Allah.

Jadi, akak kongsi tips hari tu lebih pada nak berkongsi pengalaman hidup berumahtangga yang tak seberapa. Bagi yang tak suka, akak terima dengan hati terbuka sebab mungkin perjalanan rumahtangga kita berbeza. Kalau ada yang ada tips yang lebih membina, mohon kongsikan di ruangan komen supaya kita boleh sama-sama membina rumahtangga yang bahagia sepanjang masa.

Ramai yang cakap akak terlalu ‘try hard’ nak tackle hati suami. Ya betul akak ‘try hard’ tapi akak buat bukan untuk bahagiakan suami tapi akak nak cari bahagia dalam diri akak sendiri. Akak dah serik nak menderita dan akak sebolehnya tak nak lagi bercerai buat kali kedua. Akak serik nak jadi janda sekali lagi.

Jadi selagi ada peluang akak akan cuba selamatkan rumahtangga akak kerana nak cari suami sempurna tak kan jumpa sebab isterilah yang perlu sempurnakan suami. Begitulah jugak untuk suami, janganlah mengharapkan isteri je sempurna sebaliknya andalah yang boleh menyempurnakan isteri anda sendiri. Ingatlah, hidup berumahtangga untuk saling melengkapi bukan saling menzalimi.

Memang betul nak bahagiakan rumahtangga adalah tanggungjawab bersama suami isteri tapi ingatlah baik suami atau isteri, kalau nak pasangan berubah bukan cuba ubah pasangan tu ‘directly’ tapi cubalah ubah diri sendiri dulu . Yang mana kurang cuba perbaiki, yang mana dah sempurna cuba sempurnakan lagi.

Akak mintak maaf lagi sekali kalau ada tersinggung dengan ‘post’ akak yang sebelum ni atau yang sekarang. Akak sayang adik kakak semua, sebab tu akak rasa nak berkongsi tips yang mungkin dapat membantu wanita yang pernah alami pengalaman macam akak alami sebelum ni. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk datangnya dari akak sendiri.

In shaa Allah kalau ada sudi nak baca, ‘next time’ akak akan kongsi tentang jenis-jenis ego pasangan dan macam mana nak menanganinya. Terima kasih pada membaca tulisan akak kali ni yang agak panjang,

Salam sayang dari akak.

– Kak Hajar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit